Jumaat, 15 Oktober 2010

Kehilangan lebih 80,000 penduduk K'gau jadi tandatanya: Peribumi

KENINGAU KINI

KENINGAU: Kehilangan lebih 80,000 penduduk Keningau melalui bancian terkini, menjadi tandatanya Gabungan Anak-Anak Peribumi Pedalaman (Peribumi).“Ke mana pergi penduduk ini,” soal kelab itu dalam satu kenyataan.

Banci penduduk pada sebelum ini menunjukkan penduduk daerah Keningau mencapai 196,000 orang, tetapi bancian terbaru mencatatkan penduduk terkini daerah ini hanya seramai 112,000, iaitu 104,000 penduduk sedia ada dan tambahan penduduk kira-kira 8,000 orang.

Peribumi yang mendakwa memperolehi statistik itu daripada sumber rapat kerajaan memberitahu, hanya kira-kira 8,000 tambahan penduduk terbaru daerah Keningau dalam tempoh 10 tahun.

Banci penduduk di daerah ini berakhir pada pertengahan September yang lalu.

“Statistik ini tidak meyakinkan,” jelas Peribumi.

Kelab penyokong dasar-dasar kerajaan itu memberitahu, fakta terbaru yang direkodkan itu tidak boleh diterima, dan menekankan operasi bancian yang dijalankan baru-baru ini yang melibatkan sekurang-kurangnya 90 pekerja kontrak tidak menepati sasaran.

“Kerja membanci tidak dilakukan dengan telus,” tambah Peribumi dan menambah, masih ramai penduduk yang mendakwa tidak pernah didatangi oleh pekerja pembanci.

Peribumi mahu supaya bancian semula diadakan dengan menggunapakai pekerja kontrak yang sedia ada, dengan pemantauan dilakukan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.

Kerajaan telah membelanjakan wang rakyat yang begitu banyak untuk tujuan terbabit, namun tidak mencapai sasaran kemungkinan terdapat pekerja kontrak tidak menjalankan tugas dengan betul.

Sementara itu, Wakil Rakyat Liawan, Datuk Sairin Hj. Karno, ketika dihubungi, bersetuju supaya pembancian semula diadakan dalam usaha menjejaki seramai lebih 80,000 penduduk yang didakwa tidak dapat dikesan melalui kerja-kerja pembancian yang diadakan baru-baru ini.

“Mereka ini harus dikesan,” katanya.

24 ulasan:

  1. ini msti berlaku ketidaktelusan semasa bancian dilakukan, nampaknya bancian semula perlu dilakukan.

    BalasPadam
  2. jumlah tersebut memang menimbulkan tanda tanya..apa pun harap usaha mendapatkan jumlah atau maklumat yang lebih tepat dapat dilakukan.

    BalasPadam
  3. 80000orang itu jumlah yang ramai. Kenapa boleh berlaku pengurangan bancian sedemikian. harap penyiasatan dilakukan dan cari dimana kesilapan dalam hal ini.

    BalasPadam
  4. Aiks, ke mana pula hilangnya 80,000 penduduk tersebut.

    BalasPadam
  5. Ini mesti kerana membuat kesilapan semasa bancian dilakukan. Siasatan harus dibuat untuk mengesan jumlah besar itu.

    BalasPadam
  6. Beberapa faktor mungkin terjadi; ketidaktelusan petugas pembanci, orang ramai tidak memberikan maklumat yang betul, dan penghijrahan ke tempat lain. Namun jumlah tersebut tidak logik, jadi pembancian harus dijalakan semula.

    BalasPadam
  7. Jika benar orang ramai tidak menerima kunjungan pembanci, inisiatif lain seperti bantuan telekomunikasi dan media massa seperti radio dan suratkhabar harus dibuka kepada rakyat untuk menerima feedback mereka. Saya rasa langkah ini sesuai dalam membantu para pembanci.

    BalasPadam
  8. Satu tanda tanya yang semestinya inginkan jawapan waras dari pihak bertanggungjawb.. Adakah ini berkaitan dengan PTI??

    BalasPadam
  9. 80 ribu satu jumlah yang besar. bagaimana pekerja pembanci boleh terlepas pandang dengan jumlah penduduk yang begitu besar? diharapkan bancian kedua dapat berjalan dengan lancar, cekap dan mampu mendapatkan maklumat yang tepat.

    BalasPadam
  10. Kajian semula harus dilakukan kenapa sebilangan penduduk keningau begitu berkurangan.

    BalasPadam
  11. 80,000 tu jumlah yang terlalu ramai. ada kemungkinankah mereka tu PTI? boleh jadi banci penduduk yang dijalankan tidak dibuat dengan baik

    BalasPadam
  12. para pembanci ni pun bukannya betul sangat. entah-entah ada yang tidak melaksanakan tugas dengan amanah?

    BalasPadam
  13. perkara seperti ini harus disiasat kerana ia melibatkan 'penduduk' yang hilang...ada kemungkinan angka tersebut adalah tidak betul? sebarang kesilapan tidak boleh berlaku semasa proses banci? bagaimana jika mereka ini pti?

    BalasPadam
  14. saya rasa perkara ini perlu disiasat dengan teliti sebelum sebarang spekulasi tidak baik tentang perlaksanaan banci dihebahkan.

    BalasPadam
  15. 80 000 jumlah yang sangat besar. pasti ada kesilapan teknikal.

    BalasPadam
  16. Adakah pembanci tidak menjalankan tugas atau ada sebaliknya yang berlaku. kita harapkan cari dimana kesilapan dalam hal ini. Jumlah 80000 orang itu jumlah yang agak besar.

    BalasPadam
  17. 80000 orang hilang entah dimana selepas pembancian dibuat. Mungkin ada kesilapan teknikal dalam hal ini. Apa pun sila pastikan jawapan untuk kekurang jumlah sebanyak ini. Pejabat perangkaan harus meneliti dengan berhati-hati berhubungan penggiraan penduduk.

    BalasPadam
  18. tugas banci pendudukan bukan satu tugas yang mudah. kerajaan perlu mempertanggungjawabkan tugas itu kepada individu yang benar2 mampu melakukannya.

    BalasPadam
  19. Ada sesuatu yang tidak mengena dengan perkara ini. Bagaimana penduduk sebanyak 80,000 orang boleh hilang? Diharapkan penyiasatan dibuat mengenai hal ini.

    BalasPadam
  20. aiks, kenapa ka tak dapat dikesan???

    BalasPadam
  21. Mungkin ada baiknya jika bancian dibuat semula... Macam tak logik pula hal ni boleh berlaku.

    BalasPadam
  22. Setuju Nurul. Kalau 8 orang boleh lagi diterima.. tapi ni... huhuhu

    BalasPadam
  23. Harap hal ni dapat disiasat dan diperjelaskan supaya kekeliruan yang timbul boleh dileraikan.

    BalasPadam
  24. Apapun saya harap hal ni dapat diselesaikan dengan baik dan dalam kadar segera demi kepentingan semua pihak.

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.