KUALA LUMPUR — Datuk Kamarul Bahrin Abas yang mengetuai 20 ahli Parlimen mengisytiharkan sokongan padu kepada Azmin Ali bagi jawatan timbalan presiden tiga minggu lalu gagal dalam saingan ketua cabang PKR Telok Kemang hari ini.
Ahli Parlimen Telok Kemang itu tewas di tangan Adun Port Dickson M Ravi yang menerima 279 undi.
Anggota Dewan Rakyat penggal pertama itu menerima 137 undi.
Hanya dua calon daripada barisan Kamarul menang dalam cubaan mereka.
Ketika dihubungi malam ini, Ravi berkata, sebagaimana pernah disebutkan sebelum ini beliau memang telah “yakin akan menang.”
Kamarul tidak dapat dihubungi untuk reaksi.
“Kalau tidak yakin saya sudah pasti saya tidak turun gelanggang pertandingan,” kata beliau yang memangku jawatan ketua cabang sejak 2008.
Pada pemilihan 2007 Ravi memenangi jawatan timbalan ketua cabang.
“Ini kali pertama pemilihan benar-benar diadakan dengan pengundian secara tersusun. Sebelum ini pemilihan hanya melibatkan angkat tangan,” katanya.
“Ini bukan kemenangan saya tapi kemenangan ahli akar umbi. Pertandingan ini adalah pertandingan keluarga dan selepas ini saya akan terus bekerjasama dengan Datuk Kamarul di mana beliau beliau adalah Ahli Parlimen Telok Kemang,” kata beliau sambil berkata DUN Port Dickson adalah salah satu daripada lima DUN dalam bahagian Parlimen Telok Kemang.
Ravi berkata bagi jawatan presiden dan timbalan presiden cabang itu mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Zaid Ibrahim.
Ditanya mengapa mencalonkan Anwar, Ravi berkata, majoriti mahukan penasihat PKR itu mengetuai parti.
Dalam pada itu anak Anwar, Nurul Izzah menewaskan tiga calon lain untuk memenangi jawatan ketua cabang Lembah Pantai.
Nurul memperoleh 429 undi.
Dalam pada itu, Exco Kerajaan Negeri Selangor Elizabeth Wong tewas pemilihan ketua cabang Petaling Jaya Utara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.