Isnin, 27 Disember 2010

Lebih 300 Peneroka Felda Jengka 3 Kemuka Waran Saman Isu KPG

Oleh Suhaimi Said

suhaimi1Seramai 307 orang peneroka-peneroka sekitar Kilang Sawit Felda Jengka 3 telah menyerahkan Borang Waran Untuk Bertindak melantik peguam untuk mengemukakan saman terhadap Felda berhubung peratusan perahan KPG yang telah dimanipulasi oleh Felda.

Dari sekian lama Peneroka-Peneroka telah diberikan hanya sekadar 18 hingga 19% sahaja perahan KPG menyebabkan Peneroka-Peneroka kerugian pendapatan dari RM200 hingga RM500 setiap bulan sejak 20 tahun yang lampau.

Peneroka-peneroka telah maklum bahawa setiap satu peratus perahan KPG yang dinafikan kepada mereka, mereka kerugian antara RM20 hingga RM40 bagi setiap tan, dan kerana itu mereka telah menanggung kerugian yang besar.

Sejak peneroka-peneroka sedang berusaha untuk menyaman Felda bagi memperbetulkan peratus perahan KPG ini, Felda telah menaikkan peratusan itu hingga 21%, dan ini membuktikan bahawa Felda telah memanipulasi peratusan perahan KPG dengan mendatangkan kerugian yang besar kepada peneroka-peneroka.

Disamping kerugian tersebut, peneroka-peneroka juga telah dimanipulasi mengenai "buah sawit muda, buah mengkal dan tangkal panjang" dan jika dihetung hampir 60 tan setiap bulan buah-buah kategori ini telah dikeluarkan dari timbangan. Peneroka-peneroka tersebut telah didenda kerana membawa buah-buah kategori itu.

Kononnya buah-buah itu dimusnahkan oleh Kilang Sawit Felda, tetapi buktii yang diperolehi, buah-buah itu turut di proses oleh Kilang, tetapi menfaatnya tidak diserahkan kepada peneroka-peneroka.

Maka selain dari menuntut peratusan perahan KPG yang sebenar, peneroka-peneroka itu juga akan menuntut dari Felda kerugian yang mereka alami keatas buah-buah sawit yang dikeluarkan dari timbangan, yang setiap peneroka Felda kerugian tidak kurang daripada RM20,000 hingga RM50,000.

Peneroka-peneroka tersebut memberi jaminan kepada Felda bahawa mereka tidak akan meneruskan saman jika Felda sanggup merundingkan pampasan yang sesuai dan menggantirugi mereka diatas kerugian mereka selama 15 tahun walaupun mereka telah dipermainkan melebihi 20 tahun.

Selain 307 Borang Waran untuk Bertindak yang diserahkan oleh Sdr Bostamin Bakar mewakili peneroka-peneroka sekitar Kilang Sawit Felda Jengka 3, Peguam T.Kumar juga menerima 106 Borang Waran untuk Bertindak dari wakil Felda Jengka 9.

Jumlah ini akan bertambah apabila Peneroka-Peneroka Felda Jengka 1, Ulu Jempol dan Jengka 11 akan menyerahkan Borang Waran untuk Bertindak ini dalam tempoh 14 hari dari hari ini.

Penulis adalah Pengerusi Biro Felda Pusat Parti Keadilan Rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.