Salhan K Ahmad |
Cabaran itu disuarakannya hari ini, berikutan tindakan Rozali mengkritik pemimpin Pakatan Rakyat di sebuah majlis berbuka puasa yang turut dihadiri sultan Selangor.
Turut hadir pada majlis itu ialah menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim dan juga ahli parlimen PAS Dr Dzulkefly Ahmad.
Khalid berkata, Rozali bertindak secara tidak berbudi bahasa apabila menjemput mereka ke majlis berkenaan, tetapi mengambil peluang berkenaan untuk menyerang Pakatan Rakyat.
Tambahnya, pemimpin Pakatan tidak diberi peluang untuk berucap di majlis berkenaan.
"Kita nak tengok berapa ramai orang Melayu yang reda dengan tindakan dia kaut duit orang Melayu untuk kepentingan dia," katanya lagi ketika menyuarakan cabaran itu hari ini.
Beliau juga mengesyorkan supaya DPPMS menganjurkan simposium dan latihan kepada usahawan bumiputera bagi mendedahkan golongan itu kepada suasana perniagaan baru yang memerlukan kemahiran dan daya saing.
"(Supaya mereka) bukannya bergantung kepada kronisme dan hubungan politik semata-mata," katanya lagi.
Bagaiamanapun Exco kerajaan Selangor Teresa Kok dalam satu kenyataan yang keras berkata, Rozali tidak puas hati dengan kerajaan negeri, berpunca daripada pertikaian mengenai kadar tarif air.
Rozali adalah pengerusi eksekutif syarikat konsesi air, SYABAS, yang menyaman kerajaan Selangor yang enggan menaikkan kadar tarif air.
Teresa berkata, beliau percaya Rozali membuat kenyataan tidak berasas kerana dendam peribadinya terhadap Khalid dan kerajaan Pakatan Rakyat kerana cuba membeli SYABAS yang menjadi penjana sumber kewangannya.
"Ini dibangkitkan oleh timbalan perdana menteri bertujuan melindungi ketua eksekutif puncak niaga kerana beliau juga bendahari (Umno) Selangor dan juga Hulu Selangor.
"Jadi lebih baik jaga hati kroni daripada beri peluang kepada Selangor dapat air lebih murah dan lebih cekap diuruskan," katanya.
Tambah Khalid, walaupun beliau "tidak berapa cekap" dalam menguruskan sumber itu di Selangor, tarif bagi penggunaan air lebih murah daripada yang dibayar oleh penduduk Johor.
"Johor yang pernah diperintah oleh timbalan perdana menteri juga pernah kenakan kenaikan harga air," perlinya.
Bro,
BalasPadamGua ingat Khalid Samad ni dah senget lah..Walaupun gua ni tak pandai politik, tapi gua taknak orang Melayu dan Islam berpecah.
Lu ingat dapat faedah ke klu kita berpecah? Gua ingat orang Melayu Islam di Malaysia ni lebih kurang 60%-70% je bro.
Cuba kau pikir, ramai2 tu brp ramai yg tak ikut budaya Melayu dan agama Islam?
Gua takut bro, klu org2 liberal mcm Khalid ni perintah negara, habisla gua rasa..
Cuba kau tanya Khalid. Apa matlamat dia terhadap Malaysia dan umat Islam di negara ini.