MALAYSIA KINI | ||
|
Kira-kira 100 anggota polis termasuk Pasukan Polis Simpanan (FRU) dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dilihat mengawal kawasan itu sejak jam 8 malamini.
Mereka kemudiannya meminta polis memanggil Namwee keluar dari dewan itu namun tidak diendahkan. Ini diikuti dengan kata-kata cacian 'Namewee babi' dan 'pengkhianat'.
Arman Azhar yang ditemui pemberita berkata perhimpunan itu diadakan bagi membantah tindakan Namewee yang dianggap penghianat terhadap negara kerana menghasilkan klip-klip video dan album yang boleh mencetuskan kontroversi dan perkauman.
"Kami desak, minta dia (Namawee) minta maaf secara terbuka kepada keseluruhan rakyat Malaysia, bukan sahaja pada orang Melayu, atas perbuatan yang dia lakukan. Ternyata apa yang dia lakukan merosakkan muhibah kaum.
"Kita arahkan mereka bersurai dalam masa 40 minit, dan mereka akur," katanya.
Namewee, sebelum itu berucap pada kira-kira 600 hadirin pada persidangan belia yang berjudul 'Belia, mengapa anda memerlukan 'Nah'?
'Nah' adalah tajuk video terbarunya yang menyentuh mengenai isu perkauman di negara ini yang membabitkan pengetua yang menghamburkan kata-kata perkauman kepada masyarkat Cina dan India. Bagaimanapun bahasa yang digunakan dalam videonya itu dikatakan tidak sesuai.
Mereka kemudiannya menasihatkan para hadirin supaya tenang dan terus balik ke rumah serta tidak bertindakbalas terhadap kumpulan itu.
Sebelum bersurai, Namewee mengambil peluang menandatangani poster dan album untuk peminatnya.
Ditanya wartawan berhubung reaksinya terhada protes anjuran PERKASA itu, Namewee berkata: “Saya tiada komen, saya bukan ahli politik. Tujuan saya ke sini adalah untuk majlis anti-perkauman.”
Soalan: Tetapi mereka datang mencari awak.
Namewee: Itu bukan masalah saya.
Bukan urusan saya - mereka bakar gambar saya, bukan saya.
Adakah awak akan memohon maaf seperti yang dituntut oleh PERKASA?
Tidak, mohon maaf bukan isu sebenarnya. Saya datang ke sini bagi membantu menyelesaikan isu perkauman.
Adakah awak takut dengan PERKASA?
Saya tidak takut. Saya percaya polis akan melindungi saya.
Namewee meninggalkan dewan berkenaan pada jam 10 malam dengan diiringi beberapa kereta peminatnya serta dua anggota polis bermotosikal.
pendekatan yang rasional dan bijak perlu diambil dalam menyelesaikan pekara ini agar ianya baik untuk semua pihak. harap isu ini dapat diselesaikan.
BalasPadamRamai orang tetap akan sokong Namawee. Bilakah pihak berkuasa akan menjatuhkan hukuman terhadap 2 guru besar yang racis itu???
BalasPadamhal ini perlu diselesaikan dgn cara baik, harap kekecohan seperti ini tidak berlaku lagi.
BalasPadamPerbuatan Perkasa hanya akan membuat Namawee lebih terkenal lagi.
BalasPadamadakah tindakan PERKASA menganjurkan perhimpunan, menggunakan perkataan kesat dan membakar gambar Namewee boleh menyelesaikan masalah perkauman di Malaysia?
BalasPadamIsu sensetif antara perkauman yang berlaku di negara ini perlu diselesaikan dengan cara baik.
BalasPadamTidak perlulah mengadakan perhimpunan atau bantahan, sebaliknya perbincangan dan penyelesaian yang dilakukan, agar perkara ini tidak berpanjangan.
BalasPadamSiapa yang lebih 'perkauman' sebenarnya?
BalasPadamisu seperti ini perlu diselesaikan dengan cara baik dan segera. ini bagi mengelakkan isu ini terus berpanjangan.
BalasPadamPerkasa sama macam penunjuk perasaan Indonesia baru-baru ini. adakah perkasa sedar dengan semua ini. Sanggup membuat kecoh untuk membantah album namewee.
BalasPadamPERKASA kalau nak terkenal pun biarlah kerana perbuatan yang baik dan bukan kerana perbuatan jahat.
BalasPadamJangan perasan sendiri bahawa rakyat akan sokong mereka. Sebenarnya rakyat sudah bosan dengan keganasan dan kezaliman yang berlaku di negara ini.
PERKASA jangan pulak jadi ' nasi tambah ' kepada keadaan sekarang !.
Saya tak sokong siapa2 tapi saya rasa Namewee memang popular. He is very creative & talented young man :) hehehhehe
BalasPadamSaya kurang pasti apa yang mencetuskan isu racis. Namun bagi saya apapun yang kita lakukan haruslah berpada-pada. k/kala kebenaran tu menyakitkan so bila membalas sesuatu kritikan pun harus profesional juga. Jangan sampai diri sendiri lebih rasis daripada orang yg didakwa rasis. hehhee
BalasPadamApapun saya harap hal ni dapat diselesaikan dengan aman. Jangan hanya perkara ni keharmonian Malaysia tergugat!!!
Perbuatan Perkasa ini memang memalukan.
BalasPadamTindakan mereka membuat demonstrasi dan membakar gambar tidak berbeza dengan tindakan Demo Ganyang Malaysia di Indonesia. Saya yakin kebanyakan rakyat membantah membuat demonstrasi seperti ini.
BalasPadam