KOTA BAHARU – Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menegaskan dasar parti itu untuk menerima dan menolak untuk bersatu dengan Umno dan sekali gus berbaik-baik dengan bukan Islam mempunyai asas yang kukuh.
Menteri Besar Kelantan itu (gambar) berkata, PAS menyertai Barisan Nasional (BN) sekitar tahun 70-an itu atas jemputan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak Hussein dan bukan PAS yang mahu menyertai gabungan itu.
“PAS tidak pernah meminta untuk bersatu dengan Umno apabila menyertai BN ketika itu... malah ketika ‘ditendang’ dari BN, kita tidak diajak untuk berbaik-baik semula sehinggalah selePAS pilihan raya umum ke-12 lalu,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kota Darulnaim, di sini, hari ini.
Nik Aziz berkata, PAS pernah berbaik-baik dengan Majlis Perundingan Cina (CCC) selePAS Umno tidak menjemput PAS semula menyertai gabungan itu.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membidas PAS kerana dikatakan terus mengeluarkan ‘fatwa’ sesuka hati berhubung kerjasama UMNO dengan MCA dalam BN.
Dalam kenyataannya di Gua Musang semalam, Timbalan Presiden Umno itu dilaporkan berkata, PAS menganggap kerjasama Umno dengan MCA adalah salah tetapi pada masa sama ‘menghalalkan’ kerjasama PAS dengan DAP.
Ini membuktikan pemimpin PAS suka membuat ‘fatwa’ sesuka hati mengikut kepentingan politik mereka, katanya.
Menurut Nik Aziz, tindakan PAS menyertai BN sebelum ini menimbulkan perpecahan di kalangan PAS di mana wujud empat kumpulan di kalangan penyokong parti itu, termasuk Islah, Hamim dan Berjasa.
Katanya, selePAS itu PAS ditendang keluar daripada parti gabungan BN itu sehingga bekas Presidennya, Datuk Asri Muda dilucutkan daripada Menteri Kemajuan Tanah dan Wilayah.
Beliau juga berkata, PAS mempunyai asas yang kukuh untuk bersekongkol dengan DAP dan pernah keluar dari gabungan itu bila DAP gagal menerima perjuangan PAS sehinggalah mereka kembali semula selePAS memahami konsep perjuangan PAS.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.