LABIS - Berikutan hujan lebat sejak semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mungkin akan memindahkan beberapa tempat mengundi bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, sekiranya kawasan berkenaan dilanda banjir.
Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, Pegawai Pengurus Pilihan Raya Dun itu, Md Asri Amir akan menilai dan membuat keputusan sama ada perlu atau tidak untuk memindahkan tempat-tempat pengundian yang terlibat.
Hujan lebat melanda Tenang sejak beberapa hari ini manakala Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan sekejap-kejap kadangkala lebat yang melanda beberapa kawasan di Johor dijangka berterusan sehingga Selasa depan.
“Pegawai pengurus akan menilai keadaan melalui ketua-ketua pusat mengundi itu, sama ada kemungkinan berlaku banjir atau tidak pada hari mengundi.
“Jika sekiranya akan berlaku, mungkin kita akan cari Normala meninjau kawasan banjir tempat lain yang lebih selamat, yang lebih tinggi, tak ada banjir supaya tidak susahkan pengundi pengundi.
“Dan kita beri jaminan bahawa keputusan tersebut (memindahkan tempat mengundi) akan dihebahkan kepada orang ramai melalui media lebih awal supaya para pengundi sedia maklum mengenainya,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, pihaknya akan mengadakan kajian terperinci dengan agensi-agensi berkaitan termasuk SPR, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Meteorologi sebelum merangka strategi khusus untuk menghadapi banjir sekiranya berlaku.
Beliau berkata, bilik gerakan di Markas Taktikal (Martek) Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut beroperasi sebagai pusat maklumat bagi orang ramai mendapatkan maklumat mengenai banjir.
Sehingga kini, Mohd Mokhtar berkata 46 mangsa banjir ditempatkan di Dewan Kampung Air Panas dan Dewan Orang Ramai Lembah Bakti.
PRK Dun Tenang yang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Mohd Azahar Ibrahim dan calon PAS Normala Sudirman, pada Ahad ini diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha, 59, daripada BN, 17 Dis lepas.
Kalau banjir mestilah tempat mengundi dipindahkan.
BalasPadamtmpat mengundi mmg perlu dipindahkan kalau berlaku banjir bagi memudahkan penduduk pergi mengundi.
BalasPadamjika banjir berlaku memang wajarlah tempat mengundi dipindahkan. harap keadaan tidak menjadi semakin teruk.
BalasPadamMereka memastikan tempat yang sesuai jika ada pemindahan. Pastikan rakyat senang dan dapat sampat kedestini baru itu.
BalasPadamPastikan juga tempat itu telah disediakan untuk masa2 kecemasan. Seperti pepatan sediakan payung sebelum hujan.
BalasPadamitu sudah tentu..Keselamatan pengundi perlu juga dijaga.
BalasPadamMemang patut dipindahkan pun kalau banjir. Nanti mcm mana mahu mengundi kan.
BalasPadamApapun semoga proses pengundian berjalan lancar dan semua pengundi dapat datang mengundi.
BalasPadambezakan petikan dari pembangkang dan bernama.. jelas menunjukkan mereka tidak boleh lari dari aktiviti putar belit dan mengelirukan... kantoi!!
BalasPadam(Pembangkang)
“Jika sekiranya akan berlaku, mungkin kita akan cari Normala meninjau kawasan banjir tempat lain yang lebih selamat,"
(Bernama)
"Jika sekiranya akan berlaku, mungkin kita akan cari tempat lain yang lebih selamat,"
Benama patut ambil tindakan kerana ada pihak yang mengubah tulisan mereka.. apa2pun ada baiknya Normala buat tinjauan kerana itu sahaja yang beliau mampu lakukan sementara calon BN dan jentera2 BN sibuk membantu penduduk dengan membawa beban serta perkakasan lain. lihat sahaja foto diatas yang cuba mempromosikan pose Normala kononnya meredah banjir bersama suami.. sekadar berdiri ditengah banjir dan ambil gambar tanpa melakukan apa2 untuk membantu mangsa.
BalasPadam