Khairul Azlam Mohamad |
KUALA TERENGGANU: DAP Kuala Terengganu membuat laporan polis terhadap Umno Besut yang menganjurkan ceramah isu semasa bertajuk 'DAP Anti Islam' yang disifatkan berbaur perkauman. Ceramah tersebut akan diadakan pada 1 Oktober ini yang disampaikan oleh Datuk Seri Idris Jusoh, Abdullah Saamah dan Datuk Mohd Alwi Che Ahmad. Laporan dibuat oleh Pengerusi DAP Kuala Terengganu, Ng Chai Hing yang ditemani oleh timbalannya, Tan Poh Kok, setiausaha dan Timbalan Pengerusi DAP Cawangan Sungai Tong Setiu, Nasser Zainal dan Encik Othman Salleh. Laporan dibuat pada jam 10.15 pagi tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.