PENAMPANG – Kaedah pemilihan secara langsung yang diperkenal KEADILAN digemari, bahkan dikagumi rakyat Sabah yang menganggapnya sebagai kaedah yang adil dan wajar kerana memulangkan hak memilih kepada ahli akar umbi.
Mengakui wujud beberapa kelemahan, Naib Presiden KEADILAN, Dr Jeffery Ketingan berkata, kaedah yang pertama kali diguna pakai parti politik di negara ini, menzahirkan demokrasi tulen.
“Ahli parti di Sabah sangat baik responnya kalau hari ini kita lihat satu contoh ramai yang datang untuk menunjukkan minat mereka, kesanggupan mereka untuk datang dan mengundi,” katanya dipetik daripada TV Selangor.
Beliau berkata, ahli parti rakyat Sabah menyatakan sokongan terhadap pelaksanaan corak pemilihan langsung tetapi menggesa Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) memperbaiki sistem sedia ada.
Menganggap masalah pemilohan sentiasa wujud dalam mana-mana parti politik, Dr Jeffery mendapati kebanyakan ahli parti berpuas hati dengan pelaksanaan proses pemilihan langsung itu dan berharap ia diteruskan pada masa depan.
Ketua Cabang Papar, James Ghani yang hadir sebagai pemerhati pula menyifatkan kehadiran lebih 3,000 ahli parti cabang Penampang menunjukkan minat dan sokongan ahli parti, khususnya masyarakat Kadazan Dusun
dapat juga dilihat kekecohan telah berlaku ketika pemilihan PKR ekoran daripada tindakan ahli-ahli mereka.
BalasPadambgslah jika kaedah itu berjalan dgn lancar, jgn pla timbul kekecohan seperti sebelum ni.
BalasPadamKebaikan selalu diucapkan terhadap keadilan, kenapa tidak keburukan paryti itu??jika dilihat memang teruk berbanding UMNO.
BalasPadamBiarlah rakyat yang menilai kerana saya fikir rakyat mengetahui lebih... Jika bagus teruskan usaha dan jika ada kekurangan teruskan perbaiki...
BalasPadamyang bagus, contohi. yang kurang bagus, buang jauh2.
BalasPadampemilihan calon secara langsung mungkin akan dapat memuaskan hati ahli2 akar umbi..ini menunjukkan semangat demokrasi yang utuh..selalu saja tiba pemilihan dalam parti atau pilihanraya, calon adalah ditetapkan oleh pucuk pimpinan parti yakni kroni atau orang suruhan di mana akhirnya membawa kepada rasa tidak puas hati terutama ahli2 akar umbi.
BalasPadammungkin rakyat Sabah inginkan ahli akar umbi dalam mana2 parti politik yang menentukan siapa calon yang perlu dipilih..mungkin kaedah ini akan diterima oleh rakyat Sabah di mana sabah telah menyaksikan beberapa peristiwa pertukaran kerajaan negeri yang mana pada hari ini diterajui oleh BN sabah..
BalasPadamSaya rakyat Sabah juga tapi tak kagum pun.. cuma bagi saya OK la tu kalau semuanya berjalan lancar. hehehe
BalasPadamBetul tu zaimi.. ada juga huru hara ba timbul masa tu:P
BalasPadamApa pun yang dilakukan kaedah pemilihan secara langsung yang diperkenalkan oleh Keadilan mestilah adil dan wajar.
BalasPadamIni mungkin satu kaedah yang dapat memperbaiki kelemahan yang berlaku sebelum ini. Harap ia akan dapat mengatasi masalah2 yang mungkin berlaku pada masa akan datang.
BalasPadamMemang ahli parti di Sabah sangat baik responnya dan kalau kita lihat hari ini satu contoh ramai yang datang untuk menunjukkan minat mereka, kesanggupan mereka untuk datang dan mengundi, tetapi pelaksanaan corak pemilihan langsung harus diperbaiki, dan diharap juga Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP)dapat memperbaiki sistem sedia ada dengan lebih berkesan.
BalasPadamMana2 parti memang memainkan peranan penting dalam pentadbiran dan politik masing2.Diharapkan PRU pada masa akan datang ini tidak menimbulkan keburukan mana2 parti sebaliknya menunjukan yang terbaik agar rakyat dapat menilai kualiti politik dan sebagainya.
BalasPadamMinat dan sokongan dari ahli ke mana2 parti harus dihargai.
BalasPadamApa yang rakyat mahu percaya? Dalam satu pemilihan, kekecohan berlaku, sekarang diberitahu pula kaedah pemilihan dikagumi? Yang mana betul?
BalasPadamTapi apa-apa pun, kita hanya akan mengetahui keputusan yang terakhir bila PRU-13. Kita tunggu dan lihat.
BalasPadamKekecohan ini dikagumi. Apa pun pandai-pandailah fikir.
BalasPadamkaedah yang mencerminkan demokrasi wajar diguna pakai dan tidak salah jika parti2 yang lain menggunakan kaedah yang sama untuk lebih bersikap adil.
BalasPadamPemilihan langsung memang baik kerana semua ahli diberi peluang memilih pemimpin yang mereka sokong tetapi banyak kekecohan berlaku pada pemilihan Keadilan.
BalasPadamJika benar mengagumi pemilihan langsung PKR, jangan mudah menjual undi di tangan dengan wang ringgit. Kita diberi peluang sekali dalam lima tahun untuk memilih pemimpin.
BalasPadamIni memang langkah berani PKR sebagai salah satu transformasi PKR. Parti komponen BN harus menimbang membuka perluang untuk ahlinya memilih pemimpin parti.
BalasPadamBanyak kekecohan berlaku. Ada yang hampir terjadinya pelawanan.
BalasPadamJangan hanya tunggu dan lihat sahaja. Sebaliknya, tunggu dan action!
BalasPadam