Sabtu, 27 November 2010

Kumpulan 'baju hitam' muncul di kongres AMK

MALAYSIA KINI

Kongres Wanita dan Angkatan Muda PKR (AMK) menjadi tumpuan selepas ucapan perasmian oleh timbalan presiden, Syed Husin Ali ekoran kehadiran sekumpulan kira-kira sembilan orang yang memakai baju hitam dan lilitan tangan yang bertulis 'selamatkan Keadilan'.

Mereka yang dipercayai sebahagian daripada perwakilan - yang berkumpul di pintu depan Dewan MPPJ - tempat kongres itu berlangsung - dikatakan merancang untuk mengadakan protes kecil dan sidang akhbar berhubung proses pemilihan pucuk pimpinan parti itu.

NONEBagaimanapun, selepas setengah jam, tidak ada tanda-tanda protes itu akan berlaku.

Apabila wartawan bertanya kepada kumpulan tersebut, mereka menjawab, sedang menunggu calon ketua AMK, Badrul Hisham Shaharin yang lebih dikenali sebagai CheguBard keluar.

Bagaimanapun, CheguBard tidak kelihatan keluar, dan semua perwakilan masuk semula ke dewan untuk mendengar ucapan dasar ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin.

Bila wartawan bertanya lagi, kumpulan itu, menafikan protes itu akan diadakan kerana menurut mereka Kak Wan (presiden PKR) telah berjanji untuk menyiasat aduan berhubung proses pemilihan PKR.

"kami penuh yakin dengan janji (Datuk Seri) Wan Azizah,' kata salah seorang daripada mereka, yang enggan memberitahu namanya.

10 ulasan:

  1. pekara ini sepatutnya diambil perhatian serius oleh PKR.

    BalasPadam
  2. PKR perlu berusaha untuk menyelesaikan masalah yang sedang mereka hadapi. jika masalah ini terus berlaruta ianya akan memberi kesan yang buruk kepada parti tersebut.

    BalasPadam
  3. Memang perlu masalah ini diselesaikan. Tapi kita mengharapkan jangan kerana protes ini nanti, menuduh ini angkara BN.

    BalasPadam
  4. maslah dalam PKR ini perlu diselesaikan dgn segera.

    BalasPadam
  5. Masalah dalaman PKR semakin teruk. Ia perlu diselesaikan secepat mungkin sebelum ketibaan PRU13.

    BalasPadam
  6. Diharapkan PKR tidak membiarkan masalah ini berlanjutan.Selesaikannya secepat mungkin.

    BalasPadam
  7. Untuk menyelamatkan keadilan, hanya keadilan sendiri sahaja yang boleh melakukannya. Mereka yang harus menyelesaikan masalah dalaman mereka terlebih dahulu kerana itu yang menjadikan parti mereka lemah.

    BalasPadam
  8. Terpulang kepada PKR sendiri bagaimana mereka menyelamatkan diri.

    BalasPadam
  9. setelah didesak berkali2 dan setelah keadaan semakin kritikal, barulah ada tindakan untuk menyiasat proses pemilihan PKR. itu pun belum tentu lagi mereka akan bertindak sepertimana yang diinginkan oleh semua ahli2 yang tidak berpuas hati. saya harap PKR benar2 memperjuangkan keadilan dalam semua perkara..

    BalasPadam
  10. Terlalu obsess dengan keadilan, inilah yang berlaku. Disebabkan oleh sikap mereka ini,keadaan yang tenteram akan menjadi kacau. Sikap seperti ini tidak patut dicontohi oleh orang2 di sekitar kerana ini akan mengamcam keselamatan orang lain.

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.