Isnin, 27 Disember 2010

Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dapat ketua Umno negeri baru

THE MALAYSIAN INSIDER


KUALA LUMPUR — Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin masing-masing kekal menerajui badan perhubungan negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan tetapi tiga negeri lain mengalami perubahan.

Pulau Pinang, Terengganu dan Kedah yang masing-masing diketuai oleh naib-naib presiden akan diterajui orang bariuu, kata Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada sidang media di sini hari ini.

Ketua Umno Nibong Tebal Datuk Zainal Abidin Osman akan menggantikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi manakala Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said mengambil alih daripada Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Zainal kini merupakan timbalan Zahid di Pulau Pinang manakala Ahmad pula timbalan Hishammuddin.

Timbalan Ketua Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Hanipah pula dinaikakn ‘pangkat’ untuk menggantikan Datuk Seri Shafie Apdal manakala Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir dijadikan timbalannya.

Kesemua pelantikan itu berkuat kuasa 1 Januari ini, kata Tengku Adnan.

Berikut adalah senarai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri-negeri 2011 yang diumumkan Tengku Adnan hari ini.

Perlis

Pengerusi: Datuk Seri Md Isa Sabu

Timbalan: Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (muka baru)

Kedah

Pengerusi: Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanapiah (muka baru)

Timbalan: Datuk Mukhriz Tun Mahathir (muka baru)

Pulau Pinang

Pengerusi: Datuk Zainal Abidin Osman (muka baru)

Timbalan: Datuk Musa Sheikh Fadzir (muka baru)

Perak

Pengerusi: Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir

Timbalan: Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah

Selangor

Pengerusi: Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan: Datuk Seri Noh Omar

Wilayah Persekutuan

Pengerusi: Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan: Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Negeri Sembilan

Pengerusi: Datuk Seri Mohamad Hasan

Timbalan: Datuk Shaziman Abu Mansor

Melaka

Pengerusi: Datuk Seri Mohd Ali Rustam

Timbalan: Datuk Wira Abu Seman Yusop

Johor

Pengerusi: Datuk Abdul Ghani Othman

Timbalan: Datuk Dr Latiff Ahmad

Pahang

Pengerusi: Datuk Seri Adnan Yaakob

Timbalan: Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin

Terengganu

Pengerusi: Datuk Seri Ahmad Said (muka baru)

Timbalan: Yahya Khatib Mohamad (muka baru)

Kelantan

Pengerusi: Datuk Seri Mustapa Mohamed

Timbalan: Datuk Dr Awang Adek Hussin

Sabah

Pengerusi: Datuk Seri Musa Aman

Timbalan: Datuk Seri Salleh Said Keruak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.