Oleh: FAIZAL OKADAUPENGASAS UMNO Sabah, Datuk Karim Ghani yang baru mengistiharkan keluar dari UMNO telah menyatakan komitmennya untuk bersama-sama Pakatan Rakyat, khususnya dalam usaha Pakatan Rakyat merampas parlimen Batu Sapi bagi memberi signal kepada Barisan Nasional bahawa rakyat muak dengan kecurangan BN mengurus harta dan khazanah negara.
Karim juga turut menjelaskan tiga sebab besar kenapa beliau meninggalkan UMNO dan BN. Kesediaan Pakatan Rakyat untuk memberi kuasa autonomi kepada Sabah dan Sarawak, tuntutan 20 % royalti minyak dan ruang untuk menghidupkan kembali USNO, menjadi agenda beliau berjuang bersama Pakatan Rakyat.
"Kita mesti bersama Pakatan Rakyat untuk mengembalikan maruah rakyat Sabah yang tidak mendapat hak yang sepatutnya daripada Barisan Nasional, tunaikan kewajipan dan buktikan kuasa rakyat dalam PRK Batu Sapi 04 November ini," desak Datuk Karim ketika berucap di hadapan kira-kira 3, 000 peserta seminar Isu Tanah Rakyat Sabah anjuran Badan Perhubungan PAS Sabah dan Lajnah Tanah dan Peneroka PAS Malaysia di dewan Hakka, Sandakan.
Karim juga turut menggesa pengundi Batu Sapi mencontohi pengundi Kelantan yang berkhalifahkan seorang ahli politik yang bijak dan warak seperti Tuan Guru Nik Aziz yang menerima duit-duit yang diberikan BN tetapi undi mereka tetap untuk Pakatan Rakyat. Gesaan beliau mendapat tepukan gemuruh hadirin.
Karim juga menyatakan peluang Pakatan Rakyat untuk menang dalam PRK ini cukup besar berdasarkan situasi semasa dan desakan perubahan rakyat Sabah terutama dalam kes rampasan tanah rakyat. Beliau memberi keyakinan hanya Pakatan Rakyat yang berupaya merealisasikan hasrat dan cita-cita rakyat Sabah.
Pengundi Batu Sapi diharapkan tidak mengsia-siakan undi mereka dengan melakukan kesilapan mengundi calon lain selain calon Pakatan Rakyat terutama SAPP dan calon bebas. Apalah yang mampu dilakukan oleh sebuah parti tempatan seperti SAPP yang pernah memerintah dan menjadi Ketua Menteri Sabah? Demikian juga calon-calon bebas yang tidak jelas arah tujunya untuk merubah langskap politik Sabah dan Malaysia.
Karim menyokong penuh pemilihan calon Pakatan Rakyat, seorang peguam yang juga bekas Ketua Perhubungan PKR Sabah, Hj Ansari Abdullah sebagai calon pilihan PR untuk berkhidmat kepada pengundi parlimen Batu Sapi yang memerlukan pembelaan.
itu terpulang kepada Karim Ghani...tapi rakyat kena bijak membuat penilaian. lihat saja prestasi PR di negeri yang ditadbir oleh mereka....
BalasPadamdah keputusan karim untuk menyertai pakatan Rakyat, BN kena terus berusaha untuk memenangi hati rakyat.
BalasPadamBiarlah Karim mengikuti PR. Ini pilihan dia, apa pun kita harapkah karim janganlah memalukan diri sendiri dengan tidak ada pendirian dalam diri sendiri nanti.
BalasPadamMemang isu tanah ini akan dibangkitkan oleh pembangkang. kerana inilah senjata mereka dalam politik untuk menawan hati rakyat. Apa pun harap rakyat tidak akan tertipu dengan semua muslihat PKR yang kunun akan berjaung untuk tanah rakyat tapi itu hanya sementara dan bukannya janji sebenar. Yang sebenar hanyalah kemenangan untuk kerusi tersebut.
BalasPadamKarim merupakan pengasas UMNO di Sabah. Tapi saya kecewa dengan tindakan beliau keluar parti. Kenapa beliau sebagai orang lama tidak mengemukakan masalah rakyat. Kenapa dalam majlis UMNO tidak menyuarakan semua ini. Tapi bertindak seperti orang tewas dalam peperangan dengan keluar parti. inikah yang dinamakan pengasas UMNO yang tidak ada kekuatan dalam perjuangan.
BalasPadamIni keputusan Karim, biarlah dia membuat apa yang disukai.
BalasPadamselepas ini sekali lagi PKR akan mengambil ahli2 lompat yang hanya berjuang untuk mendapatkan ganjaran. rakyat juga perlu sedar, PKR dipenuhi oleh ahli2 BN yang sudah tentu tidak boleh dipercayai. mereka2 ini tidak mempunyai pendirian tetap..
BalasPadamada kemungkinan juga Datuk Karim telah menerima suapan dari PKR untuk membantu PKR dalam PRK Batu Sapi. sebelum ini beliau tidak menyatakan pendiriannya untuk menyebelahi mana2 pihak. tapi kini beliau berubah mungkin disebabkan telah menerima ganjaran. kita lihat nanti siapa yang terkantoi..
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamusno tidak perlu ditubuhkan kembali. terlalu banyak parti pun jika tidak dapat mengubah Sabah jauh lebih baik dari sekarang, usaha itu tetap sia2. malah ianya akan memburukkan keadaan politik di Sabah kerana terlalu banyak persaingan. ahli2 usno sendiri yang melenyapkan usno dengan membawa masuk umno semata2 untuk menjatuhkan PBS.. jadi, lupakanlah hasrat itu kerana jika ditubuhkan, tidak mustahil ianya hanya untuk sementara. hanya sebagai batu loncatan untuk melompat ke mana2 parti yang bakal membentuk kerajaan.
BalasPadambiarlah karim dengan keputusannya. yang penting BN perlu terus fokus untuk memberikan apa yang terbaik untuk rakyat..
BalasPadamItu adalah keputusan Karim. Biarlah dia tue.
BalasPadamKarim juga turut menggesa pengundi Batu Sapi mencontohi pengundi Kelantan yang berkhalifahkan seorang ahli politik yang bijak dan warak seperti Tuan Guru Nik Aziz yang menerima duit-duit yang diberikan BN tetapi undi mereka tetap untuk Pakatan Rakyat.
BalasPadamAik? Macam inikah gaya seorang khalifah?
Dulu ahli USNO, jemput UMNO masuk Sabah, marah, keluar dari BN lalu sekarang masuk PKR pula dengan tujuan ingin menghidupkan kembali USNO dan mengusir UMNO. Saya rasa beliau lagi berbahaya daripada YTL. Tak ada pendirian tetap.
BalasPadambiarpun karim menyertai pakatan, ia takkan menjejaskan BN.
BalasPadamKarim mempunyai hak untuk menyertai mana-mana parti. Sama juga seperti orang lain yang turut mempunyai hak untuk menyertai parti-parti lain.
BalasPadamJadi sama juga semua penduduk mempunyai hak yang sama untuk memilih siapa pemimpin yang mereka mahukan. Semoga proses pilihanraya berjalan dengan lancar.
BalasPadamVeteran politik yang tidak sangguh melepaskan kisah-kisah silam dan ingin memulihkan masa kegemilangan masa lampau.
BalasPadamBeliau yang membawa UMNO memasuki Sabah kini berpaling tadah parti yang dahulunya disokong beliau.
BalasPadamApa pengaruh Karim Ghani? Mampukah beliau membuat apa-apa perubahan?
BalasPadamSpekulater.
Orait ja ba tu.. Sabahan ni kan sporting... Siapa2 ja yang datang di Sabah tetap dialu-alukan :)
BalasPadamBetul Zaimi. Dari KG ja tu... Yang penting rakyat tahu buat penilaian dan mengundi pemimpin yang terbaik.
BalasPadamSaya cuma harap semua parti yang bertanding ikut peraturan yang ditetapkan. Jangan buat hal mcm yang disiarkan di TV3 tadi.. huhuhu, memalukan lah :(
BalasPadamTapi mcm si KG ni mahu famous pula.. hehhee
BalasPadamApapun, saya mengahrapkan semuanya berjalan lancar dan sempurna. Siapapun yg menang nanti, saya yakin beliau adalah pemimpin yang layak :)
BalasPadamKenapa ahli politik Sabah suka menukar pendirian dan melompat-lompat?
BalasPadamBukankah dia yang bawa masuk UMNO ke Sabah?
BalasPadamSamada bantuan Karim atau tidak, keadaan tidak banyak berubah.
BalasPadamSaya rasa kebanyakan pengundi Batu Sapi tidak kenal siapa Karim.