Khamis, 28 Oktober 2010

Surat Jemputan Debat Perdana Diserah Kepada Calon BN, Sapp

Oleh Dzulkarnain Taib

IMG_3592SANDAKAN - Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) telah menyerahkan surat jemputan Debat Perdana kepada Barisan Nasional dan Parti Maju Sabah tengahari tadi.

Menurut Ketua Cabang Pandan, Zakaria Rahim yang ditugaskan menghantar surat tersebut, surat kepada BN pada pukul 2.15 petang tadi dan diterima oleh pembantu bilik gerakannya, CM Lee.

Surat kepada Sapp diterima sendiri oleh calon dan juga bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee pada pukul 2.35 petang.

Pada sidang media di Bilik Gerakan Utama KEADILAN pagi tadi, Pengarah Komunikasi memaklumkan Debat Perdana tersebuat akan diadakan pada hari Ahad pada pukul 2.00 petang di Sanbay Hotel.

Selain memperkenalkan budaya politik baru di negeri Sabah, debat tersebut juga mdmberi peluang kepada ketiga-tiga calon yang mewakili KEADILAN, BN dan Sapp membentangkan visi serta dasar sosial, ekonomi, politik dan pembangunan kepada rakyat Batu Sapi sekiranya mereka dipilih menjadi ahli parlimen 4 November depan.

22 ulasan:

  1. adakah debat perlu dilakukan atau untuk mendapatkan popular? tunggu dan lihat sajalah...

    BalasPadam
  2. Kita tengoklah sama ada calon-calon ini akan menerima ataupun menolak jemputan untuk pendebatan.

    BalasPadam
  3. kenapa tiba2 PKR nak buat debat perdana pula? tak taulah samada BN dan SAPP akan menerima atau tidak.

    BalasPadam
  4. The Star melaporkan bahawa Yong telah menolak jemputan PKR untuk membuat pendebatan.

    BalasPadam
  5. Macam-macam saja Pembangkang ini. Baru-baru ini YTL mahu membawa BN datuk Musa berdebat ini tiba pula lagi pembangkang PKR mahu berdebat dengan BN dan SAPP. Tidak perlulah berdebat tunggu saja apa rakyat pilih nanti.

    BalasPadam
  6. peluang kepada ketiga-tiga calon yang mewakili KEADILAN, BN dan Sapp membentangkan visi serta dasar sosial, ekonomi, politik dan pembangunan kepada rakyat Batu Sapi sekiranya mereka dipilih menjadi ahli parlimen 4 November depan. Tidak perlu ini ada, kerana ini ibarat membongkarkan strategik setiap calon. ini hanya perangkap yang mahu dilakukan oleh PKR. Mungkin ini adalah rancangan Anwar sebenarnya.

    BalasPadam
  7. nampaknya jemputan PKR tidak menarik minat SAPP.. dan mungkin BN juga mempunyai pendirian yang sama dengan SAPP. bukankah lebih baik semua parti menggunakan masa yang ada ini untuk terus bersama2 penduduk Batu Sapi.

    BalasPadam
  8. sekiranya debat ini berjaya diadakan, saya harap tidak berlaku kekecohan atau sebarang insiden yang tidak diingini.

    BalasPadam
  9. I think debating would be a good way to gain supporters. By debating, the voters will know which candidate is suitable for Batu Sapi.

    BalasPadam
  10. Hopefully BN and SAPP will participate in the debate.

    BalasPadam
  11. terpulang kepada BN dan SAPP untuk menerima jemputan ini atau tidak. bagi saya, daripada mengadakan debat, lebih baik jika mereka turun padang untuk menemui rakyat dan melihat sendiri permasalahan rakyat. itu lebih baik..

    BalasPadam
  12. BN dan SAPP kini sibuk dalam menghadapi pilihanraya, rasanya mereka kurang berminat dgn debat tersebut.

    BalasPadam
  13. hmmm, sibuk juga mahu berdebat..

    BalasPadam
  14. PKR ni ada2 saja idea dorang utk popular.. aish hairan oo..

    BalasPadam
  15. Kalau debat diterima pun OK, tak pun OK juga.. hehhee
    Apapun PKR harus sedar kenapa mereka nak berdebat.. Kalau setakat nak cari kesalahan pihak lain/ keruhkan keadaan; rasanya tak perlu la..

    BalasPadam
  16. Betul tu ali asgar. Ada2 ja kan.. Mesti ada udang disebalik mee ni. hehehe

    BalasPadam
  17. Apapun saya harap BN tak perlulah hirau karenah mereka ni... Better fokus kepada perkara yg lebih penting :)

    BalasPadam
  18. buat apa nak berdebat! saya rasa perdebatan tentang aspirasi parti masing2 ni adalah buang masa saja. siapa baik atau buruk ni adalah taktik kuno yang hanya bakal menimbulkan pergaduhan rakyat atau para penyokong parti masing-masing. Baik batalkan saja niat anda!

    BalasPadam
  19. tak payahlah berdebat....saya yakinlah sesama ahli parti tu yang akan bergaduh nanti. tak dak faedahnya nak berdebat! tak ikhlas...kan bagus kalau awal-awal lagi dah dibentang tentang aspirasi masing-masing...

    BalasPadam
  20. kita tengoklah nanti, tak payahlah debat ni...tak berfaedah!

    BalasPadam
  21. baik tak payah berdebat kalau tujuan anda untuk menimbulkan pergaduhan!

    BalasPadam
  22. saya yakinlah debat begini pasti menimbulkan pertelagahan antara penyokong! huru-hara nanti

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.