Mengulas rombakan kepimpinan Badan Perhubungan Umno Negeri yang turut menyaksikan beliau tidak lagi memimpin Umno di Terengganu hari ini, Hishammuddin berkata: “Terengganu pernah jatuh ke tangan pembangkang dan berkat daripada hasil usaha, kerja keras dan kerjasama sesama pemimpin negeri, rakyat Terengganu memberi semula mandat kepada Umno.”
“Ia adalah amanah yang digalas dan perlu dipertahankan di mana pemimpin dan rakyat Terengganu perlu menerajui kepimpinan dan menentukan masa depan negeri,” katanya dalam kenyataan.
Rombakan yang diumumkan oleh Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melibatkan jawatan pengerusi Umno negeri Kedah, Pulau
Pinang dan Terengganu tidak lagi disandang oleh tiga Naib Presiden Umno dan diambil alih oleh timbalan masing-masing.
Di KUALA TERENGGANU, Ahmad berkata tumpuan beliau sekarang ialah untuk mengajak rakyat, terutama generasi muda menghayati sejarah perjuangan Umno bagi agama, bangsa dan negara.
Di GEORGE TOWN, Ketua Penerangan Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata pelantikan Datuk Zainal Abidin Osman sebagai pengerusi yang baru menggantikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah dijangka.
Beliau yang dilantik sebagai timbalan kepada Zainal Abidin berkata kesemua pemimpin Umno di negeri itu telah lama bekerjasama dengan bekas Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah tersebut kerana beliau sering mempengerusikan mesyuarat perhubungan Umno negeri.
“Pelantikan Zainal adalah tepat kerana beliau adalah anak tempatan yang memahami kehendak rakyat Pulau Pinang dan Umno negeri sekarang sedang memainkan peranan sebagai pembangkang,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Di ALOR SETAR, Ketua Umno bahagian Merbok, Datuk Tajul Urus Md Zain berkata pemilihan anggota Dewan Undangan Negeri Bakar Bata Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanapiah dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir sebagai pengerusi dan timbalan pengerusi di Kedah hendaklah dihormati dan disokong oleh semua anggota serta pemimpin Umno negeri, jika mahu melihat BN menawan kembali Kedah. Ahmad Bashah, Ahli Dewan Undangan Negeri Bakar Bata, menggantikan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal.
Di KANGAR, Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu menyifatkan pelantikan semulanya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis dan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim sebagai timbalan pengerusi dapat mengujudkan gandingan yang mantap.
Mengulas pelantikan Shahidan sebagai timbalan pengerusi badan itu, Mohd Isa berkata, beliau yakin Umno Perlis akan menghadapi pilihan raya umum akan datang dalam keadaan lebih kukuh.
Bagaimanapun, katanya, demi kekuatan Umno beliau berharap sokongan yang lebih kuat daripada semua peringkat parti termasuk pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno.
“Masa depan Umno adalah amat penting dan oleh hal yang demikian kepimpinan dan anggota Umno perlu mengutamakan perpaduan dan kekuatannya” kata beliau.
Sementara itu, Shahidan ketika diminta mengulas pelantikannya sebagai timbalan pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis, berkata beliau belum bersedia menjawab soalan itu.
Beliau yang juga ketua Umno Bahagian Arau berkata beliau akan membincangkan perkara itu dengan rakan-rakannya terlebih dahulu.
Di ALOR SETAR, Ahmad Bashah berjanji melaksanakan tugasnya dengan matlamat merampas kembali Kedah pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.
Katanya kepercayaan yang diberikan presiden parti Datuk Seri Najib Razak dan Timbalanya Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan dipersia-siakankan.
“Saya akan menyambung usaha semasa menjadi timbalan pengerusi untuk mengukuhkan jentera parti serta membentuk satu pasukan yang mampu memenangi pilihan raya umum ke-13 nanti.
Fokus utama saya sekarang untuk menyusun gerak kerja di peringkat bahagian dan cawangan dengan melaksanakan program-program khusus bersama Pemuda dan Puteri Umno,” katanya pada sidang akhbar di Bangunan Tunku.
Ahmad Bashah berharap semua ketua bahagian mengenepikan pertelingkahan dan perasaan tidak puas hati mereka demi kepentingan parti untuk mengembalikan maruah orang Melayu.
Katanya beliau tiada masalah bekerjasama dengan Mukhriz dan menganggap kombinasi mereka berupaya membawa perubahan kepada Umno Kedah khususnya.
“Mukhriz mempunyai pengalaman luas di peringkat Pemuda dan kebangsaan yang akan menjadi kelebihan kepada beliau membantu saya merencanakan program gerak gempur bagi menawan pengundi,” katanya.
Di GEORGE TOWN, Zainal Abidin menyifatkan pelantikannya adalah sebagai satu amanah dan dalam masa yang sama beliau menghadapi dua cabaran utama iaitu cabaran politik dan cabaran peribadi.
Katanya, cabaran politik ialah untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap Umno dan memimpin satu pasukan pembangkang yang kuat setelah kerajaan negeri kini dipimpin oleh DAP.
Beliau berkata, cabaran keduanya ialah cabaran peribadi kerana beliau telah kehilangan isterinya, Datin Shazarina Shamsuddin yang meninggal dunia lima hari lepas. Shazarina, 46, meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor akibat barah hati dan paru-paru.
“Isteri saya merupakan orang kuat saya dan arwah sentiasa menyokong dan mengalakkan saya menjadi pemimpin untuk terus berjuang demi kepentingan agama, bangsa dan negara dan beliau akan memenuhi impian arwah isteri saya,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Zainal Abidin berkata, beliau bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada Najib yang memberi kepercayaan kepadanya untuk memikul satu amanah yang lebih besar iaitu sebagai pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang ketika jawatan itu bukanlah sesuatu yang istimewa lagi sekarang.
“Walaupun saya hadapi dua cabaran utama untuk melaksanakan tanggungjawab baru ini dan saya akan berusaha untuk menjalankan tugas sebaik mungkin dengan sokongan semua pihak iaitu dari semua kepimpinan Umno dan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) di negeri ini,” katanya.
Katanya beliau telah melibatkan diri dalam pilitik secara aktif selama 30 tahun dan bermula daripada kepimpinan akar umbi iaitu dengan memegang jawatan sebagai Anggota Jawatankuasa Umno Cawangan, Anggota Jawatankuasa Pemuda Bahagian, Ketua Cawangan, Jawatakuasa Umno Bahagian Nibong Tebal, Timbalan Ketua Umno Bahagian Nibong Tebal dan sekarang memegang jawatan Ketua Umno Bahagian Nibong Tebal.
“Saya yakin dengan pengalaman sebagai pemimpin peringkat bawahan, saya akan memberikan keyakinan kepada rakyat untuk melihat semula Umno sebagai satu wadah perjuangan untuk orang Melayu khasnya dan semua kaum di negeri ini secara amnya,” kata beliau.
rombakan yang dilakukan oleh UMNO ini diharap akan menjadikan parti lebih kuat dan kukuh lagi.
BalasPadamsemua pemimpin dan ahli perlulah saling bekerjasama agar parti menjadi lebih berkesan lagi.
BalasPadamharap ia dpt mengukuhkan UMNo.
BalasPadamHarap rombakan ini akan menyelesaikan masalah duri dalam daging.
BalasPadamrombakan ini dpt memperbaiki kelemahan yang ada dan seterusnya memastikan UMNO semakin kukuh.
BalasPadam'muafakat' antara baru dan lama sebenarnya boleh mengukuhkan keteguhan sesebuah parti itu. cuma ada juga pemimpin 'lama' ni..ego melangit yang ingin idea dia sorang je didengar boleh melumpuhkan sesebuah parti!
BalasPadamumno adalah sebuah parti yang dihormati...dan gandingan mantap orang lama dan baru harap dapat mengukuhkan barisan pemimpin untuk bertarung pada PRU13
BalasPadamcan be it getting better or worst....
BalasPadamHope that the new arrangement will be able to do their best. As for Hishammuddin, we'll see what he'll do later on.
BalasPadamyang penting teruskan berkhidmat untuk rakyat dan negara. kelemahan diperbaiki, keburukkan disingkir dan kelebihan dikekalkan..
BalasPadamJawatan tidak penting yang penting sekali bersatu dan bersama-sama untuk mendapat sokongan rakyat.
BalasPadam