Majlis Peguam mahu kerajaan mengambil kira pandangan masyarakat Orang Asli dalam cadangan meminda Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) sebelum meluluskan rang undang-undang itu.
Presidennya Ragunath Kesavan berkata kerajaan seharusnya mempelawa Orang Asli untuk perbincangan terbuka dalam forum bagi berkongsi pandangan mereka terhadap pindaan akta yang memperuntukkan pembentukan Tanah Simpanan Orang Asli.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Bengkel Jawatankuasa Mengenai Hak Orang Asli (COAR) behubung "Hak Tanah Pribumi-Isu-Isu, Tuntutan dan Undang-Undang', anjuran majlis itu, di Kuala Lumpur hari ini.
Ragunath berkata hak Orang Asli tidak diiktiraf dalam Perlembagaan Persekutuan kerana tidak menyentuh mengenai masyarakat itu.
Sementara itu, timbalan pengerusi COAR, Steven Thiru, bekata hanya satu peruntukan khusus yang menyentuh Orang Asli di bawah Artikel 8(5)(c) dalam Perlembagaan Persekutuan.
Peruntukan itu hanya membenarkan kerajaan meluluskan undang-undang memihak Orang Asli, katanya.
Steven berkata sebanyak sembilan kes Orang Asli masih dalam perbicaraan di mahkamah.
Pengerusi COAR, Datuk S Ambiga, berkata objektif bengkel itu adalah untuk menjana kesedaran di kalangan Orang Asli, peguam dan orang awam mengenai hak masyarakat itu.
Seramai 80 peserta terdiri daripada peguam, pelajar dan wakil Orang Asli, menghadiri bengkel itu.
Suara hati orang asli patut diambil kira.
BalasPadamMemang patut ambil kira suara orang asli :)
BalasPadamHal ni kan melibatkan soal kepentingan org asli jadi adalah kurang elok jika mereka terlupa utk dibawa berbincang.
BalasPadamSemoga kerajaan mendengar dan memberi perhatian terhadap keluhan/pandangan ini.
BalasPadamSaya harap kes orang asli yang masih dibicarakan itu selesai dengan baik :)
BalasPadamApapun saya berharap agar hak orang asli terus terpelihara :)
BalasPadamuntuk mengelakkan rasa tidak puas hati atau tentangan dikemudian hari, kerajaan wajar mengambil kira pandangan masyarakat Orang Asli sebelum membuat pindaan, lebih2 lagi jika ada perubahan yang melibatkan kepentingan mereka.
BalasPadamPandangan masyarakat orang asli harus diambil kira dalam cadangan meminda Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) kerana undang2x tersebut melibatkan orang asli.
BalasPadamya.. kira harus ambil kira pandangan orang asli.
BalasPadamMereka berhak untuk bersuara. Oleh itu jangan buat tidak ambil endah saja berkaitan orang asli.
BalasPadamMereka mempunyai hak berhubung pindaan tersebut.
BalasPadamharap hak Orang Asli akan terus terpelihara dan dijaga.
BalasPadampandangan dari semua pihak perlu diambil kira. ini demi kebaikan semua.
BalasPadamBeri mereka peluang untuk menyertai dalam pindaan akta yang melebatkan kepentingan mereka.
BalasPadamOrang asli adalah kaum peribumi sini, hak mereka harus dilindingi.
BalasPadamSememangnya orang asli tidak mendapat perhatian sejak dari dulu tapi jika dilihat beberapa tahun ini, kerajaan sudah mula mengambil berat tentang orang Asli. Semoga usaha ini akan berterusan.
BalasPadamJangan pinggirkan mereka. Kepentingan mereka harus dilindungi.
BalasPadamPindaan yang melibatkan mereka sepatutnya mendengar cadangan dari mereka.
BalasPadamGolongan minoriti tidak patut dilupakan.
BalasPadamOrang asli, orang yang paling asli dan paling layak dipanggil bumiputera.
BalasPadam