Harakahdaily |
KUCHING: Pro Mahasiswa (Pro M) Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) menyeru seluruh mahasiswa universiti itu agar bertindak bijak dengan memboikot segala program 1Malaysia di kampus selepas ini. Ini ekoran program 1Malaysia anjuran Institut Kajian Sejarah & Patriotik Melaka dengan kerjasama Hal Ehwal Pelajar Unimas bertempat di dewan kuliah CTF 1, Sabtu lepas. Program yang dihadiri oleh kira-kira 500 orang mahasiswa Unimas dan institusi pengajian tinggi sekitar itu bermula jam 8 pagi sehingga 4.30 petang. Bagi Pro M Unimas, kenyataan tersebut tidak sepatutnya keluar dari mulut timbalan menteri itu kepada mahasiswa, lebih-lebih lagi program di dalam kampus. Tahun ini sahaja sudah 3 kali program 1Malaysia yang tidak mendatangkan apa-apa manfaat kepada mahasiswa diadakan di Unimas. “Program tersebut dilihat tidak langsung memberi manfaat kepada mahasiswa melainkan pembaziran wang Unimas semata-mata,” kata Pro M di dalam blognya. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.