Oleh Nobisha
Beberapa hari lepas seorang pimpinan UMNO Kedah menghubungi saya. Dia minta saya menulis di blog ini mengenai seorang pemimpin UMNO Kedah yang dikatakan layak menggantikan Dato’ Seri Shafie Afdhal sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri. Saya tak pasti berapa ramaikah bloggers yang dihubunginya dan adakah mereka menulis mengenai pemimpin tersebut.
Apa pun, saya menganggap pemintaan itu sebagai satu pengiktirafan kepada bloggers; walaupun saya tak fikir apa yang ditulis oleh bloggers itu memberikan impak yang besar kepada keputusan yang bakal dibuat oleh presiden parti itu dan Majlis Tertinggi UMNO.
Sampai sekarang, saya tidak menulis mengenai pemimpin itu. Malah, saya tidak membuat apa-apa ramalan pun mengenai calon pengerusi badan perhubungan UMNO negeri-negeri.
Penyakit yang ada di kalangan sesetengah ahli UMNO ialah mereka menganggap bahawa perlantikan ketua adalah segala-galanya. Seolah-olah apabila ketua baru dilantik, maka semua masalah yang ada dalam parti itu selesai dengan sendiri. Apabila ada ahli UMNO yang berfikiran sedemikian, maka akhirnya mereka memeluk tubuh dan menanti ketua baru.
Saya tidak mengatakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO tidak penting. Kita dapat lihat bagaimanakah UMNO di bawah pimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Dato’ Seri Najib Tun Razak. Memang, pemimpin penting. Namun untuk meletakkan segala-galanya di atas pundak pemimpin saya fikir tidak adil.
Saya tak pasti apakah yang boleh dilakukan oleh Dato’ Seri Mahadzir Khalid, Dato’ Johari Baharum, Dato’ Mukhriz Mahathir, Dato’ Paduka Ahmad Bashah Hanifah, Dato’ Seri Jamil Khir Baharum atau Dato’ Latt Shariman Abdullah (nama-nama yang disebut sebagai berpotensi menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah) untuk “menaiktarafkan” UMNO di negeri itu.
Terdahulu, saya pernah menulis mengenai betapa Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Azizan Razak cukup dekat di hati rakyat negeri ini dan usaha Barisan Nasional untuk mengambilalih kepimpinan negeri bukanlah sesuatu yang mudah.
Terus-terang saya katakan siapa pun Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah yang baru, tak banyak yang boleh dilakukan sekiranya pemimpin dan ahli-ahli parti peringkat akar umbi masih “longleh.”
Atas sebab itulah maka saya katakan bahawa usaha Majlis Tertinggi untuk mengadakan kursus kepada kepimpinan akar umbi adalah suatu langkah yang betul. Sebahagian ADUN dan Ketua Bahagian di Kedah perlu disekolahkan semula mengenai perjuangan parti.
Mereka harus didedahkan kepada bukan sahaja idealisme perjuangan, namun lebih dari itu strategi pemasaran politik yang semakin canggih. Kaedah lama yang jumud sudah tidak sesuai lagi.
Tanpa menafikan nama-nama yang dilontarkan sebagai berpotensi menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, biar saya katakan bahawa dari segi keutamaannya, UMNO Kedah perlu mengubah pemimpin akar umbi terlebih dahulu sebelum mengubah kepimpinan negeri.
Berbicara mengenai hal yang sama, saya ingin menyentuh mengenai isu penangguhan pemilihan parti selama 18 bulan. Betul, pemilihan dalam UMNO boleh memberikan implikasi negatif kepada peluang Barisan Nasional untuk menang PRU13 nanti – lebih-lebih lagi sekiranya ia tidak diuruskan dengan baik. Kalau tak percaya, tanya PKR.
Namun, saya juga melihat pemilihan parti memberikan peluang kepada UMNO untuk mencantas kayu buruk dalam parti itu. Pindaaan perlembagaan parti yang dibuat pada tahun 2009 lalu, memudahkan usaha mencatas kayu buruk ini. Dalam konteks UMNO Kedah, saya fikir banyak kayu buruk yang perlu dicantas!
UMNO Kedah mungkin sudah semakin mantap, namun mereka masih perlu berusaha lagi agar menjadi semakin kuat.
BalasPadamsemua pemimpin UMNO kedah tidak kira pemimpin atasan sehinggalah pemimpin akar umbi perlu bekerja sama bagi memantapkan lagi parti.
BalasPadamUMNO kedah kena berusaha untuk memperkukuhkan kedudukan mereka di Kedah, kerjsama itu penting.
BalasPadamSemoga KM Kedah baru nanti dapat buat yang terbaik untuk negeri itu.
BalasPadamBerusaha dan terus berusaha itu yang perlu UMNO lakukan nanti. BN mesti memenangi kawasan tersebut. Kami percaya UMNO boleh melakukannya.
BalasPadamMungkin tanda tanya masih bermain difikiran ahli UMNO, Shafie memang tidak perlu menjadi ketua UMNO kedah. Beberapa jawatan di pegang oleh sahfie menampakkan seperti gila dengan kuasa. Oleh itu memang patut shafie tarik diri dari kedah, kerana susah untuk beliau melakukan tugas dengan jawatan yang disandang itu.
BalasPadamMelantik pemimpin baru tidak menjamin semua masalah akan selesai dengan sendiri. Jika kakitangan dan ahli di bawah tidak bekerjasama, sama juga akhirnya.
BalasPadamumno Kedah boleh dikatakan mantap jika jentera2nya juga mantap.
BalasPadamTapi bagus juga Kedah dah kembali mantap.
BalasPadamSiapapun yang dilanntik sebagai Pengurusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah perlulah ada sokongan dari pemimpin dan ahli-ahli parti yang lain.
BalasPadamyang bagusnya UMNO Kedah sudah kembali mantap. Ini yang perlu dibuktikan.
BalasPadampemimpin baru tapi prestasi sama tak ada gunanya, biarlah UMNO kedah semakin kukuh.
BalasPadamBaguslah kalau begitu.
BalasPadamYang penting sekarang ialah memastikan kemantapan UMNO kedah akan berterusan. Oleh itu, UMNO haruslah sentiasa berusaha.
BalasPadamSiapapun yang berkelayakan dan mampu memimpin dengan adil dan seksama, maka tidak menjadi masalah untuk meletakkan beliau sebagai ketua.
BalasPadam