Selasa, 1 Februari 2011

14 kematian dicatat pada hari keempat Ops Sikap

SELANGOR KINI

KUALA LUMPUR – Empat belas maut pada hari keempat Ops Sikap ke-23 semalam, menjadikan jumlah korban akibat kemalangan jalan raya sejak operasi bermula Khamis lepas, meningkat kepada 51 orang.

Berdasarkan statistik laman web Polis Diraja Malaysia, daripada jumlah itu tujuh adalah penunggang motosikal, empat pengguna kereta dan seorang masing-masing pejalan kaki, pengguna van dan pemandu lori.

Sebanyak 1,250 kemalangan dilaporkann semalam, dan jalan bandaran mencatatkan jumlah tertinggi dengan 515 kemalangan, diikuti jalan persekutuan (316), jalan negeri (176), lebuh raya (175) dan jalan-jalan lain sebanyak 68 kes.

Semalam juga menyaksikan polis mengeluarkan 7,917 saman di atas pelbagai kesalahan trafik. Ops Sikap ke-23 yang berlangsung sempena sambutan Tahun Baru Cina ini akan berakhir pada 10 Februari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.