Sabtu, 27 November 2010

Media arus perdana sengaja burukkan PKR

Harakahdaily

PETALING JAYA: Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail mendakwa media arus perdana sengaja memburukkan parti itu dengan menggunakan gambar-gambar dan keterangan yang mengelirukan rakyat dalam proses pemilihan parti.

Saifuddin dalam sidang media di Kongres Nasional PKR hari ini merujuk satu gambar yang memaparkan seorang pengawas Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) sedang menuding jari kepada seorang ahli yang sedang mengundi.

"Sedangkan, pengawas itu sedang membantu seorang pengundi yang buta huruf. Senarai calon panjang, bukan seperti pilihan raya umum yang ada dua atau tiga calon sahaja. Untuk MPP sahaja, kita ada 20 calon," katanya yang juga ahli Parlimen Machang.

Menurut Saifuddin, insiden di Cabang Merbok itu digembar-gembur akhbar The Star, seolah-olah gambar berkenaan menjadi bukti sahih hingga mendorong pembaca menyangka 'penyelewengan' sedemikian benar-benar berlaku.

Dalam laporan sebuah portal pula, beliau berkata, media itu menyiarkan gambar kiriman ahli parti dengan merujuk individu yang sedang mengundi adalah seorang pengawas JPP sedangkan ia tidak benar.

Beliau turut hairan apabila aduan beserta gambar yang diemel kepada portal berita itu tidak disalurkan kepada JPP.

"Bagaimana kita hendak siasat jika aduan dihantar kepada Regina (wartawan Malaysiakini) tetapi tidak sampai ke meja JPP?" katanya berseloroh.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, hanya 12 aduan peringkat cabang dari 289 keseluruhan aduan yang masih dalam siasatan manakala sembilan lagi di peringkat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) sedang diteliti.

10 ulasan:

  1. benarkah media arus perdana sengaja burukkan PKR atau PKR yang sebenarnnya gagal menjawab seiap persoalan yang berlaku?

    BalasPadam
  2. adalah lebih baik jika PKR memberikan penjelasan terhadap setiap isu yang berlaku dan bukannya menyalahkan media pula..

    BalasPadam
  3. Jika benar media arus perdana memburukan PKR berikan penjelasan terhadap dakwaan ini. Jika benar perkara itu berlaku dengan PKR maka itu bukan meburukkan tapi itu adalah kenyataan kepada PKR.

    BalasPadam
  4. media hanya mendedahkan perkara sebenar.

    BalasPadam
  5. Betulkan media arus perdana sengaja burukkan PKR ataupun memang ia kenyataan? Bukti pun sudah ada. Macam mana pula media arus sengaja burukkan PKR.

    BalasPadam
  6. Kalau PKR rasa berita itu tidak benar,maka PKR harus memberi kenyataan yang sebenar.

    BalasPadam
  7. PKR sepatutnya menjelaskan perkara sebenar jika mendakwa media arus memburukkan mereka.

    BalasPadam
  8. kenyataan Saifuddin Nasution sekadar untuk menutup kelemahan mereka yang telah pun disaksikan oleh rakyat. sebelum terpedaya dengan kata2 beliau, perlu diingat, adakah video serta gambar2 yang tersebar itu boleh kita katakan sebagai putar belit media??

    BalasPadam
  9. semua ini bermula daripada tuduhan, kemudian untuk meyakinkan perkara itu benar2 berlaku, muncullah bukti2 seperti yang cuba di sangkal oleh Saifudin.. jadi jalan ceritanya sudah cukup sempurna malah ahli2 sendiri yang menyaksikan kekotoran dalam PKR. oleh itu, Saifudin tidak perlu menuduh pihak lain kononnya memutar belitkan fakta kerana ia sudah jelas.. bagi saya Saifudin sendirilah yang cuba memutar belit fakta..

    BalasPadam
  10. Walaubagaimana pun media menyatakan keburukan PKR tetapi jika itu tidak benar, maka orang ramai tidak akan terpengaruh dengan media. Jadi tidak perlu takut @ getar jika itu tidak benar.

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.