Sabtu, 27 November 2010

Zaid tubuh parti baru Januari ini

BERNAMA


KUALA LUMPUR — Bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim mengumumkan akan menubuhkan parti baru pada Januari depan.

Bercakap pada sidang akhbar di kediamannya di sini malam ini, Zaid berkata butiran lanjut mengenai nama parti, bentuk perjuangan dan organisasi parti baru itu akan diumumkan pada Januari ini.

Baliau, bagaimanapun, memberi jaminan bahawa beliau tidak akan menggunakan nama ‘Keadilan’ atau Parti Angkatan Keadilan Islam Malaysia (AKIM) dalam penubuhan parti baru itu kelak.

“Nama itu (keadilan) biarlah mereka sahaja yang pakai begitu juga nama AKIM,” katanya ketika ditanya pemberita kemungkinan beliau akan menggunakan nama itu seperti mana yang diandaikan beberapa penulis blog.

Ditanya sejauh mana keyakinannya untuk menubuhkan parti baru itu, Zaid berkata: “Saya ingin memberi keyakinan kepada kawan-kawan bahawa kita akan ada parti baru dalam negara...saya beri keyakinan bahawa kita bukan parti kecil...kita akan jadi kuat dan besar.

Mengenai sokongan kepada parti baru itu, Zaid berkata, walaupun tidak akan mendapat sokongan seratus-peratus, namun beliau yakin akan mendapat sokongan besar bukan sahaja daripada bekas anggota PKR tetapi juga Umno dan PAS.

Sebelum sidang akhbar itu, Zaid, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, mengadakan majlis untuk meraikan para penyokongnya daripada Johor, Kedah, Perak dan Melaka.

Ditanya sama ada dengan penubuhan parti baru itu sekaligus membuktikan dakwaan bahawa beliau sememangnya ‘kemaruk’ untuk menjadi presiden parti, Zaid sinis berkata,”kalau saya tidak buat parti baru pun memang sudah dituduh sebegitu, jadi biarlah saya menjayakan harapan mereka itu.”

Zaid menyifatkan perjuangan politiknya masih belum selesai apabila beliau membuat keputusan untuk keluar daripada PKR.

Pada 8 Nov lalu, Zaid yang menyertai persaingan untuk merebut jawatan timbalan presiden PKR pada pemilihan kali ini, bertindak keluar dari parti itu.

17 ulasan:

  1. Semoga zaid dapat melakukan yang terbaik nanti dengan parti baru Zaid yang mahu ditubuhkan itu. Ramai jugakah ahli yang ikut parti tersebut.

    BalasPadam
  2. terserah dengan zaid untuk melakukan apa yang dia rasakan perlu.

    BalasPadam
  3. keputusan zaid untuk menubuhkan parti baru tidaklah mengejutkan kerana sebelum ini Zaid telah pun menyatakan keinginan untuk menubuhkan parti baru.

    BalasPadam
  4. Who will back him up I wonder. Forming a new party is not easy and it requires a lot of money. Does he have a sponsor?

    BalasPadam
  5. jika Zaid nak tubuhkan parti baru, biarkan parti tersebut benar2 berjuang untuk rakyat.

    BalasPadam
  6. kemunculan parti baru Zaid nanti akan memberi kesan kepada Pakatan kerana sudah tentu beliau akan mendedahkan lebih banyak kekotoran yang berlaku dalam Pakatan..

    BalasPadam
  7. "namun beliau yakin akan mendapat sokongan besar bukan sahaja daripada bekas anggota PKR tetapi juga Umno dan PAS."

    adakah Zaid merancang untuk menerima ahli2 lompat? jika benar, parti yang bakal ditubuhkan oleh Zaid bukanlah parti baru.

    BalasPadam
  8. Kalau itulah yang dia mahu. Biarkan sahaja.

    BalasPadam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  10. Yang penting, parti tersebut tidak akan ikut jejak langkah PKR.

    BalasPadam
  11. Adakah ini diperlukan? Bagaimana dengan orang lain? Apa hak mereka?

    BalasPadam
  12. penubuhan parti baru bakal menambah bilangan parti melayu yang sedia ada di SM..

    BalasPadam
  13. harap parti baru tu tidak menimbulkan kekecohan seperti yang telah berlaku terhadap PKR

    BalasPadam
  14. harap zaid dapat pimpin parti barunya dengan adil daripada parti keasilan...

    BalasPadam
  15. Apapun tunggu dan lihat sajalah apa yang bakal dilakukan oleh si Zaid ni nanti.. Sukar nak ramal dunia politik. hehe

    BalasPadam
  16. Tubuhkan parti lain? Biarkan la yang penting tidak menganggu ketenteraman awam.

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.