Selproa merakamkan rasa kesal terhadap tindakan tidak professional Polis yang seringkali meminta Sdra Mohamad Azmin Bin Abdul Karim, Pegawai Khas kepada YB Shuhaimi Shafiei, Adun Sri Muda untuk hadir memberikan keterangan kepada pihak Polis Ibupejabat Polis Daerah Shah Alam, Seksyen 11, Shah Alam
Setakat ini beliau telah diambil keterangan sebanyak LIMA (5) KALI termasuk keterangan yang diambil hari ini ( Khamis 27 Januari 2011) di IPD Shah Alam.
Untuk pengetahuan, Sdr Mohamad Azmin adalah salah seorang ahli Selproa.
Selproa beranggapan tindakan Polis ini lebih merupakan satu bentuk tekanan/ gangguan saikologi (psychological harassment) terhadap pegawai-pegawai yang berkhidmat dengan Adun-adun / Ahli parlimen Pakatan Rakyat Negeri Selangor.
Selproa juga percaya ia juga merupakan satu bentuk tekanan terhadap YB Shuhaimi Adun Sri Muda yang sedang dikritik hebat oleh gerombolan dan kuncu-kuncu UMNO/ Barisan Nasional ekoran tulisan beliau dalam blognya yang kononnya “dikatakan” menghina Istana berkaitan isu perlantikan SUK Selangor.
Selproa ingin menegaskan disini agar pihak Polis tidak ‘diperalatkan’ oleh pemimpin UMNO dan isu perlantikan SUK tersebut.
Pihak Polis sepatutnya tidak mengamalkan ‘pilih kasih’ dalam menjalankan siasatannya kerana dilihat tidak mengambil sebarang tindakan terhadap lebih 30 laporan Polis yang dibuat oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) terhadap beberapa editor akhbar Utusan Malaysia dan beberapa orang individu lagi yang boleh disabitkan kesalahan jenayah di bawah Akta Hasutan yang juga boleh diklasifikasikan mengancam keharmonian awam dalam isu perlantikan SUK tersebut.
Presiden Selproa telah turut hadir di IPD Shah Alam, Seksyen 11, Shah Alam bersama-sama YB Shuhaimi dan beberapa pemimpin Keadilan Cabang Kota Raja menemani Sdra Azmin untuk diambil keterangan buat kali ke 5, pada pukul 4.00 petang tadi.
Selproa bertegas agar pihak Polis atau mana-mana pihak Penguatkuasa Undang-undang mengambil iktibar dari peristiwa kematian Teoh Beng Hock dan Selproa tidak mahu ahli-ahli Selproa dijadikan ‘kambing hitam’ dalam usaha pihak berkenaan cuba ‘mengenakan’ wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat Negeri Selangor
ABDUL RAZAK ISMAIL Presiden Selproa |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.