FREE MALAYSIA TODAY
KOTA KINABALU: Calon BN bagi pilihanraya kecil Parlimen Batu Sapi akan dumumkan di Sandakan Ahad ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.
Pengarah operasi BN bagi pilihan raya kecil itu akan membuat pengumuman itu bersama dengan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang juga timbalan pengarah operasi BN.
"Saya yakin BN dapat mengekalkan kerusi itu berdasarkan perkhidmatan yang telah diberikan BN sejak dahulu lagi," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pemimpin-pemimpin komponen BN Sabah berkaitan pilihan raya kecil itu di sini hari ini, lapur Bernama.
Kerusi Batu Sapi kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Edmund Chong Ket Wah, yang juga bendahari PBS, akibat nahas jalan raya baru-baru ini.
Pengundian ialah pada 4 Nov manakala penamaan calon ialah pada 26 Okt ini.
Musa berkata walaupun BN yakin dapat mengekalkan kerusi tersebut, itu tidak seharusnya menjadikan jentera parti berasa selesa dan mengambil mudah.
walau pun yakin untuk mengekalkan kerusi parlimen Batu Sapi, BN perlu memberikan sepenuh komitmen dan jangan sesekali lalai.
BalasPadamDiharap keputusan anda semua adalah atas keputusan suara ramai.
BalasPadamBN mungkin mempunyai potensi untuk menang, namun BN tidak boleh leka dan mengambil remeh hal ini, BN jgua pastikan calon yang dipertandingkan benar2 sesuai.
BalasPadamDiharapkan calon terbaik dipilih untuk mewakili BN.
BalasPadamBN mempunyai kelebihan sebagai sebuah parti pemerintah yang mampu membawa pembangunan, disamping keberkesannan kepimpinan Musa Aman dalam memacu ekonomi Sabah. kelebihan ini perlu digunakan sebaik2nya untuk memastikan kemenangan berpihak kepada BN.
BalasPadamSemoga proses pilihanraya kecil ini berjalan dengan lancar dan adil..
BalasPadamjangan terlalu yakin untuk menang dan jadikan PRK Sibu sebagai pengajaran untuk lebih bersedia dan berhati2..
BalasPadamBetullah kata Datuk Musa, walaupun dapat mengekalkan kerusi Batu Sapi tapi jangan terlalu ambil perkara mudah dan berasa selesa. Kerana apa pun boleh berlaku, perkara yang tidak dijangka pun boleh berlaku. Oleh itu pastikan jentera BN akan tetap membuat sesuatu.
BalasPadamHarap BN akan meletakkan orang yang begitu mementingkan hak rakyat. Mari kita tunggu siapakah calon yang bakal dicalonkan oleh BN bagi PRK Batu Sapi nanti.
BalasPadamBN memang mempunyai peluang yang cerah untuk menang namun kesungguhan perlulah terus ditunjukkan.
BalasPadamBN perlu teliti dalam memilih calon, pastikan calon yang terbaik
BalasPadamSiapalah calon tu ye? jeng, jeng, jeng...
BalasPadamSiapapun calon tu nanti, saya harap ia adalah calon yang sesuai dan memenuhi kriteria utk bertanding.
BalasPadamKukuhkan jentera pentadbiran BN supaya rakyat akan terus bersandar kepada kemampuan BN:) Dengar nasihat DMA, dan jangan terlalu yakin pula..
BalasPadamKepada para pengundi, buatlah penilaian sebaik mungkin. Jangan tersalah undi pula. hehe
BalasPadamApapun, sama2 lah kita tunggu dan lihat apa kejadiannya nanti:)
BalasPadam