Harakahdaily |
Cadangan Kementerian Dalam Negeri meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 untuk dijadikan lebih meluas meliputi internet mendedahkan pemikiran untk mendominasi yang ada pada kerajaan Barisan Nasional. Peraturan-peraturan sedia ada sudah pun menyukarkan pengamal media, dengan permit penerbitan perlu diperbaharui setiap tahun, berdepan dengan pelbagai kerenah birokrasi didasari politik dan kemungkinan permit ditarik pada bila-bila masa. Cadangan yang dikemukakan ini perlu diberikan respons yang sewajarnya daripada PAS dan semua parti Pakatan Rakyat, untuk menunjukkan bahawa kerajaan telah melampai batas apabila berani mengemukakan cadangan seperti itu. Cadangan dikemukakan itu bertentangan sama sekali dengan pendirian Pakatan yang ditegaskan dalam Buku Jingga, iaitu membebas dan meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan “memastikan kebebasan internet.” Tidak cukup dengan pelbagai halangan dan pembiayaan gerombolan penulis blog proparti pemerintah, ruang bebas internet pula cuba dikawal. Konteks politik semasa cadangan ini mendedahkan bahawa kerajaan BN berhasrat mengawal media di internet yang selama ini berada di luar capaian mereka, ketika dunia internet semakin menjadi berkesan sebagai alat melawan kerajaan yang zalim. Seperti yang disaksikan dalam kebangkitan-kebangkitan rakyat di Tunisia dan seluruh dunia, Twitter dan Facebook semakin menjadi elemen yang membantu respons rakyat, terutama dalam membantu usaha-usaha mobilisasi. Hal ini sangat jelas sehingga kebangkitan-kebangkitan rakyat kini disebut sebagai “revolusi Twitter” ekoran keberkesanan medium internet tersebut. Mesir, sebuah rejim di Asia Barat yang berdepan protes rakyat ketika ini telah pun mengambil langkah menyekat akses kepada laman Twitter, sebagai langkah mencegah penyebaran maklumat yang tidak berpihak kepadanya. Jelas sekali bahawa usaha mengawal dan menyekat ini hanya dilakukan oleh kerajaan-kerajaan yang mahu mengawal rakyat daripada memperolehi maklumat yang berbeza daripada yang disuapkan oleh media propemerintah. Tambahan pula negara kita sedang menanti Pilihan Raya Umum ke-13 nanti, yang parti-parti pemerintah telah pun menyatakan tekad untuk mengekalkan penguasaan terhadap Putrajaya “at all costs.” Ini juga memberi gambaran kerajaan yang semakin lemah berdepan dengan maklumat-maklumat yang mampu disampaikan oleh Pakatan dan penyokong-penyokong dalam kalangan rakyat. Sekiranya dilaksanakan, rakyat akan kehilangan satu ruang mendapat maklumat dan percambahan idea yang penting dalam melaksanakan proses-proses demokrasi. Akta mengawal media meliputi internet akan memberikan kerajaan kuasa yang mutlak dalam menangani maklumat dan ini sama sekali tidak boleh dibenarkan. Kerajaan BN telah beberapa kali cuba mengukur respons rakyat dalam usaha menyekat dan mengawal internet. Boleh dijangka nada lain akan timbul selepas respons awal terhadap cadangan itu mula kelihatan. Tetapi tidak mustahil sama sekali usaha ini bukan yang terakhir. Pakatan dan rakyat perlu menunjukkan respons yang cukup kuat bagi menyampaikan pendirian tegas menolak usaha yang didasari ketakutan terhadap suara rakyat itu. |
Harap kerajaan tidak terlampau dalam pengawalan ini.
BalasPadamI trust the government know they are doing...
BalasPadamHowever the government should really2x think of the consequences if they do so. Many would definitely oppose and this will lead the government to lose many of its supporters.
BalasPadamkawalan perlu ada tp jgnlah terlalu ketat.
BalasPadamsememangnya kawalan perlu ada, namun ia perlulah sesuai dengan keadaan dan keperluan.
BalasPadamKawal mana2 unsur yang tidak sepatutnya diberi perhatian. Tidak ada masalah untuk itu.
BalasPadamJika untuk kebaikkan, saya menyokong usaha kerajaan ini.
BalasPadamKalau kawalah internet berlaku saya jamin memang ramai yang membantah. Sepatutnya internet tidak perlu dikawal, tapi jika perkara buruk itu tidak salah. Tapi jika hanya menyatakan pendapat dan sebagainya tidak perlulah dikawal.
BalasPadamBagi saya, kawalan memang perlu ada cuma jangan melampau la. hehe
BalasPadamSebagai rakyat kita tak perlu rasa risau kerana sememangnya kebebasan yang ada perlu ada batasan. Tanpa batasan, lain nanti kejadiannya.
BalasPadamMenurut Hishamuddin Tun Hussein, undang-undang percetakan 1984 yang mahu dipinda untuk memasukkan media online ke dalamnya masih di peringkat cadangan. Menurut beliau lagi, adalah sangat awal untuk memberi reaksi berhubung perkara tersebut.
BalasPadamwalaupun ianya masih diperingkat cadangan, tetapi rakyat atau pihak yang bakal terjejas berhak menggagalkan cadangan itu. jangan melakukan sebarang tindakan yang bersifat keterlaluan semata2 untuk kepentingan politik.
BalasPadam