Saksi utama kes pembunuhan Aminulrasyid Amzah - Azamuddin Omar berkata kereta yang dinaikinya itu dihujani peluru pada kejadian 26 April lalu sehingga menyebabkan kematian rakannya itu.
"Saya dengar bunyi tembakan 'pop, pop, pop, pop'," katanya pada perbicaraan Mahkamah Sesyen Shah Alam ketika disoal-balas oleh timbalan pendakwa raya, Idham Abd Ghani.
Azamuddin juga mempertikaikan kedudukan badan Aminulrasyid ketika dijumpai di kereta putih Proton Iswara selepas berlanggar dengan sebuah tembok ketika dikejar.
Remaja itu berkata kedudukan berkenaan jelas berlainan dengan apa yang dirakamkan oleh polis forensik.
Remaja berusia 15 tahun itu juga berkata dia tidak pernah melihat parang yang didakwa polis dijumpai dalam kereta itu selepas kejadian berkenaan.
Apabila ditunjukkan parang itu yang dikemukakan sebagai barang bukti, Azamuddin berkata: "Saya rasa memang takde.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.