SEDAKA SEJAHTERA
KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Peter Pang En Yin, mengumumkan keluar Parti Liberal Demokratik (LDP) berkuatkuasa serta merta.
Beliau yang juga Naib Presiden LDP berkata, surat peletakan jawatannya sudah dihantar kepada Presiden parti, Datuk VK Liew pagi tadi.
Serentak itu, beliau turut menawarkan diri melepaskan jawatan Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Belia dan Sukan Sabah.
Beliau berkata demikian pada sidang media di sini sebentar tadi.
Datuk Peter Pang En Yin meletak jawatan ini kerana tidak bersetuju dgn tindakan LDP yang menolak sebarang kerjasama dengan pengerusi BN negeri yang juga Ketua Menteri Sabah.
BalasPadamSaudara Mantra,
BalasPadamSaya juga berpendapat same seperti anda.
Mungkin beliau begitu malu dengan tindakkan parti LDP itu dengan apa yang dikatakan oleh Chin su phin kepada pengerusi BN. Oleh itu, TKM datuk Peter Pang En Yin mengambil tindakkan ini untuk menarik diri dari untuk keluar dari LDP dan juga meletakkan jawatan sebagai TKM dan menteri belia dan sukan. Tapi apa yang penting, Harap Datuk Peter memikirkan tindakkan ini terlebih dahulu.
BalasPadamtindakan keluar dari LDP mungkin kerana tidak bersetuju dengan tindakan LDP.
BalasPadamDatuk Peter PAng EN Yin telah mengumumkan keluar Parti LDP dan juga meletakkan jawatan yang dipegangnya sekarang. Ini kerana apa yang berlaku baru ini antara LDP dengan Datuk Musa Aman. Chin Su Phin yang mengeluarkan kenyataan tidak akan berkerjasama dengan Datuk Musa lagi mungkin penyebab Datuk Peter Pang bertindak sedemikian.
BalasPadamApa pun, Datuk Peter Pang akan tetap berkhidmat dengan kerajaan dan BN. Beliau tetap akan menjadi Keluarga BN. LDP cuba fikirkan yang terbaik untuk semua, berkerjasamalah dengan semua pemimpin BN untuk membangunkan Sabah.
BalasPadamagaknya apa respon Chin berhubung dengan peletakan jawatan ini? tindakan Datuk Peter Pang membuktikan keputusan Chin bukan atas persetujuan semua ahli LDP.
BalasPadamDatuk Peter hnya keluar dari LDP, tapi, beliau terus bersama BN.
BalasPadamChin patut ubah pendiriannya untuk kebaikan semua parti komponen BN di Sabah. beri kerjasama dalam menyelesaikan masalah2 yang dihadapi oleh rakyat Sabah dan hentikan sebarang konflik yang boleh meretakkan kepimpinan BN di Sabah.
BalasPadam