KUALA LUMPUR: Sektor pembinaan dijangka menarik tahun depan dengan projek mega kembali dalam senario dipacu pelaksanaan pelbagai projek dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10) serta menerusi Program Transformasi Ekonomi (ETP).
MIDF Investment Research berkata, belum pernah berlaku sebelum ini pelbagai projek berskala besar diumumkan bertumpu dalam satu jangka waktu tertentu.
Katanya, sebanyak 53 projek kerjasama awam-swasta (PPP) bernilai RM63 bilion diumumkan dalam RMKe-10, yang mana pelaksanaannya dijangkakan meraih momentum tahun depan.
Menerusi ETP pula, firma penyelidikan itu berkata, inisiatif Greater KL saja boleh menampung kontraktor tempatan untuk tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.
Ia merangkumi projek sistem transit rapid (MRT) yang bernilai RM36 bilion, pembinaan tujuh lebuh raya bertol bernilai RM19 bilion, pembangunan tanah seluas 1,320 hektar milik Lembaga Getah Malaysia di Sungai Buloh bernilai RM10 bilion dan dua loji penjanaan kuasa arang batu bernilai RM7 bilion.
“Sektor pembinaan juga meraih manfaat terbesar dalam Bajet 2011, dengan kejutan terbesar daripada projek Menara Warisan Merdeka bernilai RM5 bilion, manakala pembangunan empat koridor, termasuk Greater KL juga mendapat peruntukan sebanyak RM853 juta.
Manfaat besar bagi para kontraktor
“Pastinya, kontraktor tempatan bakal meraih manfaat besar daripada perbelanjaan ini,” kata firma penyelidikan itu.
Setakat ini, katanya, projek bernilai lebih RM4 bilion sudah diberikan kepada kontraktor tempatan, antaranya pakej II pembinaan lapangan terbang tambang murah (LCCT) yang dianugerahkan kepada Gadang bernilai RM291 juta; Kompleks Bersepadu LCCT kepada WCT (RM486 juta); Empangan Hulu Terengganu kepada Loh & Loh-Sinohydro
(RM828 juta); dan Empangan Paya Beda kepada JAKS (RM333 juta).
IJM pula dianugerah tiga kontrak iaitu projek penambahan lebuh raya Besraya (RM600 juta); jalan akses Empangan Murum (RM247 juta); dan Lebuh Raya Batu Kawan untuk Jambatan Pulau Pinang Kedua (RM350 juta).
MIDF Investment Research menjangkakan lebih banyak projek akan dianugerahkan pada 2011, termasuk baki pakej pembinaan LCCT baru, laluan tambahan LRT (Kelana Jaya) dan kerja huluan projek air mentah Pahang-Selangor, selain beberapa kerja infrastruktur di Sarawak.
Selain itu, katanya, ia adalah tahun pilihan raya di Sarawak dan kebiasaannya saham syarikat berkaitan pembinaan akan mencatat prestasi memberangsangkan, sementara Kerajaan Pusat memberikan tumpuan di negeri itu dengan memberi habuan kerana sokongan padu rakyat negeri itu pada pilihan raya umum sebelum ini.
Antara projek infrastruktur di Sarawak ialah pembinaan jalan raya, pelabuhan, serta koridor ekonomi Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak.
kerancakan sektor pembinaan akan menunjukkan proses pembangunan akan terus berlangsung.
BalasPadamsemoga semua pihak terutamanya rakyat akan mendapat manfaat daripada pembangunan ini.
BalasPadambiarlah semua rakyat mendapat faedah dan manfaat dari pembangunan ini.
BalasPadamharap projek ini berjaya dan semua rakyat mendapat manfaat daripadanya.
BalasPadamPlease make sure no one is neglected while govt busying whit the development, mostly in urban area.
BalasPadampastikan semua projek itu diberikan kepada kontraktor yang benar2 layak dan mempunyai track rekod yang baik dan pastikan pembangunan bukan sahaja tertumpu di bandar2 utama di semenanjung malah merangkumi pedalaman dan negeri2 borneo.
BalasPadamI hope the contracts will be given out through open tender so that more people can benefit instead of the selected few.
BalasPadamPembangunan itu bukan untuk kepentingan persendirian tapi untuk rakyat. Maka semoga pembangunan itu dapat dilakukan dengan baik dan memberi manfaat kepada rakyat pada masa akan datang.
BalasPadam