Khamis, 28 Oktober 2010

KDN: Komik Zunar boleh mudarat ketenteraman

BERNAMA


Kementerian Dalan Negeri tidak meluluskan permohonan permit penerbitan bagi komik Gedung Kartun yang dipohon kartunis Zulkiflee SM Anwar Ulhaque yang lebih dikenali sebagai Zunar, kata Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Dalam jawapan bertulis kepada soalan N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai), beliau berkata permit tersebut ditolak kerana isi kandungan komik berkenaan didapati menyalahi Garis Panduan Penerbitan Kementerian seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

"Isi kandungan tersebut dilihat mengandungi unsur-unsur tohmahan dan spekulasi serta tuduhan-tuduhan tidak berasas serta boleh menimbulkan kebencian dan kemarahan masyarakat terhadap pemimpin negara.

"Ia juga jika diterbitkan boleh memudaratkan ketenteraman awam dan kepentingan negara," katanya.

Gobalakrishnan ingin tahu mengapa Zunar tidak diberikan permit untuk menerbitkan karya kartunnya dan sama ada terdapat sebarang unsur yang mengancam keselamatan pada kandungan karya tersebut.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.