Jumaat, 19 November 2010

Konvensyen BN akan saksikan beberapa kejutan -Tengku Adnan

SINAR HARIAN ONLINE

KUALA LUMPUR - Konvensyen Barisan Nasional (BN) Ahad depan dijangka membawa beberapa elemen mengejutkan dan merintis jalan perubahan dalam usaha mengukuhkan kedudukannya selaras dengan perkembangan semasa.

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ketika mengumumkan perkara itu berkata ini termasuk beberapa kemungkinan pindaan terhadap perlembagaan BN.

"Kita akan kejutkan anda pada hari itu. Beberapa perubahan akan dilakukan oleh BN. Sudah tiba masanya bagi kami bergerak ke depan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan satu mesyuarat mengenai konvensyen itu di Wisma MCA di sini.

Ketika ditanya apa yang akan menjadi kejutan itu, beliau berkata,"Macam-macam akan berlaku. Anda akan terkejut, jangan bimbang."

Tengku Adnan berkata konvensyen sehari di Dewan San Choon, Wisma MCA akan dirasmikan Perdana Menteri dan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak.

24 ulasan:

  1. diharapkan kejutan yang akan dibuat berpaksikan kepada semangat gagasan 1Malaysia..

    BalasPadam
  2. diharapkan perubahan2 yang akan dilakukan akan merangkumi semua perkara..

    BalasPadam
  3. diharap konvensyen tersebut akan berjalan dengan lancar..

    BalasPadam
  4. Apa agaknya yang akan mengejutkan orang? Semua parti komponen disatukan sebagai Parti BN?

    BalasPadam
  5. Setuju mike. Saya pun harap kejutan itu dapat memenuhi keinginan rakyat. hehe

    BalasPadam
  6. Saya pun tak sabar nak tahu nymala. hehehe

    BalasPadam
  7. Apapun perubahan yang bakal dilakukan nanti, biar kiranya kejutan itu mampu mengembirakan ramai pihak.

    BalasPadam
  8. Saya harap Konvensyen BN berjalan lancar tanpa sebarang kekacauan timbul ataupun sabotaj dari mana2 pihak yg dengki dgn usaha umno utk terus maju ke depan.

    BalasPadam
  9. Apapun, sama2 la kita tunggu dan lihat perkembangannya nanti k :)

    BalasPadam
  10. BN diberi mandak menerajui kerajaan Malaysia, segala keputusan mempengaruhi masa depan negara.

    BalasPadam
  11. Tunggu dan lihat, kita akan tahu tidak lama lagi.

    BalasPadam
  12. Harap kejutan ini dapat menguntungkan negara.

    BalasPadam
  13. Adakah pembukaan untuk keahlian BN itu satu kejutan?

    BalasPadam
  14. Perubahan ini wajar mengikut perubahan zaman. Jangan sampai ditinggalkan zaman.

    BalasPadam
  15. sudah tentu ia akan membawa kejutan memandangkan sudah 15 tahun Barisan Nasional tidak mengadakan konvensyen tersebut.

    BalasPadam
  16. saya harap konvensyen kali ini benar2 membawa perubahan yang baik kepada BN serta membawa penyelesaian kepada isu2 1Malaysia, ekonomi, pembangunan, pendidikan, kebajikan dan kedaulatan undang2.

    BalasPadam
  17. Semoga konvensyen itu akan memberikan perubahan kepada BN akan datang.

    BalasPadam
  18. Biar satu perubahan yang ketara dibuat oleh BN. Semoga BN akan dapat buat yang terbaik nanti untuk membangunkan Malaysia kemata dunia. Semoga berjaya.

    BalasPadam
  19. biarlah ia kejutan yang membawa kebaikan kepada semua.

    BalasPadam
  20. harap kejutan yang akan berlaku akan membawa banyak manfaat kepada semua.

    BalasPadam
  21. semoga konvensyen tersebut akan berjalan dengan lancar dan perubahan yang yang dilakukan akan memberikan kebaikan kepada semua pihak.

    BalasPadam
  22. Baik kita tunggu dan lihat apa kejutan yang ada.

    BalasPadam
  23. Berubah untuk kebaikkan, kenapa tidak? Mungkin akan menarik lagi ramai penyokong...

    BalasPadam
  24. Sudah tiba masanya bagi kami bergerak ke depan.

    Ya, itu sudah pasti.

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.