Rabu, 3 November 2010

BN diramal menang, PKR mampu ketepi SAPP

BN diramal menang, PKR mampu ketepi SAPP

Ramalan awal oleh sebuah pusat penyelidikan bebas menunjukkan BN mampu mempertahankan kerusi parlimen Batu Sapi, tetapi dengan jumlah undi dan majoriti yang lebih kecil.

Centre for Strategic Engagement (Cense) - sebuah organisasi penyelidikan polisi politik dan awam - dalam satu laporannya mengenai Batu Sapi, meramalkan BN boleh memenangi pilihan raya kecil itu dengan memperolehi 7,394 undi atau 45 peratus daripada anggaran 18,273 pemilih yang keluar mengundi Khamis ini.

Dalam pilihan raya umum 2008, calon BN Edmund Chong Ket Wah, yang meninggal dunia tiga minggu lalu dalam kemalangan jalan raya, menang kerusi parlimen itu dengan memperolehi 9,479 undi, untuk menewaskan calon bebas Chong Kwong Wing, yang mendapat 5,771 undi.

PKR pula dijangka menduduki tempat kedua dalam persaingan sengit dengan SAPP. PKR dijangka memperolehi 4,597 atau 28 peratus undi, manakala SAPP pula dianggarkan mampu mengautkan 4,282 atau 26 peratus undi.

Laporan tersebut, yang dibuat didasarkan "sentimen semasa", mengambil kira 15 peratus peralihan sokongan di kalangan pengundi Cina - daripada BN kepada pembangkang - tambahan kepada lima peratus peralihan sokongan pegundi majoriti bumiputera Islam kepada pembangkang.

Cense
bagaimanapun menegaskan bahawa anggaran peralihan sokongan itu adalah pada paras minimum, dengan kemungkinan peratusannya akan lebih tinggi daripada yang dijangkakan.

Laporan itu menjelaskan bahawa PKR dijangka mengetepikan SAPP untuk berada di tempat kedua, berdasarkan kepada usaha berterusan Pakatan Rakyat untuk menembusi kubu BN di kalangan masyarakat bumiputera Islam itu, yang terdiri daripada hampir 60 peratus daripada 25,582 pengundi berdaftar di Batu Sapi.

Manakala SAPP pula dijangka mampu mengekalkan sokongan majoriti pengundi Cina yang seramai 9,737 orang, yang dilihat lebih berpihak kepada pembangkang.

Situasi ini, bagaimanapun, boleh memberi kelebihan sokongan kepada pembangkang secara umumnya, dengan sokongan untuk BN
berpotensi merosot di kalangan pengundi Cina ketika tempoh kempen hanya tinggal 24 jam lagi.

19 ulasan:

  1. Mungkin juga, tapi kita hanya akan tahu keputusan terakhir setelah undian dikira besok. Kita tunggu dan lihat.

    BalasPadam
  2. Semoga semua calon dah bersiap sedia bertanding dan pengundi dah bersiap sedia mengundi. Selamat berjuang.

    BalasPadam
  3. pengundian akan diadakan esok, para pengundi kena memastikan calon yang mereka undi adalah tepat.

    BalasPadam
  4. kita tunggu dan lihat sahaja siapa akan bakal menang pilihan raya kecil ini.

    BalasPadam
  5. Yang penting sekarang, semua calon akan bertanding secara adil dan bersih manakala pengundi harus bijak menilai calon2x. Undilah yang terbaik kerana masa depan Batu Sapi adalah di tangan kamu!

    BalasPadam
  6. hasilnya akan diketahui esok. semoga proses pengundian akan berjalan dengan lancar. pengundi perlulah memilih calon yang tepat. selamat mengundi..

    BalasPadam
  7. Menang atau kalah itu memang adat bertanding. Tapi mungkin BN akan dapat mengekalkan kerusi tersebut. PKR dan SAPP akan bersaing untuk menengok sokongan penduduk terhadap parti itu. Apa pun kita nantikan keputusannya esok 4 november ini.

    BalasPadam
  8. Ramalan tidak semestinya betul Mungkin 100% dan mungkin 50%. Jadi kita tunggu keputusannya besok adakah benar BN akan menang atau sebaliknya. Apa pun pengundi lakukan yang terbaik.

    BalasPadam
  9. banyak ramalan yang berpihak kepada BN dari awal hingga ke hari ini. saya juga yakin BN boleh mengekalkan kerusi Batu Sapi. tapi jaminan untuk menang masih samar2 kerana pendirian pengundi boleh berubah bila2 masa.

    BalasPadam
  10. walau apappun ramalan, elakkan sebarang insiden yang boleh mencemarkan imej PRK..

    BalasPadam
  11. sebelum piliharaya pelbagai ramalan akan timbul, bagaimanapun, keputusannya akan diketahui jua setelah piliharaya dijalankan.

    BalasPadam
  12. memang ramai yang menjangkakan BN akan menang. apa pun, kita tunggulah keputusannya nanti.

    BalasPadam
  13. Ramalan hanya tingal ramalan...yang penting keputusan pada esok hari... Sama2 kita tunggu dan lihat...

    BalasPadam
  14. Tidak boleh pastikan sebelum semua ni berakhir..

    BalasPadam
  15. Bukan setakat ramal, memang dah menang pun. hehehe
    Congrats BN.

    BalasPadam
  16. Semoga semua pihak puas hati dengan keputusan PRK ni. Jangan lepas ni timbul cerita sumbang lagi. hahaha

    BalasPadam
  17. Taniah pada BN. Pastikan kebajikan rakyat diutamakan supaya pengundi berpuas hati dengan pilihan mereka.

    BalasPadam
  18. Bagi saya kemenangan BN ni membuktikan BN masih utuh di hati rakyat. Taniah!!!

    BalasPadam
  19. Sama2 lah kita mengharapkan perubahan yang baik sesuai dengan keperluan rakyat berlaku :)

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.