Isnin, 1 November 2010

Keputusan 4 Nov bukan indikasi prestasi PRU-13 di Sabah

BATU SAPI— Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman menolak tanggapan bahawa keputusan Batu Sapi 4 November ini akan menjadi petunjuk prestasi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13, yang diramal bakal diadakan bila-bila masa tahun depan.

“Mungkin kami akan kalah beberapa (kerusi) dalam pilihan raya umum, tetapi kami akan menang selesa untuk membentuk kerajaan negeri di Sabah,” kata beliau dalam pertemuan dengan The Malaysian Insider di sini baru-baru ini.

Pengundian pilihan raya kecil kerusi Parlimen Batu Sapi akan diadakan Khamis ini. BN menurunkan Datin Linda Tsen Thau Lin manakala Parti Maju Sabah (SAPP) mencalonkan presidennya Datuk Yong Teck Lee dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang mewakili Pakatan Rakyat, menamakan peguam Ansari Abdullah. Linda, 54, merupakan balu kepada mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah, Ahli Parlimen Batu Sapi, yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 9 Oktober lalu di Kota Kinabalu.

Persaingan pilihan raya kecil kerusi Parlimen Batu Sapi kelihatan sebagai referendum ke atas pentadbiran BN selama 16 tahun memandangkan kempen SAPP dan PKR memfokus soal pembangunan negeri itu.

Musa, Ketua Menteri yang ke-14 dan Pengerusi BN secara peribadi mengetuai kempen untuk menghantar Tsen ke Parlimen dengan mempertahankan rekod BN di Sabah. “Tidak adil untuk mengatakan bahawa Sabah adalah negeri yang paling miskin,” kata Musa yang dilantik sebagai Ketua Menteri pada Mac 2003.

Pembangkang mengkritik kepimpinan BN di Sabah dengan mendakwa ia gagal untuk menunaikan janji sepanjang 16 tahun menerajui kerajaan negeri.

Yong, bekas ketua menteri Sabah menegaskan, meskipun Sabah merupakan negeri kedua terkaya pada 1970-an, tetapi ia kini sebuah negeri paling miskin.

Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang memainkan peranan penting dalam membawa Sabah ke pangkuan BN pada 1995, berkempen untuk Ansari dengan menegaskan, pihaknya boleh melakukan lebih baik jika diberikan mandat.

Bagaimanapun Musa mengetepikan cakap-cakap sedemikian, sebaliknya menegaskan bahawa wakil rakyat-wakil rakyat BN melakukan kerja dengan baik demi rakyat.

Justeru beliau melahirkan keyakinan dengan peluang BN dalam pilihan raya kecil kerusi Batu Sapi minggu ini.

Katanya, rakyat Sabah tahu untuk berbudi kepada mereka yang membawa pembangunan. Musa memberitahu, di bawah BN Sabah telah berkembang sejak saban tahun dan “tiada masalah” dalam memperoleh peruntukan ekoran hubungan baik dengan kerajaan persekutuan.

“Pada pengalaman saya, selagi anda berkhidmat dengan baik untuk rakyat, memenuhi permintaan mereka, membawa infrastruktur dan pembangunan untuk mereka, mereka akan gembira,” kata beliau.

“Rakyat Sabah tahu bagaimana hendak menghargai. Mereka tahu bagaimana hendak berterima kasih jika anda membawa pembangunan,” kata Musa.

Itu sebabnya mengapa pengundi Batu Sapi tidak wajar menyokong pembangkang memandangkan mereka tidak boleh membawa dana untuk pembangunan di kawasan mereka, kata Musa lagi.

“Kerajaan persekutuan sangat positif dan sedia mengetahui keperluan negeri. “Itu sebabnya sangat penting mempunyai hubungan baik dengan kerajaan negeri dn pusat.

“Dan, itu yang saya hendak memberitahu kepada rakyat,” kata beliau.

Musa juga mengingatkan pengundi bahawa tidak berguna bagi seseorang menjadi ahli politik jika dia tidak boleh membantu pengundi mereka.

“Rakyat mahukan pembangunan,” kata beliau lagi. Kata Musa, jika rakyat mahukan seorang Ahli Parlimen yang boleh memastikan suara mereka didengar di Parlimen, maka mereka harus memilih Tsen.

“Lebih baik mempunyai seorang Ahli Parlimen dari BN sebab apabila anda bercakap, rakyat akan mendengar apa yang anda perkatakan dan apabila anda bertanya apa yang anda mahukan, anda akan memperolehnya,” kata Musa.

Sehubungan itu kata Musa, setiap apa yang beliau minta, kerajaan pusat telah meluluskan. Katanya, rakyat Sabah merupakan golongan yang mahukan wakil mereka memperlihatkan prestasi mereka dalam kerja, bukannya hanya menyampaikan ucapan-ucapan politik.

Musa juga berkata, di bawah pentadbirannya para menteri dan wakil rakyat menyedari bahawa adalah penting untuk berkhidmat kepada rakyat secara konsisten mendampingi mereka dan mengambil tahu akan keperluan dan masalah mereka.

“Seorang YB atau Yang Berhormat bukan bermaksud demikian... ia bermaksud Yang Berkhidmat kerana anda berkhidmat untuk rakyat.

“Ini yang kami lakukan dan saya bukan cakap besar, tetapi anda sendiri boleh melihat pembangunan di sini,” katanya lagi.

Musa juga menambah, adalah tidak adil untuk menuduh kerajaan persekutuan mengabaikan pembangunan di negeri Malaysia Timur itu.

“Kami menerima banyak peruntukan pembangunan. Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan, kerajaan memberi lebih RM15 bilion untuk pembangunan negeri. Perbelanjaan bagi keselamatan pantai adalah buktinya,” kata beliau.

“Mereka memberikan kami sejumlah wang yang banyak untuk pembangunan, jadi ia adalah pelan yang kami jual kepada rakyat Sabah,” katanya lagi.

12 ulasan:

  1. rakyat kena memilih calon yang benar boleh membawa pembangunan dan kemajuan. jgn lakukan kesilapan semasa mengundi. undian anda menentukan masa depan anda.

    BalasPadam
  2. calon yang bersungguh-sungguh akan menang dalam PRK kali ini. rakyat juga perlu membuat penilaian dengan sebaiknya dan mengundi calon yang benar-benar boleh berkhidmat dengan baik.

    BalasPadam
  3. "Itu sebabnya mengapa pengundi Batu Sapi tidak wajar menyokong pembangkang memandangkan mereka tidak boleh membawa dana untuk pembangunan di kawasan mereka,"

    ini adalah realiti yang patut pengundi2 Batu Sapi pertimbangkan.. lihat kemampuan dan prestasi calon/parti sebelum membuat keputusan.

    BalasPadam
  4. kerajaan juga perlu serius menangani masalah2 di Sabah dan berusaha memenuhi tuntutan rakyat bukan sahaja semasa pilihan raya.. ini adalah cara yang terbaik untuk terus kekal menerajui kerajaan di Sabah..

    BalasPadam
  5. Kerajaan persekutuan sangat positif dan sedia mengetahui keperluan negeri. “Itu sebabnya sangat penting mempunyai hubungan baik dengan kerajaan negeri dan pusat. Jadi ini ibaratkan ibubapa dengan anak. Kerajaan negeri ada masalah akan mengadu dengan kerajaan Persekutuan untuk membantu menyelesaikan masalah tersebut. ini kebaikan kita berkerjasama.

    BalasPadam
  6. 4 nov penentuan kemenangan tapi bukan prestasi BN di PRU13. Ini tidak akan mengugat BN di Sabah sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingin berlaku. tapi ini akan menaikkan semangat BN dan membolehkan BN mengetahui kelemahan dan dimana perlu untuk diperbetulkan.

    BalasPadam
  7. apa pun kita mengharapkan BN akan buat yang terbaik untuk rakyat Sabah. Kita percaya yang baik dibawah kepimpinan Datuk Muda akan dapat membuat yang terbaik untuk rakyat sabah. semoga sabah akan sentiasa menjadi negeri yang aman walaupun pelbagai kaum menduduki negeri ini.

    BalasPadam
  8. rakyat perlu membuat pilihan yang tepat. pilihlah pemimpin yang bersedia untuk berkhidmat dengan baik kepada masyarakat.

    BalasPadam
  9. dalam pilihanraya ini, buatlah pilhan yang terbaik.

    BalasPadam
  10. Ya, ini bermakna tidak kira siapa yang menang PRK 4 Nov, mereka masih perlu berusaha lagi kerana sokongan kepada mereka masih belum terjamin.

    BalasPadam
  11. Tapi saya masih tidak sabar melihat keputusan setelah PRK khamis ini.

    BalasPadam
  12. Apapun, kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku pada esok hari...

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.