Isnin, 27 Disember 2010

Perjuangan Diteruskan Biarpun Tidak Sandang Jawatan - Hishammuddin

BERNAMA

PUTRAJAYA: Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau akan terus bersama dalam perjuangan biarpun tidak lagi menyandang jawatan Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu yang kini dipegang oleh Menteri Besar Datuk Ahmad Said.

Mengulas rombakan kepimpinan Badan Perhubungan Umno Negeri yang turut menyaksikan beliau tidak lagi memimpin Umno di Terengganu hari ini, Hishammuddin berkata: "Terengganu pernah jatuh ke tangan pembangkang dan berkat daripada hasil usaha, kerja keras dan kerjasama sesama pemimpin negeri, rakyat Terengganu memberi semula mandat kepada Umno."

"Ia adalah amanah yang digalas dan perlu dipertahankan di mana pemimpin dan rakyat Terengganu perlu menerajui kepimpinan dan menentukan masa depan negeri," katanya dalam kenyataan.

Rombakan yang diumumkan oleh Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini melibatkan jawatan pengerusi Umno negeri Kedah, Pulau Pinang dan Terengganu tidak lagi disandang oleh tiga Naib Presiden Umno dan diambil alih oleh timbalan masing-masing.

Di KUALA TERENGGANU, Ahmad berkata tumpuan beliau sekarang ialah untuk mengajak rakyat, terutama generasi muda menghayati sejarah perjuangan Umno bagi agama, bangsa dan negara.

Di GEORGE TOWN, Ketua Penerangan Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata pelantikan Datuk Zainal Abidin Osman sebagai pengerusi yang baru menggantikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah dijangka.

Beliau yang dilantik sebagai timbalan kepada Zainal Abidin berkata kesemua pemimpin Umno di negeri itu telah lama bekerjasama dengan bekas Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah tersebut kerana beliau sering mempengerusikan mesyuarat perhubungan Umno negeri.

"Pelantikan Zainal adalah tepat kerana beliau adalah anak tempatan yang memahami kehendak rakyat Pulau Pinang dan Umno negeri sekarang sedang memainkan peranan sebagai pembangkang," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Di ALOR SETAR, Ketua Umno bahagian Merbok, Datuk Tajul Urus Md Zain berkata pemilihan anggota Dewan Undangan Negeri Bakar Bata Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanapiah dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir sebagai pengerusi dan timbalan pengerusi di Kedah hendaklah dihormati dan disokong oleh semua anggota serta pemimpin Umno negeri, jika mahu melihat BN menawan kembali Kedah.

Ahmad Bashah, anggota Dewan Undangan Negeri Bakar Bata, menggantikan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal.

Pengerusi parti Gerakan Kedah, Dr Cheah Soon Hai pula berkata Gerakan tiada masalah dengan kedua-dua tokoh itu dan akan memberikan sokongan serta kerjasama penuh kepada mereka.

Pengerusi MIC Kedah, S. Ananthan mengalukan-alukan pelantikan itu dan menganggap mereka adalah calon yang layak untuk mengembalikan kekuatan kepada Umno dan BN.

Di KANGAR, Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu yang kekal sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis yakin parti itu di peringkat negeri akan bertambah kukuh dan mantap.

Menurutnya, pelantikan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim sebagai timbalannya akan mewujudkan gandingan mantap ke arah penyatuan Umno yang jitu.

"Apa yang saya harapkan ialah kerjasama yang lebih hebat di semua peringkat parti termasuk pergerakan pemuda, wanita dan puteri Umno," katanya.

13 ulasan:

  1. ya, perjuangan perlu tetap diteruskan. semua pihak perlu terus memberikan komitmen terhadap apa yang diperjuangkan.

    BalasPadam
  2. rombakan yang dibuat bertujuan untuk memperkukuhkan parti. harap dengan komitmen semua pihak parti akan menjadi lebih kukuh.

    BalasPadam
  3. perjuangan perlu diteruskan bagi mancapai matlamat kita.

    BalasPadam
  4. Macam inilah semangat yang diperlukan.

    BalasPadam
  5. perjuangan harus diteruskan...

    BalasPadam
  6. jangan jadi seperti katak..gara-gara terlalu tamak untuk berkuasa sanggup meninggalkan perjuangan parti..

    BalasPadam
  7. adakah kemenangan umno di sesetengah kawasan pembangkang ni...membuktikan PR sudah tidak lagi menjadi pilihan rakyat?

    BalasPadam
  8. saya harap Hishammuddin akan berpegang pada cakapnya...ramai pemimpin BN dahulu yang saya kagumi telah beralih arah pada PR. kemudian mereka ni sekarang disabitkan dengan bermacam kes rasuah.....so ramai pemimpin ni..cakap tidak serupa bikin!

    BalasPadam
  9. jawatan taklah penting sgt, yg penting adalah perjuangan kita.

    BalasPadam
  10. We'll see what Hishammuddin will do after this.

    BalasPadam
  11. kekuatan umno/BN bergantung kepada sejauhmana rakyat berpuashati dengan khidmat pemimpin2 mereka dalam membela nasib rakyat dan negara.

    BalasPadam
  12. Itulah semangat yang kita mahukan berjuang selagi mampu.

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.