Isnin, 1 November 2010

Kemenangan Di Sibu Kejutan, Di Batu Sapi Pukulan Kepada Umno-BN

Oleh Dzulkarnain Taib

IMG_3778SANDAKAN - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata jika kemenangan calon DAP yang mewakili Pakatan Rakyat di Sibu, Sarawak boleh dianggap sebagai kejutan kepada 'kubu besi' Barisan Nasional tersebut, kemampuan pengundi Batu Sapi memartabatkan calon KEADILAN ke Parlimen 4 November akan menjadi pukulan kepada Umno-BN.

Berucap dihadapan lebih 1,000 penduduk Batu Sapi di Sanbay Hotel dekat sini petang tadi dalam majlis Debat Perdana anjuran Pakatan Rakyat, Anwar menegaskan kemenangan di kawasan parlimen P185 akan menghantar mesej yang amat jelas bahawa pengundi Sabah dan
Sarawak bersama-sama rakyat Semenanjung menolak sepenuhnya kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mewakili Umno-BN.

"Kita perlu ingat pada pilihan raya umum 2008 pengundi Semenanjung telah menolak Umno-BN dan undi popular yang Pakatan Rakyat perolehi ialah 51 peratus. BN hanya menang disebabkan undi Sabah dan Sarawak, sebab itu mereka label simpanan tetap.

"Pilihan raya Batu Sapi adalah rahmat Tuhan kepada rakyat Sabah, satu peluang kepada pengundi membuat gegaran di Parlimen, membawa isu-isu yang tidak mungkin diperjuangkan oleh wakil BN mahupun Sapp," tegas Anwar.IMG_3781

Beliau membidas sikap Umno-BN yang tidak pernah mahu memikirkan masalah rakyat terutamanya di Batu Sapi.

"Apa yang ada dalam Bajet 2011 yang mengutamakan penduduk Batu Sapi. Yang difikirkan oleh Najib ialah mahu mendirikan menara 100 tingkat dan mengkayakan kroni mereka. Balak berpuluh bilion diambil tapi jambatan kecil usang di Kampung Gas untuk kegunaan rakyat miskin pun tidak terjaga. Tak guna punya kerajaan," bidas Anwar sambil disahut dengan laungan Reformasi oleh yang hadir.

Anwar yang juga Ketua Oposisi berkata Pakatan Rakyat sekarang mampu berdepan dengan rakyat dengan pelbagai bukti dasar yang dilaksanakan oleh negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat di Selangor, Pulau Pinang, Kedah serta Kelantan.

"Di Pulau Pinang semasa BN memerintah belanjawan sentiasa defisit tetapi dua setengah tahun sahaja Pakatan Rakyat memerintah rizab kerajaan negeri mencecah lebih RM1 bilion.

"Di Kedah pula selepas enam memerintah, rakyat menikmati pengurangan cukai sebanyak 30 peratus di kawasan bandar dan 70 peratus di luar bandar. Di Selangor rakyat bukan sahaja nikmati air percuma tapi skim khairiat kematian sebanyak RN2,500, untuk pelajar universiti RM1,00- dan macam-macam lagi," jelas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Anwar mengajak rakyat Sabah membuat perubahan yang selama ini menjadi impian mereka dengan bersama-sama lakarkan laluan ke Putrajaya bagi mengubah senario politik perkauman dan kronisme yang menjadi budaya Umno-BN sejak 50 tahun

16 ulasan:

  1. PR jangan terlalu yakin kerana BN di Sabah adalah kuat. rakyat juga tidak mudah terpengaruh dengan janji-janji manis. dengan masalah dalaman dikalangan ahli PR bagaimana rakyat ingin memilih PR?

    BalasPadam
  2. Memang tidak mustahil perkara2 sebegini boleh berlaku. Cuma masalahnya kalau setakat janji2 kosong sahaja tiadalah manfaat kepada rakyat.

    BalasPadam
  3. bukan mudah untuk PKR menang dalam piliharaya ini kerana ia akan mendapat tentangan hebat daripada BN dan SAPP yang lebih berpengaruh di Sabah.

    BalasPadam
  4. Terpulanglah kepada rakyat untuk membuat pilihan tepat.

    BalasPadam
  5. Pertandingan sengit akan berlaku antara BN, PKR dan SAPP. Mampukan PKR menumbangkan BN sedangkan SAPP mempunyai pengaruh kuat di Parlimen Batu Sapi.

    BalasPadam
  6. PKR perlu menumbangkan parti SAPP sebelum menumbangkan parti BN.

    BalasPadam
  7. Masih banyak perkara yang perlu dilakukan sebelum membuat perubahan ataupun kejutan.

    BalasPadam
  8. tanah rakyat dirampas, tanah kubur dirampas, masjid tidak dibina, prasarana tidak dibangunkan, kerajaan negeri sebaliknya menyalahkan kerajaan pusat kononnya tidak memberi bantuan. walhal dengan niat jahat kepimpinan negeri cuba menyorokkan hasil kerajaan negeri dalam masa yang sama merompak hasil balak yang bernilai ratusan juta ringgit... semua ini bakal dialami oleh rakyat Sabah jika memilih PKR/PR..

    BalasPadam
  9. kemenangan di Sibu kejutan, di Batu Sapi sekadar mimpi kepada PKR.. untuk apa pengundi2 Batu Sapi memilih PKR sedangkan calon BN sendiri lebih dari layak, tepat dan berkesan dalam menyampaikan masalah2 rakyat di parlimen...

    BalasPadam
  10. Belum lagi ada keputusan di Batu Sapi. Di Sibu itu mungkin memang strategi PKR berjaya tapi di Batu Sapi jangan ingat ini perkara yang mudah. Kita tunggu dan lihat dimana tahap kekuatan PKR di batu sapi.

    BalasPadam
  11. Batu Sapi bertanding 3 penjuru tapi di Sibu bukan. Jadi jangan anggap mudah perlawanan ini. Parti BN dan SAPP pengaruh rakyat sabah yang besar. Tapi jika Jeffery kitingan yang wakil PKR mungkin saya percaya PKR berjaya, tapi ini Ansari yang kalah di Tuaran beberapa kali.

    BalasPadam
  12. politik di Sarawak dan Sabah tidak sama. walupun PR menang dalam pilihanraya Sibu, tk semestinya mereka boleh menang di Batu Sapi. Saingan BN dan SAPP, bukan mudah untuk PKR menang.

    BalasPadam
  13. PR jangan terlalu yakin kerana BN dan SAPP lebih popular di Sabah. malah PR juga dilihat tidak mempunyai sumbangan yang boleh dibanggakan oleh rakyat Sabah.

    BalasPadam
  14. Kita tengoklah bagaimana nanti. PRK hanya dua hari lagi. Baik tunggu dan lihat.

    BalasPadam
  15. Biar rakyat saja yang menentukan sama ada parti mana yang akan menang nanti. Semoga rakyat akan membuat pilihan yang terbaik.

    BalasPadam
  16. Sama2 kita tunggu keputusannya pada hari esok...sehingga hari esok, rakyat masih boleh berfikir dan membuat keputusan yang tepat!

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.