Jumaat, 29 Oktober 2010

Melaka Dah Maju, Bila Pula Giliran Johor ?

Oleh IZMAS

PADA 20-10-10, negeri Melaka dimasyhurkan negeri maju oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiga hari sebelum Perhimpunan Agung Umno ke-61 berlangsung. Beberapa kreteria didedahkan kenapa Melaka layak digelar negeri maju.

Antara faktur utama ialah pendapatan perkapita penduduk seluruh negeri Melaka meningkat sejajar dengan peningkatan pendapatan kerajaan negeri.

Lain-lain faktur lain yang diambil kira ialah kurangnya pengangguran di kalangan rakyat kerana peluang kerja yang banyak tersedia akibat dasar perindutrian, pembangunan dan pelancungan yang radikal. Najib memuji Datuk Seri Ali Rustam sebagai Ketua Menteri yang kuat berkerja sejak 10 tahun lalu dalam menerajui Melaka mencapai sasaran negeri maju lebih cepat dari jangkaan sebenar.

Tanpa hasil bumi seperti kelapa sawit, getah atau nenas, Ali berjaya mentransformasikan Melaka menjadi negeri perindustrian maju yang berjaya menarik pelabur-pelabur gergasi dari rantau ini dan negara maju Eropah melabur dalam sektur ekonomi yang bersekala besar dan berdaya maju.

Beliau berjaya menterjemah sungai Melaka yang kotor dan terbiar pada awalnya dengan melakanakan projek membersih, membaikpulih serta mengindahkannya menjadi jalanraya sungai persiaran bagi pelancungan. Beliau menyediakan pengangkutan air seperti bot dan motobot untuk pelancung bersiar-siar dan menikmati keindahan bandaraya Melaka pada waktu siang dan malam seperti yang sudah dilakukan di Singapura.

Beliau melaksanakan berbagai projek pelancungan dari pembinaan hotel, kompleks membelibelah, penjagaan tempat-tempat bersejarah, mengambil berat soal kebersihan bandar, pembinaan mercutanda seperti menara Taming Sari, pusat kraftangan dan terbaru pembinaan Monorel mengelilingi bandar. Melaka juga sudah mengumumkan secara resmi menjadi negeri menuju Teknologi Hijau yang belum dicapai banyak negeri di negara ini. Semua ini menunjukkan usaha gigih dan komitmen berterusan ketua menterinya untuk menjadikan Melaka lebih maju dan menarik sebanyak mungkin pelancung bertumpu ke bandar bersejarah itu dari seluruh dunia termasuk juga rakyat tempatan dari luar negeri Melaka.

Kebersihan di bandaraya Melaka agak mengkagumkan dibandingakan dengan penjagaan kebersihan di kebanyakan negeri di negara ini. Dikatakan bandar metoropolitan ibu kota KL juga belum dapat menyaingi kebersihan bandaraya Melaka. Dilapurkan pihak berkuasa di sana mengamalkan sikap kerja mencari sampah dan bukan memunggut semata-mata Ini bermaksud pihak berkuasa mengerah pekerja bandaraya bukan setakat memunggut sampah tersedia seperti biasa tetapi juga mencari mana-mana sampah terbiar dan bersepah sekitar bandaraya untuk dibersihkan.

Sebagai warga Johor, penulis agak terkilan dengan kemajuan dan pengisitihyaran Melaka maju sedangakan di negeri sendiri belum banyak berubah dan belum lagi mencapai taraf negeri maju sedangkan Johor banyak hasil bumi dan kekayaan lain dari sumber perladangan, pertanian, perindustran dan pelabuhan.

Johor kaya dengan ladang getah, kelapa sawit, nenas, kelapa, tanaman herba, dua pelabuhan hebat dan canggih serta kilang-kilang besar yang berselerak di sekitar Johor Bahru (JB), Senai, Kulai, Pasir Gudang, Tebrau, Gelang Patah, Nusajaya dan banyak lagi.

Peluang pekerjaan dan jumlah pekerja dikatakan banyak dalam semua sektur namun pendapatan perkapita penduduk Johor masih belum melayakkan dipanggil negeri maju. Pemimpin kerajaan negeri tidak melakukan usaha sewajarnya dan bersungguh-sungguh untuk mentransform tempat-tempat tertentu yang berpotensi menjadi daya tarikan pelacung seperti yang sepatutnya - kecuali Desaru yang sudah kelihatan uzur dan memerlukan banyak pembaikpulihan.

Keadaan Zoo di JB amat menyedihkan dan tidak relevan untuk dilawati dengan situasi semasa yang sudah jauh berubah dibandingkan dengan Zoo di Melaka yang nampak moden, canggih dan bersih. Sepatutnya keseluruhan struktur Zoo di JB itu perlu pembaharuan dan juga memerlukan kawasan baru yang lebih luas dan sesuai bagi mengisi lebih banyak penghuninya selaras dengan kehendak zaman dan tuntutan semasa.

Adakah Johor kekurangan dana dan pegawai yang ada idea terbilang untuk melakukan semua itu seperti yang sudah dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka? Adakah peneraju kerajaan negeri sibuk melaksanakan agenda besar lain dan lupa melihat perkara-perkara asas yang boleh membangunkan ekonomi dan pendapatan kerajaan negeri?

Kerajaan negeri melalui anak syarikatnya sudah terlibat dalam perniagaan korperat besar seperti restoran makanan segera, perladangan, pembangunan dan hartanah. Namun semua itu belum boleh memberi pendapatan secukupnya kepada kerajaan negeri sekaligus mengangkat taraf menjadi negeri maju.

Setengah pendapat mendedahkan kerjaaan negeri menanggung beban hutang yang banyak dengan kerajaan pusat sejak sekian lama. Isu itu berlanjutan dan menjadi kebimbangan besar rakyat serta pihak pembangkang yang dikatakan sudah mencederakan kemajuan negeri kerana terpaksa membuat peruntukan besar setiap tahun bagi menyelesaikan hutang. Isu itu juga barangkali yang menghambat cita-cita kerajaan negeri untuk mencapai tahap negeri maju dalam waktu terdekat seperti yang ditagih rakyatnya.

Peneraju kerajaan negeri Johor seolah-olah kurang kuat berkerja dan kurang daya kreatif lagi inovatif seperti Ketua Menteri Melaka yang berjaya melaksanakan banyak projek dan perancangan ekonomi berkesan untuk menaikkan taraf hidup rakyat dan negerinya.

Menurut pemerhatian penulis, JB amat memerlukan keretapi laju seperti Monorel, LRT atau MRT untuk memberi penyelesaian kesesakan jalanraya yang semakin hari semakin teruk. Penggunaan bas tidak memadai kerana jalanraya sempit yang belum dinaiktaraf dan selalu sesak terutama di waktu puncak. Pembinaan keretapi deras seperti LRT atau MRT tidak dapat dielakkan terutama kepada pekerja yang berulangalik berkerja di bandar dan demi keperluan bandaraya JB yang semakin pesat maju dan sesak.

Kebersihan masih menjadi persoalan besar yang belum ditangani oleh kerajaan negeri walaupun contoh terbaik ada di depan mata. Negeri yang berharat menjadi negeri maju harus mempamir kebersihan bandarayanya dari segala sudut kepada pelancung untuk menunjukkan keperhatinan pemimpnnya kepada soal asas kehidupan.

Kata orang bijak pandai, maju mundur sesebuah negeri atau negara bergantung kepada kebolehan dan kemampuan pemimpinnya. Barangkali sudah sampai waktunya Johor memerlukan barisan peneraju baru yang lebih agresif, dinamik dan kreatif bagi merealisasikan cita-cita rakyatnya untuk melihat negeri Johor cepat maju seperti Melaka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.