FREE MALAYSIA TODAY
PETALING JAYA: Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) menjelaskan bahawa bahawa proses pengiraan dan penjumlahan cabang Kota Raja Ahad lalu telah dijalankan dengan sempurna sejajar di bawah tatacara pemilihan 2010 PKR.
Anggota JPP, Abdul Malik Hussin dalam satu kenyataan berkata, menurut Fasal 18.15 perlembagaan PKR, JPP bertanggungjawab bagi mengawalselia proses pengundian dan pemilihan untuk jawatan dalam parti di peringkat cabang dan pusat.
Katanya, di bawah kuasa menurut peruntukan fasal tersebut, JPP memutuskan untuk menyempurnakan proses pengiraan dan penjumlahan undi bagi pemilihan cabang Kota Raja itu di dalam bangunan Ibu Pejabat Parti dalam tempoh seberapa segera yang mungkin.
Mesyuarat cabang Kota Raja pada Ahad lalu menimbulkan kekecohan sehingga membawa kepada laporan polis oleh kedua-dua calon yang bertanding jawatan ketua cabang iaitu Dr Xavier Jeyakumar dan S Kottappan.
Malam tadi JPP mengumumkan Dr Xavier menang jawatan ketua cabang Kota Raja. Beliau mendapat 919 undi manakala Kottapan 151 undi.
Mesyuarat cabang Kota Raja telah berlangsung di Dewan Bukit Naga, Shah Alam, Selangor mulai jam 11:00 pagi hingga 5:00 petang.
"Setelah tamat pengundian, bagi tujuan menjamin kelancaran dan kesempurnaan pemilihan tersebut, pengawas pemilihan yang dilantik oleh JPP membuat keputusan bahawa proses pengiraan dan penjumlahan undi tidak dapat diteruskan di Dewan Bukit Naga, Shah Alam.
"Sebaliknya urusan-urusan tersebut diserahkan kepada tanggungjawab langsung JPP yang beribupejabat di A-1-09 Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan 1, Petaling Jaya, Selangor.
"Di bawah kuasa menurut peruntukan Fasal tersebut, JPP memutuskan untuk menyempurnakan proses pengiraan dan penjumlahan undi bagi pemilihan Cabang Kota Raja itu di dalam bangunan ibupejabat parti dalam tempoh seberapa segera yang mungkin," katanya.
Abdul Malik berkata, bagi tujuan melaksanakan keputusan tersebut, JPP telah melantik Timbalan Setiausaha Agung PKR Saudari Sharifah Shahidah sebagai Penyelia yang bertindak mengetuai satu pasukan petugas khas terdiri daripada pengawas-pengawas dan kakitangan ibupejabat untuk menjalankan urusan penjumlahan dan pengiraan undi bagi pemilihan pimpinan cabang Kota Raja.
Menurutnya, proses pengiraan dan penjumlahan undi itu bermula dari jam 2:30 pagi, Isnin 27 September 2010 dan berakhir pada 4:17 petang, Selasa 28 September 2010.
Beliau berkata, penjumlahan undi telah dijalankan mengikut satu demi satu kotak-kotak
undi yang berjumlah 20 kotak undi semuanya.
"Sejumlah kertas-kertas undi telah diasingkan ke dalam bekas kiraan mengikut calon-calon yang bertanding atau sebagai undi rosak. Pengiraan undi pula dijalankan mengikut satu demi satu jawatan yang dipertandingkan.
"Kesemuanya melibatkan 8851 kertas undi terdiri daripada 8481 (95.82%) undi sah dan 370 (4.18%) undi rosak. Pertandingan bagi jawatan-jawatan dalam abang Kota Raja telah melibatkan kesemua 12 jawatan bagi pimpinan cabang, Wanita dan Angkatan Muda Keadilan Cabang.
"Setelah selesai urusan pengiraan dan penjumlahan undi, satu inventori dokumentasi urusan pengiraan dan penjumlahan undi bagi cabang Kota Raja telah diserahkan kepada JPP pada jam 5:23 petang, Selasa lalu bagi tujuan semakan dan
pengesahannya," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.