Selasa, 28 September 2010

Youtube: Umno BN alami fobia di penghujung hayat

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Kerajaan Umno BN sekarang mengalami serangan penyakit kartun fobia, ceramah fobia, kuliah fobia, Youtube fobia, risalah fobia dan seumpamanya.

Justeru, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menganggap kenyataan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor supaya rakyat jangan terpengaruh dengan dakyah terbaru pembangkang yang memburuk-burukkan kerajaan melalui pengedaran cakera padat (CD) termasuk memuat naik bahan itu ke dalam laman web Youtube sebagai satu kenyataan orang yang takut menerima kenyataan kerana berada di penghujung hayat pemerintahan.

Menurutnya, menjadi lumrah mana-mana pemerintah yang banyak mengkhianati amanah rakyat cukup bimbang dengan maklumat yang benar sampai kepada rakyat yang mereka perintah.

Katanya, kerajaan Umno BN tahu mereka akan terus berkuasa selagi rakyat boleh ditipu melalui saluran berita berat sebelah.

Sehubungan itu, tambahnya PAS menganggap kenyataan supaya rakyat jangan percaya dengan Youtube adalah satu kenyataan yang ketinggalan zaman, seolah-olah rakyat pada hari ini hidup di zaman batu.

Sekarang, ujarnya program yang diuar-uarkan oleh kerajaan seperti koridor raya multi media sudah menjadi hantu raya kepada Umno BN, kerana apa sahaja dakyah melalui media perdana dengan pantas dijawab oleh media internet.

“Mereka merasa gusar apa sahaja strategi yang dibuat tidak menjadi untuk menjerat rakyat supaya menyokong mereka,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Ini, jelasnya menyebabkan semua berita yang dikeluarkan oleh media perdana telah dipandang sinis dan tidak boleh menaruh kepercayaan kepada rakyat.

“Inilah satu bala yang menimpa kepada kerajaan BN. Inilah akibat apabila selalu berbohong dalam pemberitaan akhirnya berita benar pun rakyat kata tipu,” katanya lagi.

15 ulasan:

  1. PAS tidak perlulah mengatakan BN bermacam-macam. dapat dilihat PR juga mempunyai berbagai masalah seperti kekecohan ketika pemilihan PKR dan isu air di Kelantan. jadi selesaikan masalah sendiri dahulu sebelum berkata mengenai pihak lain.

    BalasPadam
  2. saya rasa rakyat sudah bijak menilai siapa yang phobia siapa bukan. pemimpin yang bijak selalunya diam dan buat kerja ikhlas tanpa bising sana sini tetapi pemimpin yang fikiran di lutut suka bising sana sini dan fitnah semua orang!

    BalasPadam
  3. mengapa ahli-ahli PAS suka cari kesalahan orang lain? PAS jangan suka fitnah orang lain dan ukur baju di badan sendiri dulu barulah bercakap tentang orang lain..

    BalasPadam
  4. PAS tak perlulah nak mengatakan bahawa BN telah fobia, BN masih lagi kukuh. rkyat bijak dalam menilai sendiri hal ini.

    BalasPadam
  5. PAS tidak perlulah asyik bercakap tentang parti lawan, lebih baik jaga parti sendiri. terpulanglah kepada rakyat untuk menilai mana yang baik dan mana yang buruk.

    BalasPadam
  6. memang betul pun apa yang dikatakan oleh Tengku Adnan. semua rakyat sudah tahu strategi pembangkang. jangan hanya gairah mengkritik tapi nasib rakyat dinegeri sendiri terabai.

    BalasPadam
  7. Biasalah dalam politik jika berlakunya perkara seperti ini.

    BalasPadam
  8. Diharapkan semua parti bersaing secara bersih dan adil. Perbuatan PAS memburukkan imej UMNO BN hanya menunjukkan PAS lebih suka mencari kesalahan orang lain daripada menolong rakyat.

    BalasPadam
  9. Tidak perlu pembangkang memburukkan parti lawan. Tumpukan perhatian kepada masalah rakyat.

    BalasPadam
  10. Daripada memfitnah pihak lawan, alangkah baik kalau mereka mencari penyelesaian kepada masalah rakyat yang berlaku di negeri sendiri.

    BalasPadam
  11. Ini bukan BN yang mengalami masalah fobia tapi sebaliknya mungkin PR. Mereka(PR) telah melontar pelbagai tuduhan terhadap kerajaan kerana mereka(PR) tidak dapat menandangi BN dengan cara yang baik. Maka dengan cara sebegini cara yang terbaik untuk mereka(PR).

    BalasPadam
  12. Ini cara PR menutup kelemahan mereka, dengan menumpukan kepada BN. Mereka mahu rakyat selalu memikirkan tentang kesalahan BN dan bertujuan supaya rakyat tidak begitu menumpukan kepada kelemahan dan kesalahan PR. Bijakkan mereka dalam politik ini, mencari kesalahan orang lain untuk menutup kesalahan mereka sendiri.

    BalasPadam
  13. Fobia untuk UMNO? biar betul. Bagi saya, itu tidak benar sama sekali. Tapi tindakkan PAS yang fobia dengan diri mereka sendiri. kalau itu saya percaya. Apa pun kita tengok dan lihat siapa yang bakal fobia nanti.

    BalasPadam
  14. BN mencuba seribu cara untuk menyekat pengalihan sokongannya kepada PR.
    Harap BN tidak tersilap cara.

    BalasPadam
  15. BN dan PAS mempunyai perjuangan mereka masing2, rkyat tau menilai sendiri parti mana yang baik dan sesuai memimpin mereka.

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.