Khamis, 28 Oktober 2010

Batu Sapi: Manifesto PKR gariskan tujuh misi

THE MALAYSIAN INSIDER


Ansari Abdullah ketika ditemui pemberita di jeti Pulau Timbang Jetty hari ini. — Gambar oleh Jack Ooi
SANDAKAN — Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mengumumkan tujuh misi perjuangannya jika calonnya dipilih sebagai wakil rakyat kawasan Parlimen Batu Sapi dalam pilihan raya kecil di situ 4 November ini.

Calonnya Ansari Abdullah berkata tujuh misi berkenaan termasuk menyampaikan suara dan keluhan rakyat kawasan Batu Sapi ke Parlimen tanpa mengira agama, bangsa, kaum dan kedudukan.

“Saya juga bertekad membela rakyat Batu Sapi daripada berterusan menjadi mangsa penindasan oleh pelbagai pihak dan pemimpin yang tidak bertanggungjawab,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

PKR juga, katanya, akan bersama rakyat untuk berusaha dan menuntut pembangunan kawasan Batu Sapi mengikut keperluan dan kemampuan selain merancang pelbagai program dalam usaha meningkatkan taraf ekonomi rakyat Batu Sapi.

Menurut Ansari, PKR juga akan memastikan pelajar-pelajar di luar Bandar dapat menikmati kemudahan yang terbaik bagi meningkatkan tahap pendidikan mereka serta membantu sedaya upaya mengurangkan tahap kemiskinan dan gejala sosial.

Sambil berjanji untuk berkhidmat dengan penuh dedikasi dan sepenuh hati, Ansari berkata beliau akan berusaha memberikan layanan yang terbaik untuk penduduk Batu Sapi tanpa pilih kasih.

Ansari turut menafikan laporan media kononnya beliau diserang oleh penyokong-penyokong Barisan Nasional di kawasan Kampung Bukara ketika berkunjung ke situ malam tadi.

Katanya beliau sudah tiga kali ke perkampungan berkenaan untuk berkempen dan tidak pernah dikasari oleh penduduk kampung itu.

“Pagi tadi, ketika mengiringi presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melawat Pasar Tanah Merah, saya ditanya pemberita sama ada benar saya diserang malam tadi. Saya tanya dia, apakah anda ada melihat sebarang tanda yang saya telah diserang?” katanya.

Dalam pilihan raya itu, beliau berdepan dengan Linda Tsen Thau Lin daripada BN dan Datuk Yong Texck Lee daripada Parti Maju Sabah.

Kerusi itu kosong berikutan kematian DAtuk Edmund Chong Ket Wah daripada BN akibat nahas jalan raya pada 9 Oktober lepas. — Bernama

16 ulasan:

  1. Pastikan apa yang digariskan itu boleh dilakukan.

    BalasPadam
  2. itu adalah manifesto PKR, BN dan SAPP juga ada manifesto mereka sendiri.

    BalasPadam
  3. semua calon yang bertanding pasti ada misi masing-masing..terpulang kepada rakyat untuk menilai dan membut pilihan.

    BalasPadam
  4. Macam-macam saja PKR ini. apa-apalah yang penting sekali utamakan rakyat.

    BalasPadam
  5. Mari kita tengok apa yang akan PKR lakukan sebenarnya. PKR tidak begitu dikenali oleh Rakyat Sabah jadi PKR cuba mencari isu untuk mereka salahkan orang lain. Semoga sesiapa yang berjaya akan memberikan yang terbaik kepada semua nanti. kita berdoa agar rakyat akan dapat diutamakan oleh para pemimpin.

    BalasPadam
  6. Ansari telah pun mengemukakan misi perjuangan beliau.. calon2 yang lain macam mana? jangan ketinggalan atau sengaja tertinggal.. pengundi2 Batu Sapi juga perlu tahu terlebih dahulu apa perancangan atau misi perjuangan calon supaya mereka lebih yakin untuk membuat pilihan.

    BalasPadam
  7. media perlu jujur dalam menyampaikan maklumat. seperti mana penafian yang dibuat oleh Ansari berkenaan dengan laporan media, jelas menunjukkan terdapat media yang tidak jujur dalam menyampaikan maklumat. sepatutnya dalam setiap PRK perlu ada media bebas yang tidak memihak kepada mana2 parti politik bagi memberikan gambaran jelas kepada rakyat berkenaan dengan situasi sebenar PRK.

    BalasPadam
  8. Diharapkan PKR akan melakukan tujuh misi itu jikalau mereka terpilih. Itupun kalaulah.

    BalasPadam
  9. calon-calon yang bertanding ada misi mereka masing-masing. bagi calon yang menang nanti perlulah melaksanakan apa yang dikatakan. rakyat perlu bijak menilai dan memilih..

    BalasPadam
  10. Setiap parti ada cara masing-masing.

    BalasPadam
  11. Manifesto PKR sedang dijalankan oleh kerajaan sekarang seperti mambasmi kemiskinan.

    BalasPadam
  12. Sebelum menang, apa pun boleh dijanjikan.
    Selepas menang, tidak tahu lah.

    BalasPadam
  13. Manifesto akan bertukar menjadi batu nisan jika apa yang termeterai tidak dicapaikan selepas pilihanraya.

    BalasPadam
  14. Menifesto cuma menifesto tanpa perlaksanaan.
    Bolehkah kita percaya?

    BalasPadam
  15. Manifesto ini tidak mampu meraih kemenagan untuk PR.

    BalasPadam
  16. Tujuh misi ini harus sentiasa diingati. Menang, laksanakan. Kalah, berjuang lagi .

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.