Yusri Amin |
GUA MUSANG: Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menegaskan Galas adalah momentum dan lonjakan semangat rakyat dalam usaha menguasai pemerintahan peringkat Persekutuan. Ini, katanya kerana banyak peluang boleh dilakukan sekiranya berjaya ‘menawan Putrajaya’ terutama mengenai royalti petroleum Kelantan. Beliau berkata, walau pun Kelantan dikekang kewangan oleh Pusat namun berjaya membuktikan kemampuannya yang baik dalam tempoh dua puluh tahun. “Kelantan berada pada tahap kedudukan ke enam negeri miskin berbanding Sabah berada pada pada tahap pertama negeri miskin. “Negeri yang kedua dikategorikan miskin ialah Terengganu walau pun ada minyak,” katanya. Beliau mendakwa, Sabah yang dikatakan ada minyak itu pun dikategorikan sebagai negeri miskin, justeru seolah-olah semua negeri yang ada minyak semuanya dikategorikan sebagai negeri miskin. “Semua pemimpin Umno BN makan hasil minyak, manakala rakyat makan ‘tahi minyak’,” dakwanya sinis. Oleh itu, katanya, PAS akan mempastikan apabila memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 serta menang pada peringkat Pusat, kebaikan diberikan kepada Kelantan dan akan ditadbirkan dengan baik. “Bahkan kita akan menguruskan negeri ini dengan baik dan merupakan negeri yang selamat untuk rakyat mengundi,” katanya kepada media, semalam. Mengulas perkembangan terbaru, beliau berkata pengalamannya dalam banyak siri pilihan raya kecil (PRK) yang dihadapi, maka Galas beliau rasa gembira. “Saya tidak berapa runsing sangat terutama dari segi jentera kita. “Dari segi calon itu sendiri, Pakatan Rakyat khususnya PAS mengemukakan Dr Zulkefli sebagai calon yang tepat. Mempunyai kelulusan yang tinggi berbanding calon di pihak lawan,” ujarnya. Selain itu, ujarnya performen yang ditunjukkan Allahyarham Che Hashim dahulu adalah sebagai orang yang telah pun menunjukkan wakil rakyat yang cukup baik. “Dr Zul banyak masanya ditumpukan bersama dengan Allahyarham Chek Hashim, bahkan semasa Che Hashim uzur pun, Dr Zul antara orang yang banyak mengambil alih pengurusan dan tugas serta tanggungjawab wakil rakyat,” katanya. Beliau menyifatkan Dr Zul calon yang dikemukakan PAS dan Pakatan Rakyat adalah calon berwibawa sama ada dari segi personaliti, akhlak, peribadi serta mempunyai kelulusan tinggi sebagai doktor perubatan yang dikenali ramai khususnya dalam masyarakat Dun Galas. Katanya, Dr Zulkefli sudah teruji dengan kemampuannya sebagai seorang mampu meneruskan aktiviti-aktiviti bagi mengukuhkan kerajaan kepimpinan Tok Guru Nik Aziz di Kelantan. “Tidak ada calon lain melainkan bagi rakyat yang berada di Dun Galas ini memilih Dr Zulkefli Mohamad yang mewakili PAS, parti Tok Guru kita. “Inilah merupakan harapan daripada rakyat di Malaysia dan juga sebagai satu lonjakan untuk kita memberikan satu amaran kepada Kerajaan BN yang merampas royalti rakyat Kelantan,” katanya. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.