SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Remis, Nga Kor Ming mahu kerajaan Barisan Nasional (BN) menunaikan janji-janji mereka membina 18 sekolah jenis kebangsaan Cina (SJK(C) dan juga SJK(T).
Menurutnya, Kerajaan Persekutuan mungkir janji terhadap manifesto untuk membina lebih banyak sekolah jenis kebangsaan tersebut sedangkan dalam setiap kali pilihan raya, BN menggunakan isu ini untuk menarik undi masyarakat Cina dan India.
Nga, yang dihubungi SelangorKini mendedahkan, bahawa daripada 18 sekolah jenis kebangsaan Cina yang dijanjikan akan dibina di negara ini, hanya empat sahaja yang telah ditunaikan sejak 1999 lalu.
“Antara 18 buah yang dijanji setelah rakyat menunggu lebih 10 tahun, hanya empat buah sahaja dibina, dan 14 lagi hanyalah omong kosong. Oleh kerana itu ia tanggungjawab kerajaan untuk mengotakan janji, kalau tidak bukan rakyat sahaja hilang keyakinan malah pelabur turut tidak mempercayai kerajaan Barisan Nasional,” katanya.
Beliau juga melahirkan rasa kesalnya terhadap kerajaan BN Perak yang mengambil sikap sambil lewa tidak memperdulikan arahan kerajaan UMNO-BN sendiri dalam melaksanakan peruntukan membina sekolah jenis kebangsaan Tamil.
“Kerajaan Perak di bawah Datuk Seri Zambry, nampaknya tidak prihatin langsung isu ini walaupun ia janji yang dikeluarkan BN sendiri. Ini menunjukkan kurangnya kewibawaan mereka dalam mentadbir Perak Darul Ridzuan kerana isu rakyat pun tidak diberi perhatian yang wajar,” ujarnya lagi.
Menurutnya lagi, beliau mempunyai bukti berupa surat arahan rasmi yang meluluskan peruntukan jutaan ringgit bagi membina Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, namun tiada tindakan susulan kerajaan negeri yang mendakwa tiada tapak disediakan.
“Setakat ini kerajaan negeri (Perak) gagal menyediakan tapak sekolah sebagai rizab untuk sekolah yang dijanjikan malahan dalam tangan saya ada bukti bekas Menteri Pelajaran dulu, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein pernah meluluskan RM 1.2 juta untuk SJK (T) Air Tawar, bagaimanapun setelah tiga tahun, SJKT masih dalam keadaan teruk dan perlu dibina semula tetapi masih tidak diusahakan. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana surat rasmi boleh diabaikan begitu sahaja,”katanya.
Perlembagaan Persekutuan telah membenarkan masyarakat Cina dan India untuk mendapat pendidikan vernakular yang menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri sebagai bahasa pengantar.
Pastikan janji yang telah diberikan akan diberikan. Jangan hanya tinggal tanda tanya.
BalasPadamMemang rakyat akan hilang keyakinan dengan janji yang tidak dikotakan. Pelabur pun akan lari jika pemerintahan sedemikian. Tapi apa pun, pembangkang memang suka menunggu kesalahan Kerajaan. Inilah point mereka untuk menyalahkan kerajaan.
BalasPadamjanji perlulah ditunaikan. saya yajin dengan keprihatinan dan komitmen pihak kerajaan pasti janji akan ditunaikan.
BalasPadamjika dah berjanji, laksanakan kerana janji itu ibarat hutang dan perlu dilangsaikan.
BalasPadamJanji adalah janji, jangan kecewakan rakyat.
BalasPadamJika janji tidak ditunaikan, kemungkinan besar rakyat akan kehilangan kepercayaan mereka terhadap BN.
BalasPadamapa2 kenyataan yang berkaitan dengan politik atau mempunyai kepentingan politik sukar dipercayai kerana sudah tentu ianya bersifat berat sebelah. lebih baik kita tunggu kenyataan disebelah pihak sebelum membuat sebarang spekulasi.
BalasPadamJanji-janjian ini memang perlu ditunaikan. Tolong pastikan kerajaan BN tidak mungkir janji.
BalasPadamJangan mengecewakan rakyat yang mempercayai dan menyokong kerajaan BN.
BalasPadamMemang ini la antara janji2 BN.Saya harap janji itu akan dikotakan.
BalasPadamPromises are meant to be fulfilled.
BalasPadamApa yang pernah diucapkan, harus pandai mengotakkanya. Jangan biarkan rakyat tertagih2.
BalasPadamThe Chinese schools are very crucial for the students. Do it.
BalasPadamJangan sampai rakyat sudah hilang keyakinan barulah tergopoh-gopoh mahu siapkan lalu hasil kerja pula tidak memuaskan.
BalasPadamTidak perlu cakap ini hanya point pembangkang untuk menyalahkan kerajaan, kerana janji tersebut sudah ditabur sejak 1999 lagi. Jadi pihak pembangkang berhak untuk menegur supaya pemimpin BN kawasan berkenaan "bangun".
BalasPadamHaaa janji mesti ditunaikan...Nanti pihak pembangkang akan memainkan dan menjadikan isu untuk menembak pihak kerajaan.
BalasPadamSokongann dari kaum Cina dan India terhadap BN turun mendadak salah satu sebab ialah kerajaan memperalatkan pembinaan sekolah untuk agenda politik BN.
BalasPadamTidak kira ada janji ke tidak, jika sekolah diperlukan kerana penambahan jumlah penduduk, kerajaan harus membina untuk menampung keperluan.
BalasPadamJanji tidak ditunaikan, maka sokongan dari kedua kaum makin lemah.
BalasPadamSudah berpuluh tahun Kerajaan BN membuat janji kosong, kini mereka sedar akan permainan BN. Itulah sebab BN hilang majoriti 2/3 pada pru 12 yang lalu.
BalasPadampendidikan tidak boleh diabaikan. Semua warga Malaysia berhak sama menerima pendidikan yang sempurna maka sekolah-sekolah wajip dibina untuk semua lapisan mengikut aliran.
BalasPadamLulukan sekolah dikawasan yang mempunyai penduduk Kaum tertentu yang seramai 3,000 keatas.
BalasPadamIni akan mengurangkan pertikaian yang tidak diingini.