Harakahdaily |
LABIS: PAS mencabar ahli Parlimen Labis, Chua Tee Yong supaya meminta maaf secara terbuka ekoran pembohongannya terhadap calon PAS ang mewakili Pakatan Rakyat ydalam pilihan raya kecil (PRK) Dun Tenang, Cikgu Mala berhubung isu menjual arak. Pengarah Operasi PAS PRK Tenang, Dzulkefly Ahmad berkata, PAS melalui peguamnya telah menyerahkan notis tuntutan tersebut kepada pihak Tee Yong pagi tadi. Ini, katanya ekoran pembohongan anak Presiden MCA itu yang mendakwa Cikgu Mala mengeluarkan pertanyaan ‘kenapa jual arak’ kepada pemilik sebuah kedai menjual minuman itu di sini, baru-baru ini. Bagaimanapun, katanya Tee Yong berdolak dalik apabila diminta supaya menyatakan bila dan di mana Cikgu Mala mengeluarkan pertanyaan itu. “Kita cabar dia dedah bukti tapi sampai semalam beliau berdolak dalik kata enggan beri nama kedai, tunggu dulu. “Kita perlu ajar dia,” tegasnya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor pada sidang media pagi tadi. Justeru, katanya, jika ahli Parlimen Labis itu enggan memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam, PAS melalui peguamnya akan memfailkan saman. |
Jika Ong betul-betul membuat tuduhan tanpa bukti, maka dia haruslah memohon maaf.
BalasPadamdalam hal ini kita tak tau mana yang benar, apapun sebaiknya isu ini tk perlu nk diperbesarkan.
BalasPadamdalam hal ini tidak tahu siapa yang betul. bagi mereka yang berada dipihak yang benar tidak perlu takut. berani kerana benar.
BalasPadamNeed to hear the other side of the story. But if it's true, he needs to apologize!
BalasPadambagaimana pula dengan PAS memfitnah calon BN? eloklah jika calon BN juga memfailkan saman kepada pemimpin2 PAS.
BalasPadamJika betul beliau ada mengatakan atau mengajukan pertanyaan tersebut, bagi saya belaiau la sepatutnya minta maaf kepada pekedai itu.
BalasPadamkita tunggu dan lihat apa kesudahan saman PAS ini dan apa yang bakal didedahkan oleh Chua Tee Yong kelak. kedua2 pihak samada pihak yang membuat tuduhan atau pihak yang menafikan, masing2 tidak boleh dipercayai selagi tindakan mereka didorong oleh kepentingan politik.
BalasPadamHarap saksi akan tampil memberi penjelasan.
BalasPadamMasalah kecil ini pun mahu jadi isu. Isu ini bukan untuk rakyat, malah hanya untuk kepentingan diri sendiri.
BalasPadamGimik politik memang hidup oo. hehe
BalasPadamAda2 saja yang timbul. Satu cakap lain, dan yang satu pun cakap lain. huhu
Apapun kita tunggu dan lihat sajalah perkembangan isu ni nanti.
BalasPadam