Dzulfikar Mashoor |
KUALA LUMPUR: PAS ajak penggerak media baru supaya mempopularkan agenda 'institutional reform', kata naib presidennya, Salahuddin Ayub. "Mewakili PAS, betapa pentingnya PAS dan media ini mesti terus bersama dalam menggerakkan suatu reformasi. "Apa yang diharapkan, rakan-rakan media akan terus bersama kami dalam mengagendakan kembali 'institutional reform' yang menjadi asas perjuangan kita bersama," ujarnya malam tadi pada Majlis Berbuka Buasa Bersama Media. Agenda 'institutional reform' yang dimaksudkan adalah menawarkan kerangka reformasi pentadbiran yang jauh lebih baik bagi menggantikan sistem yang sedia ada dalam negara. Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, 'institutional reform tersebut meliputi institusi mahkamah, Petronas, sistem demokrasi, Parlimen dan sebagainya. "Sebaik PAS bersama Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya, perkara pertama yang akan kami buat adalah reformasi di peringkat institusi," ujarnya. Baginya, dengan mempopularkan 'agenda reform' kepada rakyat sebenarnya boleh menjamin masa depan Malaysia yang lebih baik, bukannya sekadar menggantikan Umno BN semata-mata. "Bagi institusi reform ini dilakukan, apabila kami (Pakatan Rakyat) mengambil alih negara, kami tidak akan mengulangi kesilapan silam Umno BN disebabkan sistem yang ada (adalah) sistem lama," ujarnya lagi, Sebelum pada itu, Datuk Mahfuz Omar, seorang lagi Naib Presiden PAS memuji beberapa wartawan media baru kerana begitu agresif mempopularkan inisiatif PAS dalam menumbangkan Umno BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak. Kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu lagi, ahli politik dan media mempunyai peranan masing-masing. "Sebagai seorang ahli politik, ia tidak boleh berpisah daripada media, begitu juga media, mereka pun ada agenda." "Selagi mereka tidak dapat berita, mereka akan cuba dapat," ujarnya. Katanya, penggerak media baru akan menjadi kumpulan paling berkesan dalam menyalurkan maklumat pada rakyat sempena menghadapi PRU13 kelak. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.