Sabtu, 1 Januari 2011

Banjir di Pahang: PAS mula salur bantuan

Khairil Abd Rahiim

KUANTAN: PAS Pahang bertindak segera menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di daerah ini melibatkan beberapa kawasan ekoran hujan lebat sejak tiga hari lalu

Ketua Pemuda PAS Pahang, Suhaimi Saad bersama Amal Pahang telah mengambil inisiatif menyampaikan sumbangan kepada pemilik 30 buah rumah yang dinaiki air sehingga memusnahkan sebahagian harta mereka.

Turut menyertai misi menyelamat ialah Yang Di Pertua PAS Inderamahkota, Nasrun Amir

“Pada masa ini hujan masih berterusan dan kita meramalkan banjir akan menjadi lebih buruk,” katanya.

Suhaimi berkata, mana-mana pihak yang sudi membantu mangsa yang masih memerlukan sumbangan, bolehlah menyalurkan sumbangan wang ke no Akaun Bank Islam: 0601 9010 077387 Pusat Khidmat Dun Beserah.

Sehingga kini dilaporkan seramai 95 mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Sungai Karang Darat.

Antara kawasan yang telah ditengelami air melibatkan beberapa kawasan rendah di Sungai Karang Pantai, Seberang Balok, Pelindung Perdana dan kawasan sekitarnya.

Ketika ini, jalan di KM 18 Jalan Gebeng-Kuantan turut ditenggelami air dan hanya dibuka kepada kenderaan berat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.