CALON Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, Ansari Abdullah mendesak supaya satu debat diadakan dengan calon Parti Progresif Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee.
Katanya Yong yang juga Presiden SAPP dan bekas Ketua Menteri hanya membuat alasan bagi mengelakkan perdebatan apabila mendakwa bahawa beliau (Ansari) tidak mempunyai locus-standi untuk mewakili PKR kerana beliau hanya merupakan ketua parti bagi Tuaran.
"Debat itu bukan antara dua parti. Debat itu antara calon-calon (bagi pilihanraya 4 Nov). Jadi, saya harap Datuk Yong akan hadir untuk membentangkan kesnya agar penduduk Batu Sapi dapat menjadi hakim mengenai ketiga-tiga calon yang manakah pilihan terbaik bagi mereka," katanya kepada pemberita.
"Mungkin Datuk Yong memikirkan mengenai satu kes mahkamah membabitkan kami apabila saya mewakili (bekas Ketua Menteri Sabah) Datuk Harris (Salleh). Tapi anda boleh bagi tahu Yong, kali ini rakyat akan menjadi hakim dan ini bukanlah kes mahkamah.
Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Pengerusi DAP Sabah Hiew King Chiu dan naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.
Pada Khamis, Yong berkata Ansari tidak mempunyai locus standi untuk berdebat dengannya tapi bersedia untuk berbuat demikian dengan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bagaimanapun, Ansari berkata debat dan syarahan perlu menjadi budaya di kalangan parti-parti politik dan penduduk Sabah.
Dengan menolak untuk berdebat, beliau berkata Yong nampaknya lebih suka berpatah balik kepada dunia politik di tahun 1960-an.
saya lihat, YTL tidak berminat nak berdebat dengan Ansari. Sebenarnya YTL lebih berminat dengan Musa kerana dia ada agenda tersendiri!
BalasPadambuat apa nak berdebat benda yang lapuk? biarlah mereka ni bertelagah sebab yang penting ialah rakyat sudah tentu mengundi dalam diam parti yang jelas menjanjikan kebaikan dan pembangunan untuk rakyat
BalasPadamnampaknya Yong tidak berminat untuk berdebat dengan Ansari. PRK Batu Sapi sekarang ini menjadi tumpuan semua pihak. harap PRK ini akan berjalan dengan lancar.
BalasPadamBetulkah pendebatan ini diperlukan. Dah tiada masa sekarang, pilihan raya kecil ini hanya beberapa hari lagi.
BalasPadamBaik parti masing-masing menumpukan perhatian dalam kempen mendapatkan undian masing-masing dan bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya kecil
BalasPadamYTL sebelum ini mempelawa Musa untuk berdebat, tatapi apabila Ansari mempelawa dia berdebat, dia menolaknya. YTL takut dgn Ansari ke?
BalasPadamYong mahu berdebat dengan KM tapi menolak debat dengan Ansari.. baik lupakan debat dan fokus kepada kempen2 PRK di Batu Sapi.
BalasPadamtanpa ada debat pun rakyat masih boleh menentukan calon yang terbaik untuk mereka. debat hanya akan menimbulkan lebih banyak persoalan, persengketaan, kekeliruan dan semuanya hanya bersifat teori. lebih baik pengundi menilai berdasarkan prestasi dan reputasi calon yang bertanding.
BalasPadamJadi YTL tunggu apa lagi??kan YTL suka main debat-debat, terima sajalah cabaran ini. Kalau YTL beranilah??
BalasPadamKita tengok apa reaksi YTL nanti. Mungkin Ansari banyak tahu kelemahan SAPP sehinggakan SAPP tidak berani menerima cabaran Ansari untuk berdebat. Kita tunggu keputusan selanjutnya dari YTL berkenaan bedat ini.
BalasPadamYTL dikatakan hanya mahu berdebat dengan KM Sabah. Masa sudah semakin suntuk YTL. Tinggal lebih kurang 5 hari lagi sebelum hari yang dinanti-nantikan datang. Baik pergi melawat kampung-kampung pula.
BalasPadamAda2 ja gimik yang timbul.. Debat ja la kalau nak sangat.. hihi
BalasPadamLantaklah dorang gambir.. Sibuk betul dorang ni nak mempopularkan diri.. hhmm, Datin Linda juga la yang paling cool :)
BalasPadamDiam2 ubi berisi si Datin Linda ni. hehehe
BalasPadamSaya harap beliau dapat lakukan yang terbaik utk raih undi rakyat.
Saya harap semua calon pun buatlah yang terbaik. Jangan kerana mahu tarik perhatian rakyat, isu yang dah dikubur, dikorek kembali.. huhu
BalasPadamApapun, kita layan ja karenah mereka ni.. Tengok la nanti apa yang bakal berlaku seterusnya.. hihi
BalasPadam