Khamis, 25 November 2010

Dacing BN diberi mekap logo 1 Malaysia, dijangka hiasi PRU-13



Najib menunjukkan pelekat kereta bertema 1 Malaysia sewaktu perhimpunan agung Umno 2009. — gambar fail

KUALA LUMPUR — Barisan Nasional (BN) melakukan perubahan kosmetik pada logonya “dacing” yang digunakan sejak 1970-an — disertakan lambang konsep 1 Malaysia — dipercayai bagi memulihkan imej perikatan 13 komponen itu selepas prestasi pilihan raya umum 2008.

Lambang semasa digunakan sejak BN ditubuhkan pada Jun 1974 bagi menggantikan Perikatan yang menggunakan kapal layar pada pilihan raya 1959, 1964 dan 1969.

Lambang kapal layar Parti Perikatan.
Perubahan kosmetik itu juga sebahagian daripada pindaan perlembagaan BN yang diluluskan Dewan Tertinggi BN, Sabtu lalu.

The Malaysian Insider difahamkan logo baru ini akan digunakan sebaik sahaja diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan — kemungkinan besar ketika pilihan raya umum tergempar yang kini disebut-sebut akan diadakan suku pertama tahun depan.

Ataupun, jika ia diluluskan sebelum pilihan raya negeri Sarawak, sumber memberitahu, ia akan digunakan oleh BN negeri itu sebelum diperluaskan ke peringkat nasional kelak.

Justeru di bawah pindaan itu, The Malaysian Insider difahamkan, lambang “dacing” akan berwarna putih dan akan disertakan dengan lambang nombor satu yang merujuk kepada konsep 1 Malaysia.

“Lambang dacing akan bersertakan nombor satu dan huruf BN di tengah-tengah bagi menggambarkan 1 Malaysia,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Mengenai warna pula, kata sumber, ia berlatarbelakangkan warna nilakandi bersama jalur merah, kuning dan biru di sisi kiri dan kanan logo.

Lambang BN kini.
Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi BN memperkenalkan konsep 1 Malaysia sejak dilantik sebagai perdana menteri.

Logo BN semasa diperkenalkan oleh bapa Najib, Tun Abdul Razak ketika itu merupakan pengerusi BN.

Walaupun pemimpin-pemimpin yang dihubungi The Malaysian Insider memberitahu logo baru memberikan “semangat baru” kerana pelbagai warna sampingan, tetapi mereka berkata lebih menyukai logo sedia ada.

Logo semasa pula berlatarbelakangkan warna emas dengan warna biru tua, yang digunakan sejak Jun 1974.

BN ditubuhkan bagi menggantikan Perikatan selepas pilihan raya umum 1969, yang menyaksikan ia mengalami prestasi buruk sebagaimana disaksikan dua tahun lalu.

Kini BN dianggotai 13 parti komponen.

Di bawah pindaan perlembagaan, BN juga bersetuju untuk menerima anggota gabungan dan anggota bersekutu selain bersetuju menubuhkan Kelab Rakan Muda BN.

Dewan Tertinggi BN bersetuju meminda perlembagaannya dengan memperkenalkan keanggotaan bersekutu dan keanggotaan bergabung secara terus berkuat kuasa Sabtu lalu.

Menurut Najib, keputusan bersejarah itu memperlihatkan usaha BN menjadi parti yang inklusif dan terbuka kepada semua yang berkongsi pada konsep, prinsip dan dasar perjuangan parti pemerintah berkenaan dan selesa dan serasi jika menjadi anggota bersekutu.

Beliau berkata Dewan Tertinggi BN turut memutuskan bahawa keanggotaan bergabung boleh dipohon secara terus yang bererti mana-mana pertubuhan politik, persatuan, pertubuhan bukan kerajaan boleh memohon menjadi anggota.

Najib berkata pindaan perlembagaan itu juga melibatkan penubuhan Kelab Sahabat BN yang membuka peluang kepada sesiapa yang mahu menjadi sahabat dan rakan kepada BN.

Pindaan itu akan diwartakan dan tarikh ia berkuat kuasa akan dimaklumkan kepada Pendaftar Pertubuhan, kata Najib.

Selain itu, Kelab Rakan Muda BN juga akan diwujudkan dengan kumpulan sasaran adalah mereka yang berumur antara 18 dan 21 tahun yang ingin menyokong dan menghayati perjuangan parti tetapi belum menjadi pengundi.

19 ulasan:

  1. ini mungkin akan dapat menyuntik semangat baru dikalangan ahli BN sendiri.

    BalasPadam
  2. PM dilihat bersungguh-sungguh melakukan beberapa perubahan agar BN terus relevan. ini juga mampu untuk meningkatkan sokongan rakyat terhadap BN.

    BalasPadam
  3. perubahan ini juga harus selaras dgn perubahan kepimpinan BN kepada yang lebih sistematik dan telus.

    BalasPadam
  4. Semoga memberikan satu semagat kelak dengan loga baru. tapi persetujuan semua juga perlu ada bagi sokongan padu.

    BalasPadam
  5. Bagi saya, saya tiada masalah dengan dacing BN yang baharu ini, malah konsep 1malaysia adalah ke arah satu malaysia.

    BalasPadam
  6. Kita perlukan transformasi ke arah yang lebih baik, oleh itu ada beberapa perkara perlu diubah atau ditukar kepada yang lebih baharu.

    BalasPadam
  7. teruskan usaha melaksanakan perubahan bukan sahaja pada luaran malah merangkumi keseluruhan parti. saya harap imej baru ini sesuai dan sehaluan dengan perjuangan parti..

    BalasPadam
  8. mungkin selepas ini Pakatan juga akan melakukan perkara yang sama..

    BalasPadam
  9. Lambang yang membawa seribu makna.
    Perubahan yang dibuat menambahkan isi makna dacing BN.

    BalasPadam
  10. Logo cuma logo, yang penting simbol dacing dan logo 1 Malaysia itu tidak setakat logo yang menghiasi poster-poster atau iklan tv semata-mata. Semangat itu harus diimplikasikan.

    BalasPadam
  11. Dacing melambangkan adil. I Malaysia menyimbolkan rakyat Malaysia berbilang kaum yang tidak berbelah bagi.

    BalasPadam
  12. Dacing melambangkan adil. I Malaysia menyimbolkan rakyat Malaysia berbilang kaum yang tidak berbelah bagi.

    BalasPadam
  13. Sudah lama logo Bn kekal sama, kini tiba masanya untuk membuat sedikit peruahan.

    BalasPadam
  14. Bagus lah. At least, rakyat dapat melihat usaha PM melakukan sesuatu perubahan :)

    BalasPadam
  15. Semoga perubahan ini disambut positif dan dapat memberi harapan dan nafas baru buat rakyat :)

    BalasPadam
  16. Logo baru akan membawa semangat baru kepada parti.

    BalasPadam
  17. Lambang baru, spirit baru. Matalmat baru. Arah baru. Semuanya baru.

    BalasPadam
  18. Kalau logo dah tukar semangat dan kepimpinan juga kena bertukar kearah kemajuan...

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.