| KUALA LUMPUR - Angkatan Muda KEADILAN Malaysia (AMK) menolak sebarang bentuk justifikasi yang diberikan oleh Kerajaan Pusat berhubung dengan ‘pakej’ kenaikan harga barangan berkuatkuasa hari ini.
Kenaikan harga petrol dan diesel sebanyak 5 sen seliter; kenaikan harga gas LPG sebanyak 5sen sekilogram dan kenaikan harga gula sebanyak 20sen sekilogram jelas sekali membebankan rakyat dalam apa jua keadaan sekalipun.
Menurut Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin Kenaikan ini, meskipun telah dijangka selepas kenaikan harga petrol RON97 sebanyak dua kali pada November dan beberapa hari lepas, adalah sesuatu yang mengejutkan kerana melibatkan empat barangan utama yang digunakan secara konsisten oleh rakyat dalam kehidupan seharian.
"Gunakanlah apa jua frasa, samada pengurangan subsidi, penstrukturan semula subsidi ataupun rasionalisasi subsidi, realitinya ia membawa satu konotasi sahaja: kenaikan harga barang secara domino.
"Pakej kenaikan harga ini pastinya mengesani harga-harga barangan mentah dan makanan lainnya. Kos sara hidup rakyat akan terus meninggi yang yang tertindas kekal rakyat golongan pertengahan dan bawahan. Adalah sangat mengecewakan apabila Kerajaan Pusat masih lagi ‘menari’ dengan hujah yang sama saban waktu: harga barangan di Malaysia masihterendah di kalangan negara-negara pengeluar. Ini hujah dangkal yang sewajarnya tidak boleh dikeluarkan oleh mana-mana pimpinan kerajaan sekalipun," tegas Shamsul dalam satu kenyataannya hari ini.
AMK berpendapat di sebalik pelbagai program awangan Perdana Menteri seperti GTP, ETP, MBE dan pelbagai lagi akronim-akronim ciptaan Pemandu, sehingga hari ini tidak ada satu pun impak nyata dan positif yang boleh dirasai oleh majoriti rakyat.
Malah kata Shamsul, kenaikan harga barang pula yang dihadiahkan kepada rakyat atas nama ‘penstrukturan semula subsidi’.
"Lebih mengecewakan, media arus perdana juga dilihat cuba menjadikan kenaikan harga ini sebagai satu isu kecil yang tidak membebankan rakyat sekelumitpun.
"Sudah ada sungutan rakyat bahawa kenaikan mendadak empat keperluanutama rakyat itu, sudah dimanipulasi sebaiknya oleh peniaga-peniaga di pasar-pasar seluruh negara.
"Ternyata ‘ugutan’ kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) kepada peniaga-peniaga agar tidak menaikkan harga langsung tidak memberikan kesan," ujar beliau lagi.
AMK mendesak kerajaan khususnya Perdana Menteri memberikan justifikasi jelas dan bertindak untuk mengawal kenaikan harga barangan ini pada kadar segera.
AMK juga tidak menolak sebarang kemungkinan untuk kembali menghidupkan Gerakan Rakyat Anti Manipulasi Minyak (GERAMM) dalam gelombang yang lebih besar demi menunjukkan perit jerih rakyat di sebalik kenaikan harga ini.
|
Saya berharap kerajaan boleh menangani perkara ini dengan baik.
BalasPadamMunasabah atau tak, yang pasti kita kena berdepan dengan kenaikan harga ini.
BalasPadamMemang geram lah dengar harga naik kan, tapi apa lagi yang kita boleh buat???
BalasPadamLain cerita la kalau kerajaan suka2 kasi naik.. Saya sendiri pasti dah mengamuk tahap dewa! hahhaa
BalasPadamKenaikan harga ini plg dirasai oleh golongan berpendapatan rendah. tambahan lagi, tidak mustahil ada pihak yang mengambil kesempatan dalam kesempitan untuk turut serta menaikan harga barang :(
BalasPadamApapun saya harap hal ni tak dijadikan isu politik bagi mengelakan ketegangan berpanjangan.
BalasPadamjadi apa alasan yang munasabah untuk kerajaan terus menanggung subsidi yang tinggi sedangkan negara lain memberikan subsidi yang rendah kepada rakyatnya? barang keperluan kita terus menjadi mangsa seludup ke negara jiran, rakyat terus bergantung dengan bantuan kerajaan untuk meneruskan kehidupan.. sebab itulah Malaysia terus mundur, kurang tenaga buruh, kurang FDI.. sebab rakyatnya malas berusaha, memilih kerja, tiada kemahiran tapi minta gaji tinggi, minta subsidi lebih,... samalah macam pembangkan, sumbangan tidak ada tapi mengkritik lebih2..
BalasPadamjika pembangkang mengambil alih pemerintahan negara, mampukah mereka menanggung subsidi petrol yang sentiasa meningkat? mampukan mereka menghadapi desakan global dalam masa yang sama menurut semua kemahuan rakyat serta memastikan ekonomi terus berdaya saing dan aktiviti pembangunan terus berjalan??? sedangkan parti dan negeri jajahan sendiri tunggang langgang inikan pula negara..
BalasPadamsaya harap selepas ini kerajaan akan bertindak dengan lebih rasional serta mengambil kira emosional rakyat. kerajaan perlu memastikan kuasa beli rakyat meningkat sebagaimana harga barang terus meningkat.
BalasPadamHopefully the government will provide an explanation about this whole situation.
BalasPadamSaya rasa kerajaan memang lebih mengetahui tentang hal ini.
BalasPadamkerajaan takkan menaikkan harga barangan sesuka hati, kenaikan harga barangan ini kerana keadaan ekonomi yang tidak menentu.
BalasPadamKenaikan harga barangan 5 sen sehingga 20 sen pasti memberi kesan kepada rakyat terutamanya golongan miskin dan berpendapatan rendah. Bagaimanapun rakyat perlu akur dengan keputusan kerajaan, kerana harga pasaran dunia yang tidak menentu dan bebanan subsidi yang ditanggung oleh kerajaan.
BalasPadamSaya rasa ada pihak yang cuba mengambil kesempatan disebalik kenaikan harga barang dan menggunakan taktik politik untuk mempengaruhi rakyat. Sedangkan kadar kenaikan harga yang dikenakan tidaklah setinggi manapun..
BalasPadamSelain daripada kenaikan harga bahan keperluan yang membebankan masyarakat, terdapat kesan kenaikan harga lain kerana melibatkan sumber bahan bakar ini. Antaranya ialah industri perumahan yang mana mengalami kesan tinggi terhadap kenaikan minyak. Bebanan kos perkhidmatan juga akan bertambah seperti tambang bas dan teksi kerana keperluan terhadap bahan bakar ini. Pengusaha khususnya golongan yang kurang mampu terpaksa menanggung bebanan kos yang tinggi seperti kenaikan kadar sewa dan cukai yang melampau bagi sesebuah premis perniagaan sehingga ada pemilik restoran yang terpaksa menutup restorannya ekoran daripada kenaikan kadar sewa tapak premis berkenaan. Apapun kerajaan lebih arif setiap tindakan yang akan dilaksanakan dan ini adalah kepentingan bersama.
BalasPadamTidak munasabah??kenapa pula AMK kata demikian. Memang sudah senonim jika harga minyak naik mesti harga barang juga akan meningkat. Apa yang perlu rakyat lakukan sekarang ialah berjimat cermat.
BalasPadamMemang sukar untuk menangani ketidaktentuan harga minyak di pasaran dunia dan masa depan sumber tenaga, maka saya mencadangkan tiga langkah strategik segera dilaksanakan secara lebih menyeluruh, dipantau Suruhanjaya Tenaga dengan lebih terancang dan melibatkan seluruh lapisan masyarakat.
BalasPadamPertama mengkaji semula dasar subsidi minyak sedia ada supaya dilaksanakan secara lebih efektif menggunakan kaedah triple bottomline yang mengambilkira faktor ekonomi, sosial dan alam sekitar.
Kedua mempergiatkan usaha untuk menguruskan permintaan secara lebih lestari menerusi pengalakan pelbagai aktiviti penjimatan.
Ketiga mempergiatkan usaha mencari sumber tenaga baru yang digunakan secara besar-besaran sama ada disepadukan dengan grid elektrik kebangsaan atau dibekalkan secara setempat.
Pasal apa pula tidak ada alasan, harga naik maka mungkin harga barang turut naik. Sudah dijelaskan juga harga minyak naik sekarang.
BalasPadamSetiap perubahan sememangnya patut mengambi kira faktor-faktor lain kerana kenaikan harga barang mempengaruhi pelbagai barangan lain.
BalasPadamsebaiknya kerajaan memberi penjelasan mengenai pekara ini agar ianya tidak dijadikan isu oleh sesetengah pihak.
BalasPadamharap kerajaan mampu untuk melakukan sesuatu agar harga barang tidak akan naik lagi pada masa akan datang.
BalasPadamkekayaan negara dikikis sehingga tandus, sekarang kita kena menangung kesannya.
BalasPadamKenaikan ini sangat membebankan golongan berpendapatan sederhana dan kebawah.
BalasPadamChillax guys. Saabri says there will be no increasing price of essential goods for this moment.
BalasPadamAlasan munasabah yang macam mana pula?
BalasPadamWell, there's nothing much we can do.
BalasPadamJika kenaikkan harga barang ini selaras dengan kenaikan gaji, itu adalah lebih bagus.
BalasPadamKenaikan harga barangan keperluan rakyat diberi seribu alasan tetapi sukar diterima rakyat.
BalasPadamAlasan ialah kenaikan harga komoditi di pasaran antarabangsa dan kerajaan tidak lagi mampu memberi subsidi terhadap barang-barang tersebut.
BalasPadamTidak cukup duit untuk bayar subsudi lagi. Kenalah naik harga barang.
BalasPadamRasa tertekan setiap kali dengar berita tentang kenaikan harga barang.
BalasPadam