Rabu, 29 September 2010

Malaysia Di Tempat 131 daripada 175 Negara Laporan Indeks Kebebasan Media - Kawalan Ketat Atas Media Cetak dan Elektronik

SEDAKA SEJAHTERA

Pengasas bersama ensiklopedia online - Wikipedia yang dalam lawatan ke Malaysia berkata negara ini mesti menyingkirkan penapisan yang membantutkan pertumbuhan ekonomi, lapor AFP.

Menurut Jimmy Wales, penapisan adalah tidak produktif bagi Malaysia yang berada pada senarai 131 daripada 175 negara dalam laporan indeks kebebasan media yang dikeluarkan oleh Wartawan Tanpa Sempadan pada 2009. Ini kerana Malaysia mengenakan kawalan ketat yang dikenakan ke atas media cetak dan elektronik.

"Ini adalah negara yang mempunyai rekod campuran...masih ada penapisan di negara ini dan saya berfikir kita mula melihat bahawa ia tidak lagi mempunyai stategi efektif apabila kita memikirkan pertumbuhan ekonomi,” katanya.

"Apabila anda berkata untuk memastikan orang ramai mempunyai maklumat yang mereka perlukan bagi membuat keputusan yang betul dalam kehidupan mereka , adalah penting bagi memastikan pengaliran maklumat terbuka,” katanya pada persidangan kewangan.

9 ulasan:

  1. Kebebasan media memang penting, tapi setiap kebebasan ada hadnya. Mungkin negara kita boleh melongarkan kawalan ke atas media, tapi pastikan sesetengah etika dan peraturan perlu diikuti, seperti isu yang berbau perkauman dan lain lain.

    BalasPadam
  2. kebebasan media mungkin perlu namun sedikit kawalan juga diperlukan agar media itu tidak terlalu bebas sehingga boleh bertindak sesuka hati. yang penting adalah maklumat yang disampaikan hendaklah benar dan tepat.

    BalasPadam
  3. kekebasan media perlu ada, tetapi biarlah ia mengikut peraturan yang ditetapkan, isu2 sensitif yang boleh membawa huru hara tidak harus ditimbulkan.

    BalasPadam
  4. Kebebasan media yang menjadi sebahagian ciri2 kebebasan dalam masyarakat yang demokratik adalah kebebasan yang bersyarat dan kebebasan yang dihadkan oleh nilai2 teras sesebuah masyarakat dan negara. Nilai2 teras yang sangat ditikberatkan oleh kerajaan malaysia adalah ketenteraman awam, keselamatan negara, keharmonian kaum dan perpaduan masyarakat. amalan kebebasan akhbar yang bersyarat ini juga terdapat di AS, Singapura dan Indonesia. Oleh sebab itu, tuduhan kononnya kerajaan Malaysia tidak memberikan kebebasan akhbar adalah dakyah semata2..

    BalasPadam
  5. There is a limit to freedom of speech. Once cross, it will provoke all sorts of controversy issues. Therefore, there should be rule for those who intend to use their freedom of speech.

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  7. Apa gunaan kebebasan media jikalau ada peraturan yang perlu diikuti...

    BalasPadam
  8. setiap pekara ada hadnya. begitu jugalah dengan media. kebebasan media juga perlu ada hadnya bagi mengekalkan nilai-nilai budaya dan perpaduan dalam sesuatu negara.

    BalasPadam
  9. Kebebasan itu perlu asalkan tidak memudaratkan.

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.