Sabtu, 2 Oktober 2010

Mahkamah Rayuan Putuskan Saman Berhubung PKFZ Dibicarakan

SUARA KEADILAN

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan dua saman oleh Lembaga Pelabuhan Kelang (LPK) terhadap Kuala Dimensi Sdn Bhd berhunung pertikaian pembayaran sebanyak RM900 juta dibicarakan sepenuhnya.

Ini berikutan keputusan sebulat suara oleh panel tiga hakim yang membenarkan permohonan rayuan LPK terhadap keputusan penangguhan Mahkamah Tinggi supaya kedua-dua belah pihak boleh menyelesaikan perbalahan mereka secara tertutup.

Hakim Datuk Wira Low Hop Bing memerintahkan Kuala Dimensi membayar kos sebanyak RM30,000 dan meminta saman itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Dua lagi hakim yang turut membuat keputusan yang sama adalah Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad and Datuk Zaharah Ibrahim.

Susulan keputusan hari ini, kes tersebut akan dikembalikan kepada Mahkamah Tinggi di mana tarikh pendengaran semula kes akan ditentukan.

LPK telah mengemukakan empat saman terhadap Kuala Dimensi untuk memaksa kontraktor turnkey projek Zon Bebas Pelabuhan Kelang itu mengembalikan bayaran yang dianggap berlebihan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.