PETALING JAYA - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji parti akan menjalankan siastan terperinci ke ayas semua aduan yang berasas berhubung dakwaan penyelewengan yanmg berlaku semasa Pemilihan Pimpinan Pusat 2010 baru-baru ini.
Bercakap kepada Majlis Pimpinan Pusat serta perwakilan dari seluruh negara yang menghadiri Persidangan Kongres Nasional Tahunan Ke-7, 2010 di Dewan Sivil, Majlis Bandaraya Kuala Lumpur di sini malam tadi, Anwar tidak menolak kelemahan dalam perlaksanaan sistem'satu anggota satu undi' yang pertama kali dijalankan oleh KEADILAN dan julung kali oleh sebuah parti di negara ini dan memberi jaminan akan memberi perhatian serius terhadap dakwaan yang dibuat oleh anggota parti.
"Adakah terdapat kelemahan? Ya. Perlukah ada penambahbaikan? Ya. Sekiranya ada bukti penipuan dalam mana-mana proses pemilihan adakah tindakan akan diambil? Ya.
"Adakah sebarang cubaan untuk menutup mana-mana kes? Tidak. Adakah kita akan mengambil tindakan? Ya tetapi dengan syarat terdapat bukti penyelewengan," tegas Anwar kepada ahli MPP dan perwakilan.
Beliau menggesa anggota tampil membuat aduan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat serta menambah parti tidak menggenakan kekangan terhadap mana-mana calon untuk berbuat demikian.
Sambil memuji kemampuan Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail menggalas tanggungjawab menjalankan pemilihan, Anwar juga mempertahankan jumlah anggota yang keluar mengundi seramai 70,000 daripada 400,000 keanggotaan parti.
Kata beliau berbanding dengan Suruhanjaya Pilihan Raya yang diperuntukkan sebanyak RM250 juta untuk melaksanakan pilihan raya di seluruh negara, Setiausaha Agung hanya mendapat bajet kecil bagi pemilihan.
Anwar juga membidas pihak media yang sentiaa mencari ruang untuk menyerang KEADILAN dengan memperbesar-besarkan dakwaan berhubung pemilihan parti.
"Kenapa kami digambarkan sebagai pihak yang bersalah. Ini kerana Utusan Malaysia yang mengatakan kita bersalah tetapi sejak bila Utusan pernah mengatakan kita betul," kata Anwar sinis.
Beliau menegur sesetengah anggota yang menyertai KEADILAN tetapi masih gagal memahami konsep kepelbagaian kaum yang diamalkan oleh parti dan melihat hanya dari perspektif perkauman.
Beliau menyeru anggota supaya bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umu ke-13 dan tidak hilang tumpuan kepada objektif ini.
"Kita kalah Ijok tapi menang Selangor. Kita kalah di Batu Sapi tapi kita mampu tawan Sabah," katanya. |
sepatutnya dari awal lagi Anwar mengambil langkah untuk menyiasat setiap aduan kelemahan dalam pemilihan PKR.
BalasPadamPKR sepatutnya mengambil berat terhadap setiap masalah atau aduan yang dibuat oleh ahli mereka. kelewatan PKR mengambil langkah untuk menyelesaikan masalah mereka menyebabkan masalah tersebut menjadi besar.
BalasPadamAnwar sebenarnya menjadi punca kepada masalah yang timbul dalam pemilihan tersebut.
BalasPadamDah sampai masa DSAI melakukan sesuatu untuk menyelamatkan parti sendiri. Jika tidak, sudah tentu PKR akan mampus dengan isu dalaman mereka itu.
BalasPadamSiapa pula yang mahu siasat berhubungan Anwar dengan Azmin??Mungkin tidak akan ada jawapan untuk perkara ini.
BalasPadamCari jalan penyelesaian terbaik.
BalasPadamKita tunggu apa penyelesaian yang akan dilakukan oleh beliau. atau ini hanya kata-kata untuk menutup kelemahan parti itu sendiri.
BalasPadamSudah sampai masanya untuk menjalankan siasatan terperinci ke atas semua aduan yang berasas berhubung dakwaan penyelewengan yang berlaku semasa pemilihan pemimpin pusat 2010 baru-baru ini.
BalasPadamtindakan sepatutnya telah diambil semasa pemilihan sedang rancak berjalan atau semasa aduan mula2 dibuat. kenapa Anwar hanya terfikir mahu bertindak sekarang? ada kemungkinan Anwar segaja melewat2kan perkara ini supaya PKR mempunyai masa untuk menutup semua lubang2 penyelewengan dan penipuan..
BalasPadamapa2pun keputusan yang dibuat oleh Anwar, semua itu tidak akan mampu membersihkan nama baik PKR malah kemunculan Zaid sebagai kuasa ketiga kelak akan memberikan lagi tekanan kepada PKR kerana beliau tahu segala kekotoran yang berlaku dalam PKR.
BalasPadamJangan setakat berjanji sahaja tetapi tidak membuat sebarang siasatan.
BalasPadamMasalah dalaman PKR semakin teruk. Kalau Anwar tidak membuat sesuatu untuk menyelesaikan masalah tersebut, PKR akan kalah teruk dalam PRU 13 nanti.
BalasPadamJangan hanya sekadar berjanji. Sedarlah bahawa sudah ramai yang hilang kepercayaan terhadap anda. Pada pandangan saya untuk mendapat kembali kepercayaan itu memerlukan usaha yang lebih.
BalasPadam