Isnin, 18 Oktober 2010

Muhyiddin: Calon BN Galas, Batu Sapi diumum serentak 24 Okt



Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika sidang akhbar berhubung pilihan raya kecil Batu Sapi, Sabah dan Galas, Kelantan di pejabatnya di Parlimen hari ini. Turut hadir Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (kanan). - Foto Bernama
KUALA LUMPUR — Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan pelantikan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman sebagai pengarah pilihan raya kecil kerusi Parlimen Batu Sapi.

“Perdana Menteri telah bersetuju untuk melantik Datuk Seri Musa Aman sebagai pengarah pilihan raya bagi pilihan raya kecil Batu Sapi,” kata Timbalan Perdana Menteri.

Difahamkan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan telah dilantik sebagai timbalan kepada Musa.

“Kami akan mengumumkan calon bagi Galas dan Batu Sapi pada 24 Oktober di dua tempat berasingan serentak,” kata Muhyiddin.

Dalam pada itu, Musa dipetik Bernama berkata, calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Batu Sapi akan diumumkan di Sandakan, Ahad ini.

Katanya, beliau selaku pengarah operasi BN bagi pilihan raya kecil itu akan membuat pengumuman itu bersama dengan Pairin selaku yang juga timbalan pengarah operasi BN.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pemimpin-pemimpin komponen BN Sabah berkaitan pilihan raya kecil itu di Kota Kinabalu hari ini, Musa berkata beliau yakin BN dapat mengekalkan kerusi itu berdasarkan kepada perkhidmatan yang telah diberikan oleh bnsejak dahulu lagi.

Kerusi itu kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Edmund Chong Ket Wah, yang juga bendahari PBS, akibat nahas jalan raya baru-baru ini.

Pengundian ialah pada 4 November manakala penamaan calon ialah pada 26 Oktober ini.

Musa berkata walaupun BN yakin dapat mengekalkan kerusi tersebut, itu tidak seharusnya menjadikan jentera parti berasa selesa dan mengambil mudah.

27 ulasan:

  1. BN perlulah sentiasa menunjukkan komitmen dan bekerja keras agar rakyat memberikan sepenuh sokongan.

    BalasPadam
  2. Jangan terlalu yakin dan saya harpkan yang terbaik akan menang.

    BalasPadam
  3. Kita tunggu saja calon yang akan bertanding didua kawasan yang berasingan ini.

    BalasPadam
  4. Penduduk penentu bagi kemenangan para calon. Oleh itu, janganlah berjuang hanya untuk nama dan kuasa, tapi berjuanglah untuk hak kepada rakyat, membela nasib mereka. Itulah pemimpin yang ingin dicari.

    BalasPadam
  5. BN kena pastikan calon yang dipilih benar sesuai dan mempunyai potensi untuk menang.

    BalasPadam
  6. Diharapkan calon-calon yang terbaik akan bertanding. Selamat berjuang.

    BalasPadam
  7. Para pengundi dari kedua-dua kawasan ini juga perlu bersiap-sedia mengundi.

    BalasPadam
  8. Do the best beat the rest!

    BalasPadam
  9. walaupun jika BN kalah tidak akan membawa perubahan kuasa di Parlimen, namun kekalahan itu bakal mencetuskan gambaran awal tentang masa depan BN selepas PRU13 akan datang.

    BalasPadam
  10. jangan ulangi kekalahan di Sibu dan gerakkan semua jentera2 BN ke Batu Sapi sebagai langkah mempersiapkan serta memperkukuhkan parti.

    BalasPadam
  11. Yakin dan terus berusaha

    BalasPadam
  12. calon yang bertanding nanti perlulah bersedia sepenuhnya untuk menjalankan tanuggungjawab kepada rakyat.

    BalasPadam
  13. lakukan yang terbaik.

    BalasPadam
  14. Siapalah calon tu ye? jeng, jeng, jeng...

    BalasPadam
  15. Siapapun calon tu nanti, saya harap ia adalah calon yang sesuai dan memenuhi kriteria utk bertanding.

    BalasPadam
  16. Kukuhkan jentera pentadbiran BN supaya rakyat akan terus bersandar kepada kemampuan BN:)
    Buktikan pada rakyat BN layak utk disokong.

    BalasPadam
  17. Kepada para pengundi, buatlah penilaian sebaik mungkin. Jangan tersalah undi pula. hehe

    BalasPadam
  18. Apapun, sama2 lah kita tunggu dan lihat apa kejadiannya nanti:)

    BalasPadam
  19. Calon yang dipilih untuk bertanding pada pilihan raya kecil Batu Sapi diharap menjalankan tanggungjawab dengan baik.

    BalasPadam
  20. Kemenangan pasti berpihak kepada parti yang banyak berjasa terhadap keperluan penduduk.

    BalasPadam
  21. Calon yang akan dipilih perlulah bersiap-sedia untuk sahut cabaran. Fikir positif, anda pasti boleh melakukannya.

    BalasPadam
  22. Diharapkan juga BN dapat mengekalkan Batu Sapi pada pilihan raya kecil nanti, kerana BN telah banyak memberi perkhidmatan sejak dahulu lagi.

    BalasPadam
  23. tunggu dan lihat pada ahad ini siapa yang akan menjadi calon mewakili BN pada PRK galas dan batu sapi.

    BalasPadam
  24. namun diharapkan calon yang dipilih itu adalah seorang yang benar2 layak dan diterima oleh rakyat..

    BalasPadam
  25. BN haruslah bersedia sepenuhnya dan memantapkan jentera mereka bagi emnghadapi PRK galas dan batu sapi..

    BalasPadam
  26. walaupun Batu sapi merupakan antara 'kubu kuat BN' namun tidak bermakna BN akan menang dengan mudah seperti sebelum ini..persaingan dari PR dan SAPP akan menyebabkan laluan BN untuk menang mungkin sukar sedikit..oleh itu, BN tidak harus leka.

    BalasPadam
  27. apa pun, selamat berjaya kepada BN pada PRK galas dan batu sapi..

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.