SANDAKAN - Ketua Angkatan Muda KEADILAN Sabah, Abdul Razak Jamil hari ini membuat laporan polis terhadap seorang rakyat Sabah yang dikaitkan dengan skandal pengubahan wang haram berjumlah RM16 juta dan didakwa mempunyai hubungan rapat dengan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Aman.
Dalam laporannya, Abdul Razak berkata kroni Musa yang bernama Michael Chia telah di tahan oleh pihak polis Hong Kong di lapangan terbang antarabangsa pulau itu tahun lalu kerana disyakki membawa bersamanya wang haram tersebut.
Ekoran daripada itu, Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin telah pergi ke Hong Kong untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah (ICAC) terhadap Chia.
Abdul Razak yang tiba di Balai Polis Sandakan kira-kira pukul 1.00 tengahari di soalsiasat oleh pegawai penyiasat selama hampir satu jam.
"Pihak polis tanya saya sebagai seorang peguam Polis DiRaja Malaysia mempunyai bidang kuasa untuk menyiasat kes ini. Saya menjawab aktiviti pengubahan wang haram adalah bidang kuasa ICAC tetapi saya berpandangan PDRM mempunyai kuasa menyiasat sumber dan kepada siapa wang tersebut diserahkan.
"AMK Sabah menggesa pihak polis menjalankan siasatan rapi terhadap dakwaan ini kerana kita mahu samada wang haram yang di bawa keluar tersebut adalah milik rakyat Sabah," kata beliau kepada Suara Keadilan.
Pada 2 Oktober 2009 Shamsul membuat laporan kepada ICAC di Hong Kong mengenai penahanan Chia di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong kerana disyaki membawa wang haram di dalam matawang Singapura berjumlah RM16 juta.
ICAC kemudiannya telah membuka kertas siasatan terhadap Chia. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.