KENINGAU: Minum arak di khalayak ramai yang cuba ditonjolkan secara berani oleh anak-anak remaja di bandar kecil ini, menimbulkan kegusaran rata-rata ibu bapa di daerah ini.
“Situasi ini amat menakutkan,” demikian kebimbangan Pengerusi PIBG SK Panagatan , Mohd Khairil Abdullah, 42.
Khairil yang merupakan Setiausaha Pergerakan Pemuda Umno Pensiangan, tergamam ketika melihat gelagat sekumpulan anak-anak remaja yang sedang minum arak dan merokok, di salah satu lorong di bandar kecil itu berkata: “Perbuatan berani anak-anak remaja itu boleh mempengaruhi remaja yang lain, untuk terlibat dalam aktiviti yang tidak sihat itu,”.
Sejak lebih seminggu yang lalu akhbar ini bersama sekumpulan aktivis masyarakat, melakukan pemantauan ke atas aktiviti anak-anak remaja di sekitar bandar kecil Keningau, sebagai reaksi kebimbangan yang diluahkan oleh ibu bapa di daerah ini.
Hasil pemantauan mendapati, sebahagian besar remaja terlibat dalam aktiviti sosial yang tidak sihat, seperti minum arak di khalayak ramai, merokok, menganggu ketenteraman awam selain terlibat dalam aktiviti vandalisme.
Sasaran pemantauan dijalankan di Kompleks Pegalan, Kompleks Arshad, Nabawan Shoping Compleks dan Fuu Loong Shophing Compleks.
60 peratus daripada 500 remaja yang ditemui dikalangan pelajar sementara selebihnya bekas pelajar dan remaja dikalangan anak-anak warga asing yang berpeleseran.
Pecahan gander pula mendapati 60 peratus daripada mereka terlibat dalam kegiatan yang tidak sihat, seperti pengambilan arak dan syabu.
Kumpulan pemantau mendapati sekurang-kurangnya 30 peratus remaja wanita terlibat sebagai pengunjung pusat hiburan, sama ada bekerja sebagai pelayan atau mengikut rakan-rakan lelaki. 20 peratus daripada mereka dikalangan remaja yang masih belajar di beberapa buah sekolah menengah di daerah ini.
“Generasi pelapis kita sudah jauh dihanyutkan oleh arus pengaruh,” jelas Khairil dan menambah, sesuatu perlu dilakukan untuk menyelamatkan masa depan gernerasi itu.
Ketua Polis Keningau DSP Zahari Mohamad ketika memberi reaksi mengenai hasil pemantauan itu berkata, ibubapa perlu memainkan peranan yang lebih berkesan untuk menyelamatkan masa depan anak-anak mereka.
“Polis melihat masalah ini amat serius,” katanya dan menambah, pemimpin disetiap kampung khususnya pengerusi JKKK dan Ketua Kampung, perlu memikirkan sesuatu yang mengekang kehadiran anak-anak remaja ke bandar.
Wakil Rakyat Liawan Datuk Sairin Hj. Karno menekankan, sekatan terhadap pengaruh perlu dibuat bagi menangani masalah supaya tidak berterusan.
Sairin yang merupakan Pembantu Menteri Luar Bandar Sabah berkata, penegasan terhadap institusi keluarga perlu diperkasakan selain pihak berwajib menjalankan tanggungjawab mereka dengan lebih berkesan.
“Saya melihat pengaruh adalah elemen di sini, dan kita perlu berfikir bagaimana elemen itu bukan menjadi penyebab kepada kehancuran masa depan generasi kita,” katanya.
Beliau mahu supaya pengerusi JKKK dan Ketua Kampung kreatif untuk menyediakan tumpuan remaja, sebagai usaha untuk menghalang mereka ke bandar untuk mencari hiburan.
“Sesuatu yang lebih baik daripada bandar, dan menepati gelagat golongan remaja,” katanya.
Ibubapa yang ditemui pula menuding jari bahawa anak-anak warga asing yang berpelesiran, tidak mempunyai halatuju serta dibesarkan di bawah alamsekitar yang tidak sihat, sebagai pengaruh besar kepada anak-anak remaja tempatan. -NST
Rabu, 1 Disember 2010
Gejala remaja minum arak meningkat
SABAH DAILY
Perangai remaja-remaja sekarang semakin teruk nampaknya. Ini amat memalukan. Ada di kalangan mereka masih pelajar lagi.
BalasPadamgejala seperti ini perlu dibendung, ia mencemarkan masyarakat kita.
BalasPadamParents should monitor their kids closely to make sure they wouldn't involve in any negative activity.
BalasPadamgejala atau aktiviti tidak sihat yang berlaku dikalangan remaja kini amat membimbangkan. Ibu bapa perlu memainkan peranan yang aktif dalam membendung masalah sosial yang berlaku kini.
BalasPadamIbubapa tidak perlu menuding jari kepada mana2 pihak. masalah ini bermula dari institusi kekeluargaan yang seterusnya menjadi masalah kepada semua rakyat Malaysia. masalah ini perlu ditangani secara bersama oleh semua pihak dan kurangkan tuding menuding.
BalasPadamjika ada dikalangan mereka yang masih belajar, mereka patut ditukarkan ke sekolah henry gurney. sebelum mereka terpengaruh lebih jauh, wajar bagi pihak kerajaan menggunakan pendekatan yang lebih bersifat tegas bagi mengawal mereka.
BalasPadamremaja sekarang ni...kurang mendapat didikan agama dan akhlak yang baik..dan mereka juga selalu fikir, 'tak minum dan merokok, tak macho'
BalasPadammanatau...dorang tu ikut perangai si ketam...ketam ajar anak jalan lurus..jadilah cam tu
BalasPadamduii... remaja sekarang ni... telebih sudah oo.. Mo minta ketuk ba ni kali. hehe
BalasPadamSemoga perkara ni dapat perhatian sewajranya dan tangganilah secepat mungkin. Jangan biarkan remaja terus hanyut dalam gejala sosial.
BalasPadamPerhatian terhadap masalah ini perlu ditangani. Kita tidak mahu pelapis masa akan datang kita hancur begitu saja dengan genjala ini.
BalasPadamCari jalan penyelesaian berhubung masalah ini. Perkara ini tidak boleh dibiarkan begitu saja. Kita mahukan rakyat kita hidup dengan aman.
BalasPadamJika ingin perkara ini tidak berlaku, maka cara yang sangat berkesan adalah mengharamkan penjualan arak.
BalasPadamRemaja bersifat ingin tahu, jadi mereka akan mencuba apa saja. Saya rasa tidak salah untuk mencuba, asalkan pandai mengawal diri.
BalasPadam